"Alhamdulillah, Puan Nisreena Rosereen selamat dari sebarang luka serius. " Sir sangat sangat bersyukur mendengar Dokter berkata begitu.
"err kandungan isteri saya macam mana?" risau sir tentang anak yang aku sendiri tidak pasti betul atau tidak.
"oh, anak awak lemah sebab pesakit makan ubat. Ibu mengandung tak boleh ambil apa apa ubat tanpa kebenaran dokter." terbuktilah yang aku memang mengandung pada usia 16 tahun.
"Dokter, pihak kami sangat memerlukan laporan Nis untuk siasatan lanjut. Saya harap kita dapat bekerjasama." Insprktor Firaz dan Dokter Hayla sudah setuju untuk bekerjasama. Mereka saling bertukar nombor.. Boleh agak jadi apa lepas ini. Hahahaha.
"Kamu, sini kejap" Inspektor Firaz memanggil dua orang lagi anggota polis.
"ye Tuan!" pantas Mereka berdua bertindak dengan arahan Inspektor Firaz.
"Buat masa ni, saya taknak sesiapa pun datang melawat Nis, kecuali keluarga dan ahli terdekat. Kamu tau kan dia ni instafamous.. Jadi saya nak kamu jaga dia sampai dia dibenarkan keluar. Senang cerita macam bodyguard lah. Hahahaha" Inspektor Firaz memang suka menyakat. Sebab itulah ramai yang suka bekerja dengannya. Tidak kira perempuan atau lelaki.
"boleh Tuan. Asalkan gaji masyuk. Hahaha" mereka bertiga sama sama begurau senda.
"Mula esok ye Tuan, sebab dah habis Office hours ni. Nak balik, jumpa..." belum sempat menghabiskan ayat, Inspektor Firaz sudah menyampuk.
"pergi lah. Kesian kekasih kamu tunggu lama. Tapi balik mandi dulu. Pakai wangi wangi. Hahaha" mereka salam tangan Inspektor Firaz dan terus melangkah pergi.
***
"Mummy, ummi, bila Nis nak sedar ni? Irfan tunggu lama hm" sir sudah tidak sabar nak tanya aku apa sebenarnya yang terjadi. Dalam masa yang sama, sir teruja aku disahkan mengandung.
"kamu tak bagitau ummi pun ummi nak jadi Tok Ummi. " ummi acah acah merajuk dengan Sir. Comel ummi ni. Patutlah walid sayang.
"Mummy, Daddy, sir, makcik, pakcik, kakak, abang, semua orang, Saya nak minta maaf sebab tak jaga nis betul betul. " Maya minta maaf pada semua yang ada disitu.
"tak apa lah. Mummy okey." badan Maya dipeluk erat.
"betultu, ummi dan yang lain tak salahkan kamu. Memang budak tu yang berbahaya." balas ummi sambik membahasakan dirinya ummi.
"terima kasih mummy, makcik" Maya yang tadi gelisah semakin okey.
"haish, dahla. Takpayah mak ber-makcik sangat. Panggil Ummi ja." memang dari dulu Maya dan Selrose panggil mummy, daddy, abang dan kakak aku sama dengan panggilan aku panggil. Macamtu juga dengan diorang. Kalau diorang panggil ibu, aku panggil ibu.
Aku tersedar dari apa yang berlaku tadi. Sir dan Maya disebelah aku tengah bersembang. Mummy, ummi, daddy dan walid juga bersembang. Atau mungkin membawang. Haha.
"abang." aku panggil sir yang leka bersembang dengan maya.
"ehh Rosereen dah sedar." hilang panggilan 'sayang' dari mulut sir. Mungkin dia kecewa dengan gambar yang Badrul hantar.
"anak ummi, sihat? Cucu Tok Ummi okey? Ya allah, risaunya Ummi pada kamu Nis" ummi yang risaukan aku.. Sedangkan mummy nampak relax sahaja. Dengar cita mummy nangis sampai tak keluar bilik? Ye ke mummy?
"Nis okey Ummi , cucu?" aku pandang sir. Aku dah disahkan mengandung? Perut yang belum buncit aku usap.
Sir tidak balas apa apa tetapi hanya senyum.. Sah! Dia merajuk tapi tak tunjuk. Sir terus bangun untuk membuat panggilan. .
"Hello Firaz, Dia dah sedar. Nanti dah boleh keluar aku bawak pergi balai." kali ini betul betul aku terasa dengan sir. Nampaknya dia betul betul marah dan merajuk.
"Dahla. Mummy lega tengok kamu dah sedar. Kami nak pergi makan. Maya ikut mummy" Maya faham dengan mummy untuk memberi kami ruang berbincang.
"abang, kenapa saya kena pergi balai?" tangan sir aku capai. Sir tarik tangannya dan fokus pada handphone
"ambik keterangan. Lepasni kalau Inspektor Firaz tanya bagitau semua benda. Kalau pernah peluk ke lebih dari tu ke semua bagitau.. Senang kes nak selesai. Tak perlu smpai bawak pergi mahkamah." sinis sir menyengat hati.
"Sir saya minta maaf. Saya tau sir terasa sebab gambar tu kan? " air mata mengalir. Ya aku hati tisu.
"seronok lah keluar dengan dia tak bagitau saya? Kenapa awak tak bagitau saya yang dia ada? Berapa banyak kali saya bagitau awak jangan jumpa dia? Kenapa awak tak pernah bagitau saya tentang gambar tu? Seronok sangat ke tipu suami sendiri nisreena rosereen?!" bertubi tubi sir tembak aku. Sekali nama penuh aku disebut, sup!! Makan hati. Aku makin rancak menangis.
"abang, sayang minta maaf" tersekat sekat aku meminta maaf disebabkan air mata yang tiada tanda untuk berhenti.
" minta maaf? Wahh senangnya. Macam mana hati saya yang sakit ni? Awak tu isteri saya! Bukan girlfriend saya! Dulu janji i want to be transparent sekarang apa? Jangan cakap lut cahaya. Legap terus!" ye sir saya tau sir guru sains. Tapi tak perlu marah sambil kaitkan dengan sains.
"kenapa diam? Tak tau nak cakap apa?! Sudah lah ! Saya penat dengan semua benda ni! Awak tak jujur dengan saya! Saya suami awak tau? " belum sempat aku balas apa apa, sir terus serang aku.
"sebab tu la saya ragu ragu dengan kesucian awak dulu. Dan sebab tu juga saya tidur dengan awak Rosereen! Sebab saya yakin bukan saya seorang yang buat benda ni! Rupanya awak dengan laki tu, dah pernah berpeluk pun!" kali ini sir betul betul lepaskan amarahnya. Dia sudah tinggikan suara pada aku. Tiada lagi lemah lembut dengan aku
"Enough! Abang tuduh saya. Ya saya mengaku saya peluk dia! Tapi tu semua dulu abang. Kenapa abang sanggup ungkit masa silam saya? Sedangkan saya terima semua masa silam abang. Abang dengan Adira. Sampai lepas kawin pun abang masih berhubung dengan dia tanpa pengetahuan saya. Saya tak pernah marah abang. Dia pegang abang, peluk abang depan saya. Tapi saya masih diam dan tak marah. Sebab saya tau kalau saya ungkit masa silam, benda tu akan goyahkan hubungan kita. Sudahla abang. Saya letih. Saya tak nak banyak pikir, saya mengandung.. Saya taknak apa apa effect pada anak ni." aku bersihkan air mata, dan baring mengiring.
Sir terus keluar dari ward tanpa beritahu aku kemana dia akan pergi. Aku tak mahu menangis. Aku pejam mata dan aku tidur.
Hai korang, jangan lupa vote. Korang suka ka nis dengan sir begaduh? Comment la.
Comment here guys!
YOU ARE READING
SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]
Romance~ SAYA AKAN JAGA AWAK ROSEREEN❗~ [Syed Irfan & Nisrena Rosereen Love Story] -ORIGINALLY STORY FROM WATTPAD.COM- CEKCK OUT SAYANG CIKGU PRAKTIKAL 2 NOW!! Seorang gadis bernama 'Nisrena rosereen' telah jatuh hati pada salah seorang guru praktikalnya...