Double update gais!! Abaikan typo~~
"Okay now kerja dah habis so sekarang ni aku nak pergi tengok budak² tu kat cafe ada lagi ke tak." camera di atas meja diambil oleh hyejin dan terus pergi ke arah cafe.
Dari jauh lagi nama hyejin dipanggil oleh dongpyo.
"Noona~ sini cepat." kata dongpyo.
"Apa? Kenapa terjerit jerit panggil noona ni?" soal hyejin kepada dongpyo.
"Tu hah si dohyon pergi ambil roti budak kecik kat sana tu." dongpyo menundingkan jarinya kearah budak yang menangis akibat dohyon pergi makan roti budak tu.
"Yah ampun dohyon kenapa pergi ambil roti dia? Tengok tu dia dah nangis." hyejin merendahkan suaranya takut dohyon nangis pulak kalau suara dia garang sangat.
"Dohyon lapar lah noona lagipun budak tu tak makan roti dia." rungut dohyon.
"Ehh takpelah cik anak saya ni cengeng sikit kena ambil makanan je nangis terus." sampuk mama kepada budak tersebut.
"Takpe puan anak saudara saya ni pun salah juga main rembat je makanan anak puan. Maafkan anak saudara sayanya puan." hyejin menundukkan badannya 90 darjah.
"Takpe² Takde masalah." katanya lagi.
"Dohyon pergi minta maaf kat budak tu." tegas hyejin kepada dohyon
"Okaylah. Maafkan saya tau sebab dah ambil makanan awak." dohyon menghulurkan tangannya tanda minta maaf.
"Okay saya maafkan awak." budak tersebut menyambut tangan dohyon dan tersenyum menampakkan gigi bunny nya.
"Kami pergi dulu ye puan." hyejin tersenyum dan menundukkan semula badan nya.
"Baiklah jalan elok elok tau." kata puan tersebut lagi.
"Okay."
SKIP
Dalam kereta..
"Noona dohyon laparlah." rengek dohyon yang sudah memegang perutnya.
"Nanti lah noona nak pergi beli barang dapur ni lepas tu kita pergi lunch ok."
"Ahh taknak nak sekarang nak sekarang. Perut dohyon dah bunyi ni." dohyon mula menangis nangis lapar.
"Okaylah jom." hyejin pergi ke sebuah restoran yang terdekat sebelum pergi ke mall gara² budak dohyon tu dah kebulur.
Sampai sahaja di restoran dohyon dan dongpyo berebut masuk ke dalam restoran tersebut. Tu pon nak berebut dah macam setahun pulak tak makan haih.
"Jangan berebut nak masuk nanti tersangkut kat pintu baru nak menyesal. Dengarlah nasihat hakak cantik korang ni."
Hyejin memflipkan rambut nya."Eleh perasaan betul lah noona ni wooseok hyung lagi cantik." jawab dohyon dan terus berlari masuk dan duduk di atas kerusi diikuti oleh dongpyo.
"Eihh panasnya aku ni. Berani² hengkorang cakap aku perasaan dah lah cakap wooseok cantik dari aku." hyejin menggepalkan penumbuk kasih sayang nya.(apa yang aku merepek ni😂)
Hyejin turut duduk dan mula mengambil pesanan.
"Hah korang nak makan apa?"
"Chicken noodle soup 1 + mango juuce dan iceu cream." jawab dohyon sambil mengangkat tangannya. Kalau makanan laju je si dohyon ni kan. ish ish ish.
"Dongpyo pulak nak makan nasi goreng kimchi dengan banana milk tau noona." dongpyo pulak memesan.
"Saya pulak nak bibimbap dengan orange juice je." pelayan tersebut dengan tekun menulis pesanan makanan yang diminta oleh hyejin dan budak² tu.

YOU ARE READING
Babysitter✓ | X1 |
Fanfic-completed- Jaga budak kecil? 11 orang? Boleh ke? Bukan 2 3 orang je tapi 11 orang. "Aunty nak minta tolong kamu jaga anak aunty selama 2 minggu. Bolehkan?"- Hani ~ "Noona nak mandi kolam belakang tu boleh tak. Junho nak mandi kolam"- Junho ~ "Yah h...