12 | Jangan Engkau Izinkan

62 6 0
                                    

Tuhan, aku mahu berbicara
Tentang aku dan orang sekeliling
Tuhan, aku tak kisah kalau mereka tidak peduli
Tapi jangan langgar aku seperti kelopak air ini

Tuhan, aku mahu mengadu
Tentang orang baik dan keadilan
Tapi dunia tidak pernah pandang itu
Tuhan, aku tak peduli tentang diriku
Tapi jangan pada orang yang menyayangi aku

Tuhan, aku mahu lelap
Bangunkan aku saat hujan telah reda
Tuhan, aku tahu Engkau tahu apa yang tak terluahkan
Jangan Engkau izinkan ; aku mohon

Puisi Aku Bukan SayaWhere stories live. Discover now