13 | gadis dibelakang tirai

73 7 6
                                    

Ada seorang gadis
Terpuruk lama disitu
Mungkin ini jalan yang terbaik ; fikirnya
Agar dirinya kelihatan baik baik

Dia melihat dunia dicelahan tirai
Tidak berganjak meski hati menginginkan
Sesekali dia tertawa dibelakang tirai
Melihat kebodohan diri yang sendiri lakukan

Hari ini dia masih bersembunyi disitu
Lalu datang seseorang yang dia sendiri tidak tahu apa yang dia mahu
Tidak menanyakan khabar seperti selalu
Tidak pula berbicara tentang rindu

Gadis yang tenang tadi kembali bercelaru
Tak tak ; tak perlu kau tahu apa yang berlaku pada aku
Tak perlu kau pura pura sedangkan kau seakan tahu

Apa kau sudah jumpa apa yang kau mahu?
Apa kau sudah tahu sisi kedua tentang aku?
Lalu katakan pada mereka mereka
Yang aku masih tegak disini!

Walau luka hiasi diri
Walau jiwa aku dah lama mati
Datang kemari
Carik lagi isi isi yang kau perlu
Carik lagi selagi ianya milik aku

Puisi Aku Bukan SayaWhere stories live. Discover now