Author pov
" aku suruh bunuh Lee Yong Ae! Yang kau pergi bunuh orang lain dah kenapa?! " marah kai apabila mengetahui Yong Ae masih hidup. Bengang dia dengan pembantu-pembantunya.
" betullah saya bunuh Lee Yong Ae tuan. Saya sendiri pasti wad yang saya masuk tu wad dia " balas pembantunya cuba pertahankan diri.
Dia jugak pasti perempuan bernama Lee Yong Ae yang dia bunuh.
" Lee Yong Ae dah keluar hospital lah gila! Kau sebenarnya dah bunuh orang yang salah! Kau sekali pon tak pernah nak puaskan hati aku. Cubalah buat aku proud sikit dengan setiap kerja kau! " marah Kai lagi.
" tapi tuan, saya sendiri pas- "
" kau tahu tak kau bunuh siapa? Kau bunuh adik perempuan kepada pemilik syarikat Yong Building! Dah tak payah nak mengelak! "
Terus terdiam lagi pembantunya. Terkejut dengan diri sendiri.
' kali ni biar aku yang buat kerja ni sendiri. Selagi dia tak mati, aku tak boleh hidup aman. Nasiblah aku mampu buat polis berdiam diri. Hampir ketahuan aku! Lee Yong Ae kau dah mungkir janji kau untuk berdiam diri. Jadi kau terima padahnya ' bisik hati Kai.
" buat masa sekarang ni, aku nak kau cari Lee Yong Ae dekat mana. Faham?! Ambik ni! Jangan salah orang lagi! Faham?! " arah Kai sambil mencampak sekeping gambar kepada pembantunya.
" baik tuan! " lalu pembantunya terus bergegas keluar dari bilik Kai.
-
Yong Ae pov
" Ten? " panggil aku apabila nampak Ten di sofa sambil termenung. Dia juga memakai baju seperti mahu pergi ke tempat kerja. Dh beberapa hari ni dia dah boleh terima kenyataaan yang Yong dah tiada.
" yup " dia jawab sambil memusing pandang ke arah aku.
" sebenarnya saya ingat nak ke...keluar dari rumah ni..memandangkan saya- "
" kali ni awak pulak nak tinggalkan saya? " terkejut aku mendengar soalannya.
" eh...mane ade. Saya tak ade niat pon nak buat macam tu. Saya cuma malu, saya tak ade ape-ape hubungan pon dengan keluarga awak. Jadi, saya tak berhak nak duduk kat sini lama-lama " terang aku supaya dia tidak salah faham.
" awak dah janji dengan saya dan awak tak perlu malu " katanya sambil memandang memandang ke arah lain. Mukanya menunjukkan dia tidak suka.
" awak.. "
" Ae please? Saya tak ade sesiapa selain awak Ae... "
" tapi saya siapa? "
Dia berdiri dan terus meninggalkan aku tanpa menjawab soalan. Aku mengeluh dan jalan menuju ke bilik untuk berehat.
Tapi bila nampak ahjumma mahu masuk ke bilik Yong aku terus menyapa nya.
" ahjumma? " panggilku.
" ye Ae? Kenape? "
" ajumma nak buat ape? "
" nak kemas bilik Yong ni sekejap "
" biar Ae lah yang kemas " pelawa aku. Ahjumma mengangguk senyum dan terus tinggalkan aku.
Aku masuk dan kemas tilam yang sedikit bersepah disebabkan Ten tidur di sini semalam.
Selepas itu, mataku terpandang meja yang tersusun buku-buku. Aku tertarik melihat buku yang dibalut cantik dan tajuknya ' my diary '.
Mesti Yong punya. Aku pernah nampak dia menulis dibuku ni semasa di hospital .jadi aku duduk, dan bukak helaian demi helaian. Semuanya pasal dia dan Ten. Betullah kata Ten yang Yong ni memang tak ade teman walaupon seorang. Tapi semenjak dia kenal aku, adelah sikit-sikit yang dia tulis pasal aku. Tergelak kecil aku membacanya.
Aku terus memberhentikan helaian apabila terbaca
' Ten oppa dah janji dengan aku bila dia jumpa perempuan yang dia suka, dia akan bawak jumpa eomma appa 'Dia pernah bawak aku jumpa omma and appa dia. Jadi...
" eh takkan lah dia suka aku. Mestilah sebelum ni dia ade bawak perempuan lain jumpa ngan omma appa dia " kataku perlahan.
Aku mengherankan dan terus membaca.
' yeah oppa dah jumpa perempuan yang dia suka. Jadi dia nak bawak gadis tu berjumpa dengan omma appa esok! Tapi aku tertanya-tanya siapa perempuan tu eh? 'Tulisan ni sehari sebelum aku jumpa omma appa diorang dan sehari sebelum Yong tiada.
Tapi tak mungkinlah aku orangnya.
-
Idea hilang guys :( maaf bab ni sikit jer.. pape pon Tq sangat support.
YOU ARE READING
similar - ten
Fanfiction[ complete ] [ malay fanfic ] start : 20/06/26 end : 21/ 07/ 17 - you are my reason to breath