Makan tengahari tadi Ten balik untuk lunch sama-sama dan lepas lunch dia terus bergegas ke syarikat sebab ada mesyuarat. Ditanya aku kenapa tak lunch kat syarikat, dia hanya jawab dengan sengihan.
Gedik betul
Selepas tolong ahjumma kemas meja makan aku terus kebosanan. Jadi aku bercadang untuk menonton drama. Punggung aku daratkan di sofa dan tangan mencapai remote.
Kedengaran loceng pintu berbunyi. Aik? Siapa? Kalau Ten, buat apa nak tekan loceng bagai. Lagipon buat apa Ten nak kembali semula. Takkan lah ahjumma? Ahjumma ada tu ha kat belakang tengah berkebun.
Aku bangun daripada duduk untuk melihat siapa disebalik pintu. Bila aku tekan interkom untuk membenarkan dia masuk , terpaparlah wanita yang berdiri di depan pintu.
" eh ahjumma mane? " soal wanita itu. Adakah dia maksudkan ahjumma Choi?
" ahjumma choi? " soalku mintak kepastian. Die gelak kecil. Bingung aku.
" yelah " dia memandangku atas bawah. Hish perempuan ni.
" ahjumma tengah berkebun kat belakang " jawabku. Sebelum aku menjemputnya masuk dia dah terlebih dulu menjejakkan kaki ke dalam.
" eh Sohyun! " sapa ahjumma bila nampak wanita itu. Oh, nama dia sohyun. Mereka nampak dah kenal lama. Mesra.
" ahjumma Sohyun datang ni nak ambik fail Ten yang tertinggal. Maaf Sohyun kene cepat. Ade masa sohyun lawat lagi rumah ni " tuturnya. Ahjumma mengganguk faham.
Aku di depan pintu hanya melihat mereka berdua.
" kat mana fail tu? Biar ahjumma yang ambik " pelawa ahjumma.
" dekat bilik dia. Tapi takpe biar sohyun yang ambik "
" yelah kalau macam tu "
-
Aku tanya ahjumma tentang wanita tadi. Ahjumma said,
" dia tu PA Ten. Dulu selalu jugak dia kemari. 5 bulan jugak lah dia dah tak kemari sebab Ten kata dia ada kat London atas urusan kerja "
Maksudnya, diorang sekeluarga plus ahjumma ni rapat lah kan? Hmm
Terasa jugaklah bila dia masuk bilik Ten. Haih siapa jer tak jealous kalau ada perempuan yang boleh masuk bilik teman lelakinya begitu je. Hm aku bukan tak penah masuk bilik Ten. Dah banyak kali masuk, tapi tulah...jealous :(
Jam menunjukkan 7:30 petang sekejap lagi Ten balik lah tu. Tak lama kemudian bunyi kod laluan rumah kedengaran. Ten. Kan dah agak.
Aku tahu dia memandang aku yang tengah duduk di sofa sambil menonton drama. Aku hanya berpura-pura tak perasan kan kehadirannya.
Dia sengaja membuat kesan bunyi dari seliparnya untuk menarik perhatian aku.
" eo? " pura aku sambil memandang dia. Dia mencebik. Alah teruk sangat ke lakonan aku ni?
" drama tu lagi penting dari saya ke? " soalnya. Eleh gedik lah.
" 51/49 "
" beza satu je? "
" ngada-ngada lah awak ni! " aku cubit peha dia. Dia mengerang kesakitan.
Selepas itu kami diam seketika.
" awak nak apa lagi? Pergilah mandi dulu " aku tolak badannya. Tapi dia tak berganjak pon.
" baiklah "
-
Macam biasa pagi-pagi lagi aku dah bangun. Aku lakukan aktiviti rutin pagi ku macam biasa.
Tombol pintu bilik aku pulas untuk turun ke tingkat bawah. Niat aku untuk tolong ahjumma siapkan breakfast ter'pause' disebabkan tersepak sebuah kotak hadiah bersaiz besar.
Perasaan ingin tahu menyerbu diri aku, jadi aku bukak dan nampak satu dress berwarna putih. Cantik. Tapi ini untuk siapa dan siapa punya? Note yang terletak bersama dress aku ambil dan baca.
Malam ni saya nak awak pakai baju ini siap-siap pukul 8 dah kene siap tau.
From your namjachingu
" untuk aku? "
Ada apa malam ni? Aku menutup semula kotak hadiah tu dan letaknya di katil bilikku. Lantas aku turun menuruni tangga menuju ke dapur.
" ahjum- " niat nak panggil ahjumma terhenti setelah melihat Ten yang ada di meja makan. Bukan Ten jer tapi perempuan semalam. Sohyun. Ya sohyun.
Mereka berdua melihat aku. Uish tak payah lah pandang aku macam nampak hantu. Lek-lek sudah. Tapi kenapa perempuan ni ada kat sini pagi-pagi lagi.
" eh Ae! Duduk lah sini. Breakfast sesama " pelawa Ten. Tapi laju aku menggeleng. Perempuan tu tengok aku tak puas hati dah kenapa.
" takpelah awak makanlah dulu " balasku tersenyum dan menuju ke dapur untuk tolong ahjumma.
" sorry ahjumma Ae lambat "
" eo? Ae takpelah ini semua kerja ahjumma kamu pergi sana duduk kat meja makan " kata ahjumma sambil menggalui (?) Sup.
" tak nak lah, nak tolong ahjumma " aku berkeras nak tolong. Degil lah katakan.
" kamu ni! Ha kalau macam tu bawak sup ni pergi depan. Hidang "
Ha amikkau. Ingat nak tolong ahjumma kat belakang sebab tak nak berdepan dengan diorang. Tapi... hajat tak kesampaian :(
Dengan berat hati aku pon berjalan menuju mereka sambil membawa dulang. Tapi aku terhenti di belakang dinding yang menjadi perantara meja makan dan dapur disebabkan terdengar perbualan mereka.
" you serius ke dia rapat dengan you dengan niat yang baik? Entah kenapa i rase Yong Ae tu ada niat tak baik kat you like nak kikis duit you " lancang mulut sohyun mengata aku.
" eh ape you ni! Kalau dia dengar macam mane? "
Dapat aku lihat kerutan muka Ten bercakap dengan sohyun.
" tak ada lah i cakap jer and i just tak nak you tertipu " sambung sohyun lagi.
Lepas mereka berhenti berbual barulah aku gerak menuju mereka. Aku buat-buat biasa, seperti tak mendengar perbualan HANGAT mereka tadi.
Aku terus meletakkan mangkuk yang berisi sup di hadapan mereka tanpa memandang mereka berdua. Selesai letak aku berpaling untuk ke dapur semula.
Tapi langkahku terhenti apabila Ten memaut tanganku. Aku pandang dia.
" duduk sini, makan " ujarnya dengan suara perlahan.
" dah kenyang " balasku sambil meleraikan pautannya. Tak lupa senyum.
" bangun tidur dah kenyang? Tipu. Sit down "
Aku pandangnya dengan memek muka tanda ' please Ten '
Tapi dia hanya endahkan dan menarik tanganku duduk di sebelahnya.
Kami mula makan. Sempat aku menangkap pandangan sohyun tadi.
K siap sudah. Makin lama makin bosan kan? Maafkan beta readers, akan beta perbaiki karangan beta. Tq so much guys. Saranghee.
YOU ARE READING
similar - ten
Fanfiction[ complete ] [ malay fanfic ] start : 20/06/26 end : 21/ 07/ 17 - you are my reason to breath