002

9 1 0
                                    

pintu bilik guru itu dilangkah keluar, beberapa fail butiran pelajar didakapkan ke dalam pelukan, kata-kata saem Kim tadi berlegar-legar di dalam otak fikiran aku.

" yoonhee, jangan lupa bagitahu mereka yang saem nak salinan surat lahir, nombor ic dan gambar pasport pada minggu ini. "

aku sempat memandang ke arah papan maklumat yang terdapat banyak susunan kertas yang dipin padanya. nampaknya tugas ketua kelas perlu dijalankan tidak lama lagi, aku baru nak letak jawatan benda ni, tup tup muncul pula.

aku mengorak langkah menuju ke kelas yang berada di blok utama.

pintu belakang kelas aku masuk selamba dan berjalan menuju ke hadapan kelas dan pelajar lain sudah kembali ke tempat masing-masing.

" baiklah, aku baru dapat maklumat dari saem Kim tadi, yang saem nak barangan keperluan pelajar seperti salinan fotostat yang selalu korang bagi tahun tahun lalu. and, saem nak minggu ni, korang hantarka  kepada aku. faham, kan? "

pelajar yang lain mula angguk tanda faham dengan penjelasan aku tadi. aku tersenyum nipis ke arah mereka.

aku memgambil tempat lalu mengambil keluar beberapa buah buku dari beg sekolah, pen ditekankan dan ingin memulakan tugas aku sebagai monitor untuk menyelesaikan butiran pelajar yang lain.

" yoon, nanti teman aku pergi fotostat barang yang kau perlukan tadi, alang-alang tu bolehlah kau fotostat sekali. " byul mula bersuara selepas earphone ditanggalkan. aku cuma angguk dengan ajakannya.

ingin sahaja menulis butiran tersebut, seseorang mula memusingkan kerusi yang berada di hadapanku dan menghempas perlahan buku subjek English pada mejaku.

wajah taehyung aku pandang dengan kerutan. senyuman petak darinya berserta tangan mengusap belakang lehernya.

" yoonhee-ah, boleh kau ajarkan aku benda alah ni tak? aku kurang pandai bab ni, buatkan aku rasa nak koyakkan subjek ni. " hujung pen itu digigit oleh lelaki itu.

aku menghirup udara lalu menghembusnya perlahan. nasib kau la yoon dapat kawan yang jenis tak faham bahasa inggeris ni.

🐾

pandangan dari rooftop yang menampakkan seluruh bandar Seoul ini menjadi tatapan harian aku jika aku melangkah masuk ke kawasan ini.

wajah manusia yang bernama yeo yoonhee menghiasi pandangan aku. walaupun aku tidak seberapa rapat dengannya, tetapi aku berasa dia mempunyai aura yang unik dan dapat menarik minat aku. eh! apa yang aku fikirkan ni?

bunyi loceng kelas sudah berbunyi 5 minit yang lalu tapi aku masih berada di sini, lantak ah hari pertama persekolahan ke hari terakhir ke, janji aku dapat mengelakkan dari bertembung dengan pelajar yang lain.

daun pintu rooftop ditutup perlahan oleh seseorang. aku mengendahkan gerangan tersebut, kerana aku sudah mengetahui siapakah manusia tersebut.

" woi kook, amboi hang, sedap makan angin kat sini? kau buat kitorang risau dengan hilangnya kau lepas rehat tadi. " jimin mula mengambil tempat di sebelah aku yang khusyuk memandang hadapan. tangannya mula membuka penutup air mineral lalu meneguk dengan rakus.

" kau dah kenapa? takkan kau tak tahu aku selalu ke sini? " jimin terus menghentikan tegukan lalu memandang aku dengan riak yang letih.

" kau dah lupa ingatan ke apa? sekarang kan masa saem Kim Jongkook, masa PJPK, karang dia mengamuk tak menentu, kita juga yang bermasalah nanti. " mata aku terus membulat.

[H+OG] Sayonara || JK×YHWhere stories live. Discover now