001

15 1 0
                                    

2 Februari 2018,

aku mendongak melihat sebuah bangunan yang agak tinggi dan mempunyai empat tingkat ni yang dibina tengak dihadapanku. satu keluhan kecil dilepaskan. beg sandang aku betulkan di kedua bahuku. rambut panjang yang berjuntai di leherku aku kibas kebelakang.

ya, hari pertama waktu persekolahan bagi tahun baharu dan aku secara tidak officialnya menjadi pelajar gred 4.

welcome, new life!

sedang aku melihat ramai pelajar berpusu-pusu memasuki perkarangan sekolah yang agak besar ini, mataku sempat melirik ke arah kawan-kawan aku yang lain dan yang juga merupakan kawan lama aku di kelas tahun lepas, gelak ketawa bersama kawan yang lain.

maklumlah aku yang acah bijak ni turun kelas lain, mereka semua macam tidak mahu berkawan lagi dengan aku, atau kata lain, tidak mengenali aku yang sudah turun ke kelas yang agak belakang. apalah nasib diri ini. itulah kuat sangat bermain walaupun dah tahu peperiksaan akhir tahun dah dekat.

tapi, sis reda, guys.

sedang aku ingin melangkah masuk ke dalam stadium sekolah, satu suara melaung nama penuhku dari jarak belakang aku.

" yah yeo yoonhee! tunggu aku! " jerit suara yang berjantinakan perempuan tapi malangnya dia seorang tomboy. diberi nama kang moonbyul, atau dikenali sebagai byul atau, dak-dak hot yang agak 'famous' yang berperwatakan lelaki.

aku mula memalingkan wajahku ke arah Byul yang melambaikan tangan kanannya dengan wajah yang ceria. ya, kami dah berkawan sejak sekolah rendah lagi, sehinggalah sekelas sejak gred 2.

" eo, kenapa kau berpeluh bagai ni? baru hari pertama persekolahan kau dah basah lecun. " aku memandang ke arah wajah byul yang mula menuruni titik peluh yang banyak. Byul yang memandang ke arah lantai terus mendongak wajahku dengan muka penat

" oh haha, aku tolong pakcik ni, kesian dia tak larat nak angkat tong-tong yang bertaburan atas jalan tadi, tu yang berpeluh ni. kejap lagi keringlah peluh ni. eh dahlah, jum masuk ke dalam stadium tu, nanti kena marah dengan cikgu disiplin sebab lambat masuk. " lengan kananku ditarik oleh byul yang selamba.

haish, nasiblah dapat kawan yang macam jantan ni.

🐾

aku memandang ke seluruh ruangan kelas baharu aku yang mempunyai ramai kawan yang aku masih tidak kenal, dan semestinya budak byul ni sekelas dengan aku dan semeja sekali. aku mengambil tempat berhampiran dengan tingkap kelas supaya aku mudah dapat membuang pandangan.

sesetengah pelajar mungkin aku sempat kenali memandangkan yang lain, mungkin sudah biasa dengan kelas belakang. bahuku dicuit oleh seorang namja.

badannya yang agak tinggi itu aku dongak. senyuman diberikan dan aku hanya mampu membalas dengan senyuman nipis. dia menghulurkan sekotak minuman milo dengan senyuman yang petak, lalu berjalan meninggalkan aku keseorangan.

bunyi kasut tumit tinggi kedengaran dan bermulalah pelajar sekelas denganku mengambik tempat masing-masing, dituruti byul dengan wajah cuaknya.

" baiklah, pelajar kelas 4d-1. saya, Puan Kim Kanghee, selaku guru tingkatan anda. ada sebarang masalah, boleh terus berjumpa dengan saya. ok, memandangkan hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan, saya ingin anda memperkenalkan diri masing-masing, sebab saem belum mengenali anda. " tangan Saem Kim digenggam dan tersenyum manis ke arah pelajarnya.

[H+OG] Sayonara || JK×YHWhere stories live. Discover now