cukup dua bulan, jungkook tidak mahu bercakap dengan aku, mata tu asyik main jeling je, aku pun tak faham kenapa.
bila ditanya pada jimin atau taehyung, mesti dua-dua angkat bahu.
jungkook asyik melayan perasaan kut.
ada satu hari, aku tegur dia, dia buat sombong weh!
setakat hari itu, aku usya dia dari jauh. dari jauh pun dapat lihat dia bergurau senda dengan hyung-hyungnya yang lain, termasuk jimin dan taehyung di hadapan bangunan kelas.
mungkin, dia stress dengan sekeliling dia, atau,
dengan aku?
aish, yoonhee, fokus terhadap pelajaran lah! buat apa fikirkan dia, bukannya masuk dalam exam nanti.
aku dapat lihat dia mengigit hujung pensil dengan khusyuk, sesekali kerling dia. iyelah, dah tuan badan duduk sebelah kanan aku, mana tak ye tak usya en.
" yoonhee, kamu faham tak apa yang saem ajarkan tadi? " aku angkat muka pandang saem Oh yang memegang maker pen di hadapan kelas.
aku angguk dan tersenyum manis.
" baiklah, sekiranya kamu tak faham, kamu boleh cari saya, atau cari yoonhee ye. semua bangun. "
tamat kelas saem Oh, langkahku tuju ke koridor kelas. taman kecil ditengah sekolah, aku pandang lama. tiba-tiba, seseorang berdiri di sebelah kiri. jungkook.
ingin aku berkata, dia terus menjauhkan diri entah ke mana.
haish, aku rindu nak lepak dengan kau, kook.
🐾
pintu rooftop aku buka dan tutup perlahan. punggung dilabukan atas bangku yang tersedia.
wajah yoonhee sekali lagi, terpampan pada pandangan kosong aku. sudah dua bulan, kami tidak bertegur sapa antara satu sama lain.
aku pun tidak tahu kenapa aku berubah dan enggan berkomunikasi denganku.
bahuku disentuh oleh seseorang. taehyung dan jimin duduk di sebelahku.
" kau ada masalah ke weh? kenapa semakin hari kau makin diam eh? " taehyung mengajukan soalan.
aku geleng perlahan, keluhan dilepaskan.
" baik kau share masalah daripada kau pendam, kook. sharing lebih baik dari keeping. " haa nampak tak english jimin dah maju dengan berjaya.
" aku, pun tak faham dengan keadaan aku sekarang ni. aku... rindu nak bercakap dengan seseorang ni. "
taehyung dan jimin mula berkerut dahi, perkataan seseorang itu mula tertanya-tanya di otak mereka.
" weh, kau kenal siapa yang special dalam diri member kita sorang ni? " lengan kecil jimin disenggol taehyung, dahi dikerutkan lagi.
jimin angkat kedua bahu dan geleng perlahan.
" tapi, aku ego, chim, tae. ego aku dah mula kuasai hidup aku. "
🐾
" yah, lepaskanlah! " bahu aku dipeluk oleh byul, kami berdua berjalan seiringan menuju ke hentian bas hadapan sekolah.
makin kuat nusia ni peluk bahu aku ni, aku siku perutnya. semakin galak kami ketawa.
kaki melangkah laju ke bangku hentian bas, nasib ada tempat kosong, kadang-kadang kalau datang awal pun, bangku dah penuh.
YOU ARE READING
[H+OG] Sayonara || JK×YH
Подростковая литература" aku harap, aku mampu bahagiakan kau, walaupun sementara. " - jjk2018 " maafkan aku, kerana bukan yang terbaik untuk kau. " - jjk2019 " terima kasih, untuk cintakan aku, walau hanya sementara. " - yyh18&19 inspirasi dari kisah sebenar author di dun...