busan, south korea.
baju berbunga ala makcik busan aku sarung dengan topi makcik, boleh dikatakan dari hujung kepala hingga hujung kaki, aku berpakaian macam makcik-makcik, rutin harian aku dulu sebagai budak kampung memang macam ni.
pekebun sayur pun dapat duit yang lumayan tau, daddy dengan mummy pun dulu kerja jual sayur aje, tak lebih pun, sama aje. aku turun anak tangga dengan memegang palang supaya tidak terjatuh.
aku pandang semua orang yang sudah bertapa di ruang tamu, cuma tunggu aku aje nak pergi kebun arwah halmeoni aku.
jungkook berdekah bila aku turun dari tangga, dia tepuk kedua pahanya dengan kuat sekali, heejung eonnie yang duduk disebelahnya menekup mulutnya yang tidak berhenti ketawakan aku.
" kena amik gambar ni, send bagi yang lain. " iphone dikeluarkan dan camera dituju ke arah aku. terus aku rampas kasar iphone nya lalu masuk ke dalam kasut but kuning aku.
" pulangkan balik, atau aku viralkan gambar tu. " aku mencebik sinis, henfon pun ada dengan aku, ada hati nak viralkan.
" dah dah, jungkook, yoon, kita dah lambat. " daddy mengajak kami menuju ke pintu utama. jungkook sempat lagi menyekeh kepala aku sebelum berlalui sebelah aku. ey, kenapalah aku dapat member serupa beruk ni.
perjalanan mengambil masa lima belas minit sahaja menuju ke kebun arwah grandparents aku. aku duduk berhampiran tingkap dan lekatkan muka pada cermin tingkap kereta. rindunya kat kampung halaman ni.
daddy menarik brek dan kami semua keluar dari kereta lalu aku menghirup udara segar di kebun sayur ini. jungkook mendepakan kedua tangannya, mengeliat kecil dan mengerangkan badannya.
sempat lagi tidur, padahal dekat aje kebun dengan rumah.
kami menunduk hormat kepada pengusaha kebun sayur halmeoni dan kami berjalan perlahan menuju ke kebun sayur. aku betulkan pakaian dan topi sebelum duduk sebelah batas tanaman.
" yoon, kook, heejung, kamu bertiga boleh mulakan cabut kubis-kubis yang telah masak, dan letakkan ke dalam bakul ini, elok-elok ye. nanti boleh suruh mummy dan auntie jeon masakkan kimchi pedas atau sup. " daddy menunjuk thumbs up lalu tinggalkan kami bertiga.
" yoon, kau tahu kan macam mana nak cabutkan kubis-kubis ni? ajarkan aku dengan noona. " jungkook betulkan sarung tangannya dan aku mula mengajar mereka.
boleh tahan jugalah kami dapat kubis yang segar dalam tiga bekas besar. tak rasa penat pun sebab cuaca pun sejuk panas aje. boleh tahan luas juga kebun arwah ni, dah lima hektar, dulu masa umur aku tujuh tahun, takdelah luas sangat.
kedua parents kami datang dengan membawa empat bakul yang berisikan banyak buah-buahan serta sayur-sayuran yang berbagai jenis.
kami letakkan dalam plastik dan masukkan ke dalam bonet kereta.
" sekarang, uncle nak bawa kamu semua ke tempat perikanan keluarga jeon yang ayah uncle usahakan. dekat aje dari sini. " uncle jeon pula mengambil alih kenderaan dan bertolak menuju ke tempat yang disebutkan tadi.
🐾
pintu kereta automatik terbuka lalu kami berpusu-pusu keluar dari kenderaan tadi. aku tergamam melihat sebuah kilang perikanan yang luas milik keluarga jungkook ni.
dah macam one day trip to busan dengan banyak aktiviti yang dirancang oleh kedua parents kitorang. jungkook dah semestinya tenang melihat keadaan kilang milik keluarganya telah diperkenal dan dijadikan salah satu tempat perikanan yang tersohor di busan.

YOU ARE READING
[H+OG] Sayonara || JK×YH
Fiksi Remaja" aku harap, aku mampu bahagiakan kau, walaupun sementara. " - jjk2018 " maafkan aku, kerana bukan yang terbaik untuk kau. " - jjk2019 " terima kasih, untuk cintakan aku, walau hanya sementara. " - yyh18&19 inspirasi dari kisah sebenar author di dun...