ahli bangtan yang terdiri dari namjoon hyung, seokjin hyung, yoongi hyung, hoseok hyung, jimin, taehyung dan aku, melepakkan diri di pantai seoul pada hujung minggu.
aku yang duduk keseorangan di atas tikar, tersenyum nipis melihat hyung-hyung yang lain, berkejar-kejaran di tepi pantai. kelibat taehyung mula mendekati aku dan bahuku ditepuk perlahan.
" kenapa tak mahu join kitorang? janganlah ikut perasaan tu, lupakan ajelah! mari, ikut kitorang. " tangan dia hulurkan, aku dongak memandang dia dengan senyuman petak.
" habis, siapa nak jaga barangan kita? "
" ah, bodyguards kita kan ada. jomlah, kook. " aku bangun dari duduk, cawan plastik tadi aku letak balik atas tikar.
" kook! jomlah, kita main bola tampar! " laung namjoon hyung, ditangannya pegang bola tampar.
hyung yang lain, menunggu kami berdua ke arah mereka.
🐾
aku capai kunci dan helmet motorbike, sesekali meronda dengan motor kesayangan aku ni.
aku memulas handal motor perlahan, keluar dari perkarangan villa.
puas aku pusing satu bandar seoul ni, aku lajukan perjalanan ke pantai seoul yang berada di seberang jambatan ini.
kebanyakan ramai manusia bercuti santai di sini pada hujung minggu.
motorbike aku parkir di tempat yang sesuai, rambut panjang aku lepaskan, sarung tangan aku tanggal.
aku depakan kedua tangan dan menghirup udara segar di pantai, wah, nyamannya!
memandangkan aku tak ajak byul sekali, nasiblah keseorangan di sini lagi, menyesalnya tak ajak byul tadi.
aku pandang sekeliling, terdapat satu motosikal yang mempunyai bekas aiskrim, aku tuju.
" acik, saya nak perisa coklat satu. "
kon aiskrim aku pegang dan aiskrim tadi aku jilat, terus labuhkan punggung pabila jumpai satu bangku yang kosong.
bahuku dicuit seseorang, serentak mata kami bertembung,
" yoon? engkau rupanya! "
🐾
" asal kau tak inform awal-awal nak datang sini? aku dah dua jam lebih kat sini, taktahu pula kau nak datang. bolehlah kita datang bersama. " byul memukul pahaku dan aku endahkan.
" kau datang sini dengan family kau yang lain ke? " dia angguk laju.
" family day, kata eomma aku tadi, tu yang datang sini. ingatkan nak ajak kau, tapi fikir balik, family day en. "
aku angguk faham, manalah aku yang orang luar ni, datang sambut family day mereka, tak ke orang pelik nanti.
" kau datang dengan pikachu ke? "
" haah. " balas aku sepatah, aiskrim tadi aku jilat balik. raup wajahnya pandang aku dengan gembira.
" bolehlah tumpang aku balik nanti. " terus aku memusingkan wajah pandang dengan pelik.
" mana boleh, aku tak bawa helmet lebih. "
" takpe, aku dah sediakan didalam kereta. alah, bukan selalu kita lepak dengan pikachu kau kan? "
🐾
seokjin hyung mengajak aku menemani dia ke arah warung-warung yang menjual makanan ringan di tepian jalan. terpaksa ikut dia babe.

ANDA SEDANG MEMBACA
[H+OG] Sayonara || JK×YH
Fiksi Remaja" aku harap, aku mampu bahagiakan kau, walaupun sementara. " - jjk2018 " maafkan aku, kerana bukan yang terbaik untuk kau. " - jjk2019 " terima kasih, untuk cintakan aku, walau hanya sementara. " - yyh18&19 inspirasi dari kisah sebenar author di dun...