jimin dan taehyung menunggu ketibaan jungkook di sebuah kafe di bandar Seoul, sambil itu mereka sempat berbual tentang kerja sekolah mereka.
jimin mengerling jam tangan rolexnya, mengempal tumbukan kecilnya, matanya meliar melihat kelibat jungkook, kut kut dah sampai ke belum.
" ish jengkuk sungguh la si kook ni, dah setengah jam dah aku tunggu dia kat sini. dia sendiri yang cakap nak jumpa la apa la. " omel jimin sendirian, taehyung di tepinya membetulkan cermin matanya dan menumpulkan perhatian di atas buku subjek Mathematics, bagai nak tembus buku itu ditenungnya.
daun pintu kafe tersebut dikuak perlahan oleh jungkook yang sedang betulkan rambutnya yang serabai.
dia labuhkan punggungnya ke atas kerusi plastik sebelah taehyung. anak kunci keretanya diletak di atas meja tersebut. senyuman bunnynya dilemparkan kepada mereka berdua yang menjeling tajam ke arahnya.
" ala, aku dah sampai awal, tapi tak sempat jumpa parking, sorry eh bro. " rambut yang tiada kutu itu dia garu dengan muka tidak bersalah.
" yela, banyak alasan kau ni, kook. hm, by the way, kau dah tahu ke pasal salinan fotostat yang yoonhee bagitahu semalam? " tanya jimin ke arah jungkook yang sibuk bermain telefon pintarnya.
jungkook memandang jimin pelik. tiba-tiba menyebut nama gadis itu.
" d-dia suruh kita buat apa? "
" la, kau taktahu ke, kook? " taehyung yang dari tadi berdiamkan diri, bersuara dengan tangannya membetulkan pembentukan cermin mata palsunya atas batang hidungnya.
" iye la, aku mana tahu, aku-- "
" dia taktahu sebab dia ponteng pergi rooftop sendirian, bukannya nak bagitahu kita. " balas jimin yang menyibukkan diri dengan beberapa keping salinan fotostat yang baru difotostat olehnya tadi.
jungkook memberikan senyuman bersalah, lalu menekan telefonnya. nama 'eomma' ditekan, ditekapkan pada telinganya.
" eomma, kook nak salinan ic eomma dengan eappa tau... "
🐾
skrin laptop aku yang dipenuhi dengan butiran nama-nama pelajar kelas aku, ditenung. banyaknya lahai kerja nak buat.
aku kerling belakang aku, byul yang masih menggunakan mesin fotostat milik keluarga aku. patutlah nak datang rumah aku, dapatlah guna secara percuma, heh budak ni.
" yoon, thanks au bagi aku guna mesin kau ni. kaulah satu-satunya member aku yang boek punya! " ibu jari ditunjuk benar-benar hadapan muka aku. aku tepis tangan dia kasar. ngeh!
" yoon. " panggil byul dengan menghampiri aku yang berbaring di atas katil aku.
" kau perasan sesuatu tak masa kat sekolah tadi? "
aku pandang byul pelik, dah kenapa budak ni?
" jungkook... "
terus kepala mendongak melihat byul yang menyebut nama lekaki itu.
" dia nampak, macam pendiam sikit, lain dengan member dia yang dua orang lagi tu. dulu, dia lain tau, aku sempatlah sekelas dengan dia. "
keluhan kecil dihembuskan. skrin laptop aku, aku tutup sekilas, lalu menghadapi byul yang tiba-tiba menyebut nama jungkook.
" kau nak cakap apa, cakaplah, sementara aku masih ada mood nak layan cerita mengarut kau tu. "
" jungkook... dia... "
YOU ARE READING
[H+OG] Sayonara || JK×YH
Teen Fiction" aku harap, aku mampu bahagiakan kau, walaupun sementara. " - jjk2018 " maafkan aku, kerana bukan yang terbaik untuk kau. " - jjk2019 " terima kasih, untuk cintakan aku, walau hanya sementara. " - yyh18&19 inspirasi dari kisah sebenar author di dun...