004

7 1 0
                                    

cukup seminggu aku memberi peluang kepada classmate yang lain untuk salinan fotostat.

classmate yang lain mula menghulurkan salinan mereka kepada byul, aku pula setia dengan laptop aku yang dipenuhi dengan butiran pelajar.

" yoon, masih ada dua orang belum hantar lagi. " byul dengan setianya dengan mengira salinan tadi.

" siapa? " tanya aku sepatah.

" jungkook dan... "

terus aku berpaling muka ke arah jungkook yang bersenang-lenang tidur di atas meja.

kerusiku ke belakang, dan lengan baju sekolah aku sinsing ke paras siku.

" eh eh! kau nak ke mana? " tanya byul dengan takut memandang diriku yang memenung jungkook.

badanku berdiri elok di hadapan meja jungkook, sesekali mejanya diketuk berulang kali, menyuruh dia bangun. jungkook mengeliat kecil lalu mengenyeh matanya dengan gaya comel.

dia mendongak ke atas pabila perasan ada seseorang berada di hadapannya.

" eo yoonhee? bwo? "

telapak tangan kananku dihulurkan di hadapan mukanya.

" aku rasa aku dah bagitahu dalam group kan? cuma kau seorang je belum hantar bagi aku. aku nak sekarang, bang. "

mukanya mula blur.

" kau cakap apa ni? tak faham ah~ " jungkook mengeliat kecil lalu ingin meletakkan kepalanya atas lengannya. satu tumbukan dilepaskan atas mejanya.

" please, jungkook, jangan buat tak faham. aku yang kau belum lupa ingatan lagi. " dada aku mula naik turun menahan amarah. tanganku masih berada elok di hadapan mukanya.

tangan kanannya terus diletakkan di atas telapak tanganku. aku mula gelabah pabila tangannya tidak mahu melepaskan genggaman.

" eh, bongok, kau buat apa ni? lepaskanlah! " meronta aku meminta lepasan darinya.

dia mendongak atas.

" la, bukan ni ke yang kau nak? " selamba jungkook berkata demikian. amarah aku mula mahu meletop.

aku terus menarik rambutnya dengan geram, lantas dia terbangun dengan memegang tanganku agar melepaskan genggaman aku.

" yah! kau dah kenapa main tarik rambut aku ni? lepaslah! " maka, terlepaslah genggaman aku tadi. kudratnya lebih kuat dari diriku.

" aku nak salinan fotostat yang aku minta korang buat seminggu lalu. kau dah lupa ke? "

aku memandang jungkook yang mula membetulkan rambutnya yang panjang itu, dengan menghadiahkan jelingan tajam ke arahku. tangannya mula menjalar ke dalam ruang beg sandangnya, keluarlah beberapa helain salinan tersebut.

ingin sahaja aku mengambil dari dia, dia menyorok semula salinan tersebut.

" ish, cepatlah, bagi kat aku, kalau aku lambat hantar, nanti aku kena marah. yah, ppali! " jungkook meletakkan salinan itu di belakang badannya.

" eo, itu masalah kau, bukan masalah aku. cubalah dapatkan salinan ni. " usiknya lagi lalu mengapai salinan itu ke udara. lengan kecilku mula mencapainya, namun dia makin hayunkan ke udara.

idea aku muncul secara tiba-tiba, sedang dia dibuai salinan itu, aku terus menumbuk perutnya dengan kuasa yang ada, perutnya menjadi senak.

" tu la kau, main-main lagi dengan aku, kang dah kena. " salinan itu bertukar tangan kepada aku. aku usap wajah tampan jungkook yang memegang perutnya.

[H+OG] Sayonara || JK×YHWhere stories live. Discover now