mereka berdua meletakkan sander mereka di dalam rak kasut milik keluarga yeo. sedang mereka bergelak tawa sehingga ke ruang tamu, mereka tidak mengetahui bahawa tuan rumah dan tetamu memandang tajam ke arah mereka.
" hamboi hamboi, dah pandai bawa lari anak dara orang sampai tengah malam, ye? " tersentak jungkook dan yoonhee, mereka mendongak melihat auntie jeon atau eomma jungkook yang sudah mencekak pinggangnya.
dibelakangnya, uncle yeo, auntie yeo, uncle jeon dan heejung yang sedang berpeluk tubuh, melihat mereka yang baru sahaja pulang ke banglo itu.
jungkook kerling jam tangan pada tangan kirinya, yoonhee memandang mozek yang bercorak bebas dengan kedua tangannya digenggam.
" ma, baru pukul lapan malam, bukannya tengah malam. lagipun, kitorang bukannya pergi tempat yang tak senonoh, pergi pantai aje pun. yang eomma nak marah ni kenapa? " jungkook pula bercekak pinggang hadapan eommanya.
" tak kiralah pagi ke malam ke, yang kamu berdua keluar tanpa izin kami berdua ni kenapa? " puan jeon pula meninggikan suaranya. tuan jeon dan heejung hanya mampu melihat jungkook dan yoonhee dimarahi.
tuan dan puan yeo hanya mendiamkan diri, dia tahu yang puan jeon tua dari mereka, hanya mampu membiarkan anak daranya dimarahi oleh kawan lamanya itu.
" la, kook dan yoon dah minta izin kan tadi? ke eomma saja nak malukan kook depan parents yoonhee ni? " dia mengerutkan dahinya.
yoonhee pula, diamkan diri, dia tahu dia salah, jadi dia kuncikan mulutnya apabila dimarahi, tapi tidak pada jungkook, yang melawan cakap eommanya.
" iyelah, kook minta maaf, sebab ajak yoonhee pergi pantai awal pagi tadi, but, both of us only went to beach, not going to somewhere that dirty place. dahlah, kook naik atas, nak mandi. " dia menundukkan badannya, yoonhee yang melihat kejadian jungkook meminta maaf, segera dia tegakkan badan.
" y-yoon m-minta maaf, tak b-bagitahu semua y-yang kitorang pergi p-pantai tadi. maaf, maaf. " dia menunduk tanda maaf berulang kali.
puan yeo mendapatkan dia ke dalam pelukan, rambut panjang anak tunggalnya, diusap perlahan.
" dah, masuk dalam bilik mummy, bersihkan diri, nae? " yoonhee angguk lalh meloloskan diri ke bilik ibubapanya.
setelah mereka berdua masuk ke dalam bilik untuk membersihkan diri, mereka berempat melabuhkan punggung di atas sofa mewah itu.
" bagus tak saya berlakon? macam mak hero tak? " puan jeon menekup mulutnya menahan ketawa.
" menjadi weh, kecut saya tengok mereka tadi, si yoonhee tu, pandang mozek tu, jungkook pula, beraninya dia. " puan yeo pula menepuk-nepuk paha suaminya.
kedua si suami yang mengeleng kepala melihat telatah kedua si isteri yang menyakat anak dara dan teruna mereka tadi.
" hee hampir nak ketawa, tau? lawak tengok muka mereka kena marah. " si heejung pula tersenyum, lalu mengusap kedua pahanya.
" apa-apa pun, saya suka tengok mereka berdua macam tu, serasi, secocok, seiras-- "
" eh, ke sana pula ye, puan jeon. anak kita masih bersekolah lagi. " tegur puan yeo dengan betul.
" nanti, kita padankan mereka ye. " seraya puan jeon dan puan yeo angguk.
🐾
sehelai pakaian pijama aku sarungkan dan menuju ke arah pintu bilik master ni. aku pandang ke arah ruang tamu, tiada orang.
pintu bilik aku ketuk sebelum masuk, perlahan tombol pintu aku pulas dan masuk dengan perlahan. eh, bukannya ni bilik aku ke?
YOU ARE READING
[H+OG] Sayonara || JK×YH
Ficção Adolescente" aku harap, aku mampu bahagiakan kau, walaupun sementara. " - jjk2018 " maafkan aku, kerana bukan yang terbaik untuk kau. " - jjk2019 " terima kasih, untuk cintakan aku, walau hanya sementara. " - yyh18&19 inspirasi dari kisah sebenar author di dun...