seoul, south korea.
25 June 2018,
pantulan cermin panjang ditilik pada tubuhnya yang menyarung blouse berwarna biru angkasa, tangannya ligat membetulkan rambut dan mukanya sebagai sentuhan terakhir. beg berkotak segi empat sederhana disilangkan pada tubuh.
" hari ini, akan jadi hari yang paling bahagia dalam hidup aku, kerana dapat bertemu dengan jejaka idaman aku yang selama aku tak sia-sia sukakan dia. " tangannya menyarung kasut adidas hitam putih yang terbaharu.
henfon dikeluarkan sebelum memulas tombol rumahnya, didail nombor yoonhee, si kawan baiknya yang berada di busan untuk bercuti.
tak lama itu si kawan mengangkat panggilannya.
" yoon! tae cakap yang yoongi sunbae nak jumpa dengan aku harini, tapi sebelum pergi date, aku kena jumpa member bangtan lain terlebih dahulu. " tangan byul menyipul rambut panjangnya.
" ha elok-elok kat sana, suruh yoongi sunbae jaga elok-elok bestfriend aku sorang ni! jangan lupa, jaga tingkah laku bila date dengan idola. k dah ah, malam satgi kita borak pula, aku kena tolong mummy buat kimchi. anythings just calling me, sis! " teruja si yoonhee di hujung panggilan. terus butang merah pada skrin ditekan.
sebuah kereta jenama audi diparkir betul-betul di hadapan rumahnya selepas dia menapak keluar.
cermin kereta sebelah driver diturunkan, alangkah terkejutnya si dia apabila min yoongi mengambil dia dari rumahnya.
" yah, cepat masuk, panas ni! " laung yoongi dari dalam kereta. segera byul membuka pintu sebelah driver lalu yoongi menukar gear menuju ke tempat yang ditujukan.
sepanjang perjalanan di dalam kereta yoongi, hanya suara dari radio sahaja diperdengar, mereka berdua diam tanpa menegur khabar.
" uhm, sunbae, kita nak pergi mana dulu ni? taehyung cakap kita berdua kena jumpa member yang lain dahulu. " byul membuka mulut setelah lima minit dia berada di dalam sebuah kereta bersama yoongi.
berdebor-debor jantung aku ni, janganlah kencang sangat, nanti terlepas kata karang, mati aku.
" alah, kau takpayah layan cakap si alien tu, semalam tu pun aku yang minta pertolongan dia, suruh kau keluar dengan aku, lagipun aku memang bosan kat rumah kalau cuti panjang macam ni. " yoongi mula memfokuskan pemanduannya.
" maksud sunbae-- "
" kita pergi terus dating, hiraukan mereka yang tengah tunggu kita. aku malas nak layan perangai sengal mereka, lebih-lebih lagi si taehyung tu. " yoongi mula menukarkan gear menuju ke sebuah pusat beli-belah yang besar di tengah kota raya seoul ni.
🐾
yoongi memberhentikan keretanya di hadapan pintu masuk shopping mall ini dan beberapa orang pengawal keselamatan datang dan menjemput serta mengiringi mereka ke dalam shopping mall tersebut.
" jangan risau, ni bodyguards and shopping mall milik papa aku. kau cakap je nak beli apa, aku hadiahkan untuk kau. anggap ini satu permulaan pengenalan untuk kita berdua. " kedua tangan yoongi diseluk ke dalam kotnya, berjalan mengiringi byul yang mati kata.
segera dia menarik lengan yoongi masuk ke dalam kedai baskin robins, aiskrim pelbagai perisa dia tunjuk dengan kedua tangannya disatukan. lekas yoongi mengambil dan membayar bayaran.
sedang elok byul menikmati aiskrim kesukaannya, deringan dari henfonnya mematikan suapan aiskrim tadi. nama taehyung dia tatap lama sebelum dia memandang yoongi yang setia berada disisinya.
YOU ARE READING
[H+OG] Sayonara || JK×YH
Teen Fiction" aku harap, aku mampu bahagiakan kau, walaupun sementara. " - jjk2018 " maafkan aku, kerana bukan yang terbaik untuk kau. " - jjk2019 " terima kasih, untuk cintakan aku, walau hanya sementara. " - yyh18&19 inspirasi dari kisah sebenar author di dun...