017

8 0 1
                                        

busan, south korea.

kesemua baju yang dibawa ke busan, aku lipat dengan cermat lalu masukkan ke dalam bagasi. hari esok merupakan hari untuk kami pulang ke seoul.

berat hati sebenarnya nak tinggalkan kampung halaman masa aku kecil lagi, tapi tu lah, masa tidak mengizinkan aku untuk menginap lama, minggu depan dah sekolah, aku ni jenis malas nak hadap buku-buku,

sebab itu aku selalu tinggalkan buku dalam loker dan laci sekolah, beg pun selalu kosong, kalau ada pun, botol air dan pakaian sukan aje.

pintu dikuak dari luar, kelibat mummy masuk dengan senyuman yang manis. dia mencangkung di hadapan aku, tangannya menolong aku lipatkan baju yang masih tidak dimasukkan lagi ke dalam bagasi.

" mummy, cepatkan masa berlalu, esok kita dah berangkat ke seoul. " bibir dimuncungkan.

mummy mengusap lembut ubun-ubun rambut aku.

" dah, nak buat macam mana? mujur diberikan cuti dua minggu, kalau takde cuti, macam mana? "

" buat cuti sendiri, kan senang. "

" ada-ada aje lah kamu ni. dah, kemas cepat, tidur awal, esok pagi dah nak pergi. " mummy bangun dan mengusap kasar rambut aku, melangkah keluar dari bilik.

kepala jungkook ditimbul semula selepas mummy keluar dari bilik. ditangannya ada sedulang makanan. budak ni minta apa lagi.

" nah, aku buatkan susu panas untuk kita, kata eomma aku baik untuk kesihatan kalau minum pada waktu malam. " aku menyusun cermat pakaian yang terakhir, aku menekan sikit penutup bagasi dan tolak ke hujung bilik, mendekati jungkook.

hujung katil dilenyak lalu jungkook menghulurkan segelas susu panas. aku muncungkan sedikit untuk merasai, dan terkejut dengan air ini.

" sedapnya, siapa yang buatkan air ni? aku oder satu lagi, boleh? " aku meneguk laju, dihulurkan semula ke arah jungkook yang asyik tersengih dari tadi.

" lazat kan? aku ada taruh racun nafsu kuda dalam tu, tak percaya kau minum habis. " sekilas aku menyemburkan baki susu yang masih didalam mulut, tepat terkena di hadapan muka kacak jungkook.

" uHUK! uHUK! kAU GILA KE APA? nAK AKU MATI AWAL KE?! " teriak aku sekuat hati, cari nahas betullah budak renab ni.

jungkook ketawa terbahak-bahak, aku mengelap mulut menggunakan hujung baju lengan panjang aku. dijeling tajam kepada jungkook.

" takdelah, gurau-gurau manja, dengan kau, apa salahnya? lagipula kita kan nak balik esok, malam ni merupakan malam terakhir kita sebilik, jadi, aku sengaja kenakan kau. " jungkook bangun dari katil, sliding door dibuka dan melangkah masuk ke balkoni.

malam terakhir konon, aku pun tak hamak lah nak sebilik dengan aku.

jungkook mengangkat muka memandang bulan dan bintang yang penuh menerangi langit malam. dia menghirup udara lalu menghembus kecil. segala memori dia bersama yoonhee mula berlayar di fikirannya.

yoonhee merapati jungkook dengan memegang erat palang balkoni, menemani dia di balkoni.

" aku nak minta maaf, ikhlas dari hati abe kook. " jungkook pusing menghadap aku dan kedua bahuku dipegang olehnya. rambut yang terjuntai jatuh ke muka aku, diselit ke belakang telinga.

haram, bang! #ripyoonhee

" kau dah kenapa, mangkuk? kau demam ke? " belakang tapak tangan kiri aku hinggap ke dahi jungkook, nak tahu dia ni demam atau tak.

" haah, nanti aku akan demam sebab rindukan kau. "

🐾

seoul international airport, south korea.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Apr 02, 2021 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

[H+OG] Sayonara || JK×YHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang