bagasi beroda aku tolak sehingga ke pintu utama villa ini, boleh nampak ada dua bagasi beroda sudah berada di sana.
aku mengorak langkah ke dapur dan nampak daddy dan mummy sedang tunggu aku di meja makan.
" sorry, i'm late, alarm buat hal tadi. "
" it's okay, sweetheart, nasib kamu baik tau, hampir daddy nak ketuk biar pintu tu pecah, mujur kamu turun awal. " aku jeling mummy, daddy pula nikmati sarapan dia dengan tenang.
" okay, i'm sorry again. " sekeping bacon goreng disua masuk ke mulut, laju aku teguk air susu.
usai kami bersarapan, kami terus masuk ke dalam kereta vellfire dan private driver daddy memandukan kereta menuju ke airport.
sepanjang perjalanan ke sana, aku duduk di seat belakang dan layan henfon.
aku terhenti saat melihat satu post dari instagram jungkook dengan caption, ' will you fly with me? '
ngeh, jebon jakun tak bertempat.
pintu kereta dibuka, lalu aku keluar selepas daddy dan mummy keluar, terus bagasi kami diangkut dan ditolak masuk oleh bodyguards kami.
aku sambungkan earphone pada kedua telinga dan melangkah masuk ke dalam seoul international airport. tangan kiri diseluk masuk ke dalam poket seluar ripe aku.
pakaian aku simple je harini, berbaju lengan pendek dan berseluar panjang aje, aku bukan jenis budak perempuan yang seksi tak bertempat ni.
sejurus kami sampai di balai lepasan, aku ternampak sekumpulan orang dan salah satunya melambai ke arah mummy yang turut membalas lambaiannya.
kawan mummy kut, malaslah nak layan.
" aigoo, sorrylah lambat sikit, dah lama sampai ke, hae. jalan jammed tadi. " itu ajelah aku sempat dengar sebelum lagu disambung ke telinga aku.
mummy terus sembang dengan auntie jeon, aku mengukir senyuman kepada auntie jeon, dibelakangnya ada suami, anak perempuan dan lelaki dia, mungkin.
" eh, yoonhee, pergi salam dengan eonnie kamu tu. " mummy mencuit bahuku untuk pergi ke arah eonnie yang berdiri tegak belakang auntie jeon itu. aku akur dan pergi ke arahnya.
" annyeonghaseyo, yeo yoonhee imninda. eonnie umur berapa? "
" jeon heejung, eonnie dah 22 tahun, balik sini saje nak bercuti dengan parents eonnie. "
" oh, gitu. eh, siapa belakang eonnie tu? khusyuk je main henfon. " heejung eonnie terus mencuit bahu lelaki tadi yang menjawab panggilan, tapak tangan kirinya diangkat.
" yah, kawan eomma dah sampai, hentikan panggilan tu, nanti call lah balik hyung kau tu, bukannya kau nak mati pun lepas balik dari sana. " lancang heejung eonnie bertutur, kemudian dia kembali berpaling ke arah kami berdua.
" noona, tak baik cakap macamtu-- kau?! buat apa kat sini?! " mata kami bertembung dan jari telunjuk ditunjuk ke muka masing-masing.
" kau?! k-kau buat apa kat sini ha? "
jeon jungkook mengeluh dan meraup wajahnya dengan kasar.
" kamu berdua, kenal ke? " tegur mummy dan auntie jeon dari belakang.
" of course lah kenal, dia lah perempuan yang confes-- "
segera aku menekup mulutnya yang tidak berbayar itu dengan kemas, dia menepuk-nepuk belakang tangan aku dengan banyak kali.

ANDA SEDANG MEMBACA
[H+OG] Sayonara || JK×YH
Novela Juvenil" aku harap, aku mampu bahagiakan kau, walaupun sementara. " - jjk2018 " maafkan aku, kerana bukan yang terbaik untuk kau. " - jjk2019 " terima kasih, untuk cintakan aku, walau hanya sementara. " - yyh18&19 inspirasi dari kisah sebenar author di dun...