Part 8

6.4K 385 50
                                    

Setibanya Hoseok di rumah, terdapat 3 orang sedang berdiri di hadapan pintu rumahnya. Dia segera membuka pintu dan menjemput mereka semua masuk. Mereka berkumpul di dapur.

"So apa yang emergency sangat ni?"

Yoongi membuka bicara dan melihat kearah Hoseok dan Seokjin dengan muka serius.

"Aku ada berita buruk."

Semua orang fokus kepada Hoseok.

"Hara, Lee Hara dah jatuh ke tangan Taehyung."

"Apa?! Anak kepada raja vampire kejam tu?!"

Yoongi menghentak meja dan terus berdiri. Jungkook menarik lengan Yoongi, menyuruhnya duduk dan bertenang. Jungkook melihat kearah Hoseok.

"Macam mana Taehyung boleh dapat Hara? Bukan ke sini jauh dari bandar? How can vampire tu sampai ke kawasan kampung ni pulak?"

"Aku... Aku baru tahu yang Taehyung tu sama sekolah dengan Hara.."

"Baru tahu?!!"

Yoongi mencengkam kolar baju Hoseok dengan ganas. Nafasnya laju naik dan turun, mukanya jelas berwarna merah. Matanya tajam menikam wajah ketakutan Hoseok.

"Dah nak 3 tahun kot Hara kat sekolah tu! Takkan kau tak check dulu?!"

"Yah, Min Yoongi! Relax la.! Kita datang nak bincang, bukannya gaduh!"

Seokjin memisahkan Yoongi dari Hoseok.

"Jadi, macam mana? Apa plan kita?"

"Takde plan lain dah. This war needs to start."

Semua melihat kearah Yoongi dengan riak terkejut.

"Hyung.. Hyung serius..?"

"Cara untuk dapatkan Hara semula adalah perang, Jungkook. Jika kita ingin merampas sesuatu dari dia, pertumpahan darah harus berlaku."

"Betul tu. Dia tak akan bertolak ansur dengan kita. Lagi2 kita ni angel. Tak pernah lagi dalam history yang vampire nak berbaik ngan angel."

"Ouhh.. Okay...."

Seokjin, Yoongi dan Hoseok teruskan perbincangan mereka tentang peperangan besar yang akan berlaku. Dari sudut meja, Jungkook hanya diam. Dia blur. Seumur hidupnya sejak menjadi angel, dia tidak pernah berperang. Tak pernah mencederakan orang, apatah lagi membunuh orang. Jungkook keliru, lagi-lagi lawannya adalah Taehyung. Jungkook mengeluh besar sambil meraup wajahnya.

"Kim Taehyung....."

Back to Hara....

Hara memandang ke dinding sambil berbaring di atas katil di dalam bilik Taehyung.

"Ish Taehyung ni. Nak tipu pun agak2 la. Takkan la istana besar ni takde bilik kosong? Nak jugak aku duduk kat bilik dia. Mengada."

Hara bergolek di atas katil itu sebab boring yang teramat. Ye la, phone tertinggal dekat rumah. Lagipun, ada ke line kat sini? Kenal phone ke tak makhluk kat sini? Hmph, memang mereput la Hara jawapannya.

Krukkkk!!!

Hara memegang perutnya yang menangis kerana kebuluran. Hara mengubah posisi baringnya kepada posisi duduk. Dia memegang perutnya itu sambil melihat sekeliling bilik.

"Aduhh... Lapar la pulak. Dari tadi lagi aku tak makan. Ada ke makanan yang aku boleh makan kat sini? Tak pasal2 kena suap api pulak oleh orang gaji mamat tu."

"We have steaks."

"O MAK KO IJO HAISHHHH BAGI LA SALAM DULU KEJUT AKU BABUN!"

Hara mengurut dadanya yang terasa seperti ingin meletup akibat suara Taehyung yang muncul secara tiba-tiba dari belakangnya. Taehyung hanya berdiri sambil menyilangkan tangannya.

"Cepatla. Kata lapar kan? Jom ikut aku pergi dapur. Dah masuk makan malam dah ni."

"Boleh ke aku makan makanan kat dunia kau ni?"

"I take that as no so bye."

"AISHH OKAY OKAY TUNGGU LA AKU TAEHYUNG!"

Hara terjun dari katil dan mengejar Taehyung. Mereka berdua berjalan beriringan ke ruang makan. Terlopong mulut Hara apabila melihat luas ruang makan tersebut.

"Wuahh luasnya! Lagi besar dari rumah aku luas dia.!"

"Dah namanya istana. Memang lah luas."

"Luas tapi takde bilik kosong pfft-"

"Ape kau cakap?"

"Eh takde2. Jom makan. Aku lapar ehehehehheehhehe..."

Mereka berdua duduk di sebuah meja yang sangat panjang, lebih kurang untuk 16 orang. Panjang nak mati la! Kemudian, beberapa makhluk datang sambil menolak troli yang dipenuhi dengan makanan. Tertelan air liur Hara apabila melihat makanan tersebut. Selesai sahaja makanan dihidang, Hara terus makan dengan gembira kerana tersangat lapar. Taehyung melihat kearahnya sambil tersenyum.

Sedang mereka menikmati makanan, tiba-tiba datang satu makhluk masuk ke dalam ruang makan dan menghampiri Taehyung.

"Tuanku, ada orang nak jumpa tuanku."

"Siapa?"

"Jeon Jungkook, tuan."

Pergerakan Taehyung serta merta terhenti apabila mendengar nama tersebut. Dia meletakkan garfu dan pisau di sebelah piring dan mengelap bibirnya menggunakan napkin. Taehyung berkata kepada makhluk tersebut.

"Suruh dia tunggu saya di bilik bacaan."

Vampire (Taehyung BTS) Where stories live. Discover now