Keesokkannya...
Pada pagi itu, Taehyung mengumpulkan semua rakyatnya. Taehyung memakai pakaian Vampire nya yang lengkap dan menawan. Taehyung memberitahu Hara bahawa pakaian yang dipakainya itu milik ayahnya.
Hara dan Jimin turut diberikan pakaian yang istimewa oleh Taehyung. Hara memakai pakaian yang dikatakan oleh Taehyung bahawa pakaian tersebut adalah milik ibunya dahulu. Manakala pakaian Jimin pula milik Taehyung sendiri.
(Sorry sebab gambar baju Hara ngan Jimin tak dapat dipaparkan😭 Entah kenapa tiba2 error)
"Hari ni, kita akan pastikan bahawa kemenangan itu kita punya!"
"HUARGHHH!!"
"Jangan berikan sedikitpun belas kasihan kepada mereka!"
"HUARGHHH!!"
"Dan yang paling penting, jangan sesekali menyerah kalah atau mengkhianati antara satu sama lain!"
"HUARGHHHH!!"
"Baiklah, semua bergerak ke medan perang.!!"
Selesai sahaja ucapan memberi semangat yang disampaikan oleh Taehyung, mereka semua bergerak ke Padang Besar, satu padang yang memisahkan neraka dan juga syurga.
Taehyung menyuruh pembantunya mencucukkan satu dos pada lengannya. Sedang mereka berbuat demikian, Hara dan Jimin datang mendekati Taehyung.
"Tae, kitorang kena ikut ke?"
"Ambik pedang dengan shield kat sana."
Taehyung menunjukkan pada sebuah bangku yang mana diatasnya terdapat dua bilah pedang emas dan dua pelindung yang diperbuat daripada emas.
Mereka berdua mengambil alatan tersebut. Hara mula ketakutan. Mukanya mulai pucat. Jimin disebelah menyedari akan reaksi Hara tersebut.
"Hara, gwaenchanna?"
"A-Aku takut, Jimin. Macam mana kalau aku mati?"
"No. You won't. Aku janji aku akan lindungi kau."
"Tapi nanti kau pun mati jugak. Aku taknak kau mati. Kau je kawan yang aku ada."
Mata Hara sudah berkaca-kaca sambil memandang Jimin. Jimin panik jadi dia letakkan oedang dan pelindung tersebut pada tempat asal. Badan Hara ditarik ke dalam dakapannya dan dipeluk lembut.
"Takpe Hara. Jangan risau. Aku janji aku takkan tinggalkan kau."
"B-Betul??"
"Yes."
"EHEM. Cepat, kita perlu bergerak sekarang."
Cepat-cepat Jimin leraikan pelukan dan mengambil semula alatannya dan segera menghampiri Taehyung.
"Err, Taehyung. Mana kereta?"
"Korang sini. Peluk pinggang aku."
"What?"
"Buat je la.."
Hara dan Jimin pun peluk pinggang Taehyung dengan ketiak yang mengepit pelindung dan sebelah tangan memegang pedang.
"Dekat sini, kitorang tak guna kereta."
"Habis korang guna apa."
"Sayap."
Dengan itu, Taehyung pun melebarkan sayap hitamnya dan terus terbang ke langit. Hara dan Jimin menjerit ketakutan kerana terkejut dengan perbuatan Taehyung. Taehyung hanya ketawa apabila mendengar jeritan mereka.
Sampai sahaja disana, kelihatan semua orang yang terlibat telah pun sampai, termasuklah pihak lawan.
"Baiklah, Hara. Jangan takut. Gunakan perang dan pelindung tu untuk lindungi diri kau. Okay? Jangan sampai terbunuh."
"Baik, Tae."
"Dan kau pulak Jimin.."
Jimin berdiri tegak apabila Taehyung pergi menghampirinya.
"Tolong protect Hara dari apa2 serangan. Satu calar kat badan dia, habis semua darah kau aku buat lauk malam ni."
"B-B-Baik, tuan!"
"Korang duduk diam sini. Aku nak jumpa dengan ketua pihak lawan."
Taehyung pun pergi ke tengah-tengah padang tersebut. Begitu juga dengan Namjoon, selaku ketua bagi pihak syurga.
"Hidup lagi kau rupanya.. Kim Taehyung."
"Aku ingat kau dah mampos time perang sebelum ni."
"Well, bukan ajal aku. Tapi ajal ayahanda kau... kan?"
Kolar baju Namjoon direntap kasar oleh Taehyung. Semua pihak dari syurga bising dan ingin menyerang namun Namjoon menunjukkan isyarat 'tak perlu'.
"Kau jangan nak libatkan ayah aku!"
"Okay2. Kita sebenarnya nak tetapkan syarat kan?"
Taehyung melepas kasar kolar Namjoon dan bergerak setapak ke belakang.
"Apa syaratnya?"
"Baiklah, kalau la pihak aku menang, pihak syurga, kau mesti kenbalikan Hara kepada kami."
"Tch. Sejak bila Hara tu milik korang? Eh aku dah tanda la dia! Aku dah gigit dah dia! Dia bukan lagi manusia, tapi dia vampire macam aku jugak.!"
"Takpe. Kalau Jeon Jungkook, yang asalnya vampire boleh berubah jadi angel, begitu juga dengan Hara."
Tangan Taehyung digenggam erat dalam bentuk penumbukkan apabila Namjoon mengungkit tentang Jungkook. Matanya mula berubah menjadi merah. Taringnya mulai panjang.
"Tapi kalau aku yang menang, kau dan Jungkook, dan semua ahli syurga kau boleh blah!"
"Okay, deal."
Taehyung dan Namjoon kembali kepada pihak masing-masing.
"Kau tunggu, Kim Namjoon. Aku akan pastikan yang angel macam kau takkan wujud lagi dalam sejarah."
Manakala Hara....
"Jimin, tengok! Aku ada taring! Aku vampire! WUARGHHH"
YOU ARE READING
Vampire (Taehyung BTS)
Vampire"Kalau kau beritahu sesiapa yang aku ni vampire, habis semua darah kau aku hisap!" Kisah seorang gadis yang telah jatuh cinta kepada seorang lelaki yang terkenal di sekolahnya. Namun semuanya berubah apabila rahsia terbesar lelaki itu telah terbongk...