Part 4

6.9K 398 56
                                    

Kini, Hara dan Namjoon berdiri secara bersebelahan dan menundukkan kepala ke lantai. Di hadapan mereka, terdapat wajah yang berkedut dan bengis sedang merenung mereka dengan dengan nafas yang naik-turun-naik-turun.

"Apa kamu berdua buat dekat kawasan belakang sekolah hah?!"

Jeritannya bagaikan halilintar yang menyambar sehinggakan bulu roma mereka berdua meremang. Kedua-duanya hanya diam membisu kerana takut.

"Jawabla! Apa kamu fikir berpeluk berasmara kat belakang sekolah tu elok ke? Kalau dah tak tahan, kahwin la terus!"

Hara ingin menerangkan apa yang terjadi namun suaranya tersekat di celah kerongkong. Tak dapat dikeluarkan.

"Tak nak jawab ya? Baiklah, saya akan panggil penjaga kamu berdua ke sekolah sekarang juga."

Mata Hara dan Namjoon membulat besar apabila melihat Encik Yoon mengeluarkan telefon bimbitnya dan menekan skrin Samsung Galaxy 10 itu.

'Tidak... Abang mesti sangat marah nanti.'

Jantung Hara berdegup kencang apabila memikirkan reaksi abang terhadapnya. Air matanya mula bertakung. Bibirnya bergetar dan hidungnya kemerahan. Namjoon di sebelah terkejut apabila melihat keadaan Hara.

Lebih kurang 15 minit, makcik Namjoon dan Hoseok telah pun tiba di bilik Encik Yoon. Mereka tunduk hormat dan memohon maaf jikalau mengambil masa yang lama. Encik Yoon mempelawa mereka untuk duduk dihadapannya manakala Hara dan Namjoon perlu tunggu di luar bilik pengetua.

"Wei, kau okay tak? Jangan la nangis."

"A-Aku takut. Aku takut abang akan marah ngan kecewa dengan aku."

"Aish.. ilek la. Bukannya betul pun. Nanti pengetua tu masuk neraka sebab fitnah kita. Sape suruh.!"

Namjoon buat gaya menendang di depan pintu bilik pengetua tu dan hampir2 terjatuh. Hara senyum dan ketawa kecil melihat aksi lucu Namjoon itu.

"Sorry la, Namjoon. Disebabkan aku, semua ni berlaku. Haihhhh..."

"No need to sorry2 la. Small matter maa.. bukan slalu pun auntie aku melawat aku. Ehheheheheh.."

Mereka berdua ketawa. Semua kegilauan dan kerisauan di hati Hara mula berkurangan. Dia lebih yakin dan berani untuk berhadapan dengan abangnya nanti.

Hampir setengah jam mereka berdua berdiri di luar, penjaga mereka berdua keluar dari bilik pengetua dan tuju kearah mereka. Telinga Namjoon selamat memjadi mangsa kepada cubitan makciknya dan diheret keluar dari situ, meninggalkan Hara dengan Hoseok di situ.

Hara hanya menunduk ke lantai. Entah ke mana perginya keberanian yang diberikan oleh Namjoon sebentar tadi. Hoseok merenungnya dengan geram.

"Kenapa?"

"S-Semua tu salah faham, abang."

"Berpeluk dengan lelaki dekat belakang skolah."

"Ada sebab kenapa Hara peluk dia. Bukan saje-"

"Lelaki, Hara. Dia tu lelaki, Hara tahu tak?! Kalau apa2 terjadi macam mana? Kamu nak abang letak dekat mana muka ni? Sebelah kubur eomma dengan appa?"

Air mata Hoseok gugur setitis di hadapan Hara. Kecewa. Hara dapat lihat kekecewaan di dalam mata abangnya.

"Maafkan Hara, abang.. Hara takkan buat lagi. Hara janji."

"Jangan mudah sangat buat janji. Sekali janji tu pecah, dah takde makna dah."

"Abang tak percayakan Hara lagi ke?"

Kini, giliran Hara pula untuk nenitiskan air mata jernihnya dihadapan Hoseok.

"Hara ingat abang akan faham dengan Hara, tapi abang sama je dengan orang tua tu."

Hara melangkah pergi dari situ dengan laju dan meninggalkan abangnya yang terpinga2.
Hara berlari laju menuruni tangga untuk ke pagar skolah. Tiba2 kakinya tersalah langkah dan badannya jatuh di tangga.

"AAAAAA.!!"

Sebelum belakang Hara patah dan cedera teruk di situ, sepasang tangan menyambutnya dari bawah. Hara memejam rapat matanya kerana terlalu takut.

"Bodoh punya pompuan. Nak mati pun tunggu aku hisap darah kau dulu."

Jantung Hara yang sebelum ini berdegup kencang mulai surut apabila mendengar suara dalam itu. Dia ingin membuka matanya namun terlalu nervous untuk melihat wajah si penyelamat itu.

"Baik kau turun sekarang sebelum leher kau aku gigit."

Terus terjun Hara dari tangan lelaki itu.

"Kau dah kenapa main kejar2 kat tangga ni?"

"T-Takde pape.."

"Kenapa suara crack semacam? Kau menangis ke?"

Dagu Hara diangkat oleh Taehyung. Mata Taehyung dan Hara bertembung. Pipi Hara mula kemerahan.

"Pahal nangis?"

"Ermm.. Takde pape."

"Bagitahu aku. Aku pantang orang menipu aku."

Hara mengeluh berat dan air mata mula menyusuri pipi gebunya itu. Dia sangat2 sedih. Taehyung memegang bahu Hara apabila melihat keadaan Hara.

"Yah, tell me. Awat hang?"

"Abang aku—"

"Lepaskan adik aku, pembunuh!"

Vampire (Taehyung BTS) Where stories live. Discover now