"Sejak bila kau kawen ngan Taehyung?!"
"Baru je 2 hari lepas..."
"Kau kawen ngan vampire Jung Hara! Maksudnya kau... Kau..!"
"Aku bukan vampir la! Belum lagi.."
"Belum lagi? Maksudnya kau pun akan jadi macam dia la? Macam Kim Taehyung tu?"
"I don't know! Maybe.!"
Jimin dan Hara terus mendiamkan diri setelah tamat perbualan sebentar tadi. Hati Jimin terasa sangat sakit. Dia cuba sorokkan kesedihannya daripada disedari oleh Hara. Mereka hanya menunggu Taehyung di dalam ruang istana yang tidak diketahui oleh mereka berdua.
Manakala di syurga....
Semua bidadara dan bidadari berkumpul di dewan setelah menerima arahan daripada ketua mereka, Kim Namjoon.
"Waktu untuk kita berperang hanya tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum malam purnama. Saya percaya semua orang sudah berlatih dan bersedia untuk mengalahkan pihak lawan dan meraih kemenangan."
Namjoon memberikan ucapan dengan tenang namun tegas di atas pentas dewan tersebut.
"Untuk pengetahuan semua, setiap pasukan serangan akan mempunyai 1 ataupun 2 orang ketua.
Bagi pasukan pedang, kamu akan diketuai oleh Jeon Jungkook dan Kim Seokjin.
Manakala pasukan bom, kamu akan diketuai oleh Min Yoongi.
Dan yang terakhir, pasukan memanah akan diketuai oleh Jung Hoseok.
Saya, akan mengetuai seluruh pasukan kita.
Adakah semua faham?"
"FAHAM, KETUA!"
"Baiklah, kamu semua boleh bersurai dan pastikan kamu dapatkan rehat yang secukupnya sebelum hari peperangan."
Semua bidadari dan juga bidadara bersurai dari dewan tersebut. Namjoon dan 6 bidadara yang lain berkumpul dalam bulatan setelah diarah oleh Namjoon.
"Saya harap yang lain tu dapat apa yang saya cakap tadi."
"Ya, kami semua faham."
"Pastikan semua alatan diperbuat daripada besi sebab mereka sangat lemah terhadap besi."
Mereka semua mengangguk tanda setuju.
"Baiklah semua boleh bersurai. Jeon Jungkook, kamu tunggu sekejap. Saya nak cakap sesuatu dengan kamu."
"Ouh... Baik, Rapmon hyung."
Mereka semua beredar dari dewan tersebut kecuali Namjoon dan juga Jungkook yang masih berdiri di hadapan pentas dewan itu.
"Kenapa, Rapmon hyung? Apa yang hyung nak cakapkan tu?"
"Hyung ada tugas khas untuk kamu."
"Eo? Apa dia?"
"Kamu perlu bunuh Taehyung."
"Mwo? Kenapa saya pulak, hyung?"
"Sebab Taehyung masih sayangkan kamu. Jadi kamu perlu mengambil perhatian dia dan bunuh dia menggunakan pedang ini."
Namjoon menghulurkan sebilah pedang yang sangat cantik dan mempunyai ukiran yang unik padanya. Jungkook tidak terkelip memandang pedang tersebut.
"Ini.. Ini pedang tu kan?"
"Ya. Pedang yang digunakan untuk bunuh Raja Vampire dulu."
"Ni.. Ni la pedang yang tertusuk dekat dada ayahanda Taehyung waktu peperangan dulu..."
Jungkook mengambil pedang itu perlahan-lahan dari tangan Namjoon. Dia memerhati pedang itu dengan penuh teliti.
"Jadi, hyung harap kamu dapat lakukan tanggungjawab ni."
Namjoon menepuk lembut pada bahu Jungkook dan berpaling darinya untuk keluar dari dewan tersebut. Jungkook hanya termenung memandang pedang itu tanpa berkata apa-apa. Sewaktu Namjoon hampir keluar dari dewan tersebut, Jungkook menjerit namanya.
"Rapmon hyung! Kenapa hyung sangat percayakan saya?! Sedangkan saya ni vampire.?!"
Langkah Namjoon terhenti. Dia memusingkan kepalanya kepada Jungkook dan mengukir segaris senyuman.
"Sebab hyung tahu, kamu tak akan bunuh mana2 pun pihak lawan kita nanti. Apatah lagi nak bunuh Taehyung."
"Jadi, kenapa.?!!"
"Angel yang sebenar tak ada perasaan, Jeon Jungkook. Hyung nak didik kamu macam mana nak jadi angel yang sebenar...
Dengan membunuh orang yang kamu paling sayang."
Jungkook terkaku apabila mendengar kata-kata Namjoon. Namjoon terus keluar dari dewan setelah menghabiskan kata-katanya sebentar tadi. Air mata mula menuruni dari birai mata Jungkook. Hidung mula bertukar kemerah-merahan dan esakan juga mula kedengaran.
"Maafkan aku, Kim Taehyung.. MAAFKAN AKU.!!"

ANDA SEDANG MEMBACA
Vampire (Taehyung BTS)
Vampire"Kalau kau beritahu sesiapa yang aku ni vampire, habis semua darah kau aku hisap!" Kisah seorang gadis yang telah jatuh cinta kepada seorang lelaki yang terkenal di sekolahnya. Namun semuanya berubah apabila rahsia terbesar lelaki itu telah terbongk...