Part 10

5.8K 375 57
                                    

Well I'm back wahai readers WAHAHAHHAH

Jungkook terus beredar dari istana milik Taehyung selepas menyampaikan pesanan tentang peperangan tersebut.

Air mata yang ditahannya sebentar tadi, keluar mencurahi pipinya dengan laju. Dia terjatuh melutut di atas tanah. Kedua-dua tangannya diletakkan pada dadanya kerana sangat sakit. Jungkook menangis dengan sebak.

"Adakah pilihan aku untuk jadi angel salah? Aku hanya mengikut gerak hati aku. Aku tak bermaksud untuk khianat kau, Taehyung..."

Jungkook melebarkan sayap putihnya dan terus terbang keluar dari neraka itu.

Back to Hara..

"Siapa lelaki tu?"

Hara meninjau di sekeliling bilik bacaan yang dipenuhi dengan pelbagai buku yang kelihatan seperti buku lama.

"Bapak ah macam perpustakaan negara pun ada."

Sedang dia seronok neneliti segala buku di rak buku, tiba-tiba sebuah buku yang agak tebal jatuh dari rak tersebut.

Hara terkejut lalu pandangannya beralih kepada buku tersebut.

"Buku dari zaman bila pulak ni?"

Dia mengambil buku tersebut dan meniup habuk dari buku tersebut. Tertera di muka hadapan buku itu tertulis "Album".

"Uuuuuu... Alam lain pun ada album. Gila advance."

Hara pun duduk pada sebuah kerusi malas yang disediakan di dalam bilik tersebut. Dia membelek muka surat buku tersebut dan melihat gambar dengan perasaan yang penuh minat.

1. Gambar Family Besar Taehyung

Kelihatan sebuah keluarga besar sedang duduk berbaris dengan berpakaian gelap dan muka kosong yang agak seram. Di bahagian tengah, kelihatan Taehyung sewaktu kecil di situ dengan pakaian vampirenya.

"Alololo comel la Tae time kecik.."

Hara terus belek ke muka surat yang seterusnya.

2. Gambar Family Taehyung

Kelihatan 4 orang, 1 orang berdiri manakala 3 orang lagi duduk di atas kerusi. Taehyung, ketika itu telah besar. Dia duduk diatas kerusi diantara mak dan ayahnya. Manakala yang berdiri pula ialah seorang perempuan.

"Hmm... tak pernah pulak aku nampak family dia. Takkan dia taknak bawak aku jumpa diorang? Dah la culik aku, sorokkan aku dari family dia pulak pfft-"

Hara pun terus membelek pada muka surat seterusnya.

Dan dia terkejut apabila melihatnya.

3. Gambar Taehyung dengan lelaki tadi

"Ehhh??? Ni bukan lelaki tadi tu ke? Dia ada kaitan ngan Taehyung ek?"

Hara meneliti gambar tersebut.

"Hmm lelaki tadi nampak suci je. Tapi kenapa dalam gambar ni nampak macam banyak dosa? Eh jap. Lelaki tadi pakai baju putih, yang dalam gambar ni pakai baju warna hitam. Hah lol."

Hara pun tutup buku itu dan simpan ke tempat asalnya.

"Aku rasa lelaki tu adalah kawan Tae kot. Tapi kenapa Tae nangis lepas jumpa dia? Jangan2....
DIORANG NI GAY?!"

"Gay pala bana kau."

Hara terus pusing ke belakang lepas terdengar suara Taehyung.

Taehyung hanya memandang Hara dengan pandangan dingin.

"Eh dia ni dah kenapa tengok aku macam tu? Tadi bukan main lagi nangis cam budak kat bahu aku pastu tenung aku macam nak makan aku je eeeeee seram bodo."

Taehyung menghampiri Hara setapak demi setapak.

Hara yang blur berundur ke belakang setapak demi setapak sebab takut dengan mata Taehyung.

Secara tiba-tiba, Taehyung menarik pinggang Hara sehingga tubuh mereka saling bertembung.

Muka Hara terus jadi merah sebab tak pernah tengok muka crush dengan jarak yang sangat dekat. Sampai nafas Tae pun dapat terasa kat wajah dia.

"Err.. A-Apa kau buat ni, Tae? Aku t-tak selesa la.."

Taehyung tidak endahkan kata-kata Hara dan merenung dalam ke mata Hara. Hara yang malu dan takut terus mengalihkan matanya daripada membuat eye contact dengannya.

Secara tiba-tiba, pegangan Taehyung pada pinggang Hara menjadi semakin kuat sehingga Hara mengeluh kesakitan.

"Look at me."

Kata Taehyung dengan suara yang dingin sehingga mampu membuat bulu roma Hara meremang.

Nak tak nak, perlahan-lahan, mata Hara bergerak dan bertembung dengan anak mata Taehyung yang cantik itu.

"Tae, kau dah kenapa sebenarnya? Longgarkan sikit tangan kau kat pinggang aku. Sakit la weh. Tae-"

Taehyung mendaratkan bibirnya pada bibir Hara dengan lembut.

Vampire (Taehyung BTS) Where stories live. Discover now