Part 9

6.1K 372 7
                                    

"Apa yang kau nak?"

Jungkook yang sedang meneliti bilik itu terkejut apabila Taehyung menegurnya secara mengejut.

"Eh, Tae! Lama dah tak jumpa. Kau amacam? Sihat? Uish makin hensem kau eh dah ada bini ke belum?"

Jungkook menerpa kearah Taehyung untuk memeluknya tapi badannya ditolak kasar oleh Taehyung. Jungkook agak tergamam dengan sikap Taehyung yang dingin itu.

"Kau cakap apa motif kau tiber datang sini dan terus blah. Aku taknak tengok muka kau lama2. Menyampah."

Taehyung berdiri dihadapan Jungkook tapi pandangannya dialihkan ke tepi.

"Kau masih benci aku ke, Tae?"

Taehyung hanya diam.

"Tae, jawab la. Kau-"

"Kalau kau datang sini sebab nak minta perhatian aku, baik kau mampos je. Aku memang takkan maafkan pengkhianat macam kau!"

"Apa yang aku buat sampai kau kata aku ni pengkhianat? Dulu kita ni kawan baik Tae!"

"DULU. Sewaktu kau belum pilih untuk menjadi angel. Sewaktu kau masih ada sayap hitam dan gigi taring yang panjang, sebijik macam aku!"

"Walaupun aku jadi angel, kita masih boleh berkawan!"

Taehyung ketawa sinis apabila Jungkook berkata sedemikian.

"Kawan dengan angel? Kau gila ke apa?! Takde lagi dalam sejarah yang vampire berbaik dengan angel!"

"Jadi kau la yang cipta sejarah tu!!"

"Huh, kau memang dah gila, Jungkook. Sebab ni la aku benci angel. Suka memaksa! Nak suruh ikut cakap dia je! Dah, baik kau blah sebelum aku penggal kepala kau."

Jungkook hanya tertunduk sambil melepaskan keluhan. Jungkook dapat rasakan yang hidungnya terasa panas. Matanya pula mula untuk kabur. Dia menarik nafas yang panjang sebelum melihat Taehyung dengan mata yang serius.

"Malam purnama nanti, akan ada peperangan diantara kaum kau ngan kaum aku di padang besar. Harap kau bersedia."

Sejurus selepas ayat itu dihabiskan, Jungkook terus meminta izin untuk pulang dan meninggalkan Taehyung seorang dalam bilik itu. Taehyung masih memikirkan pesanan yang disampaikan oleh Jungkook sebentar tadi.

"Kaum kau dan kaum aku hah? Kaum kau.... Kaum kau adalah ahli neraka ni la Jungkook.!!!"

Taehyung menjerit sepenuh hati dalam bilik tersebut. Selepas melepaskan geram, dia terduduk dan menekup wajahnya yang terasa hangat. Perlahan-lahan, air matanya keluar mencucuri pipinya yang flawless. Dia tidak ingin menutup mulutnya kerana waktu ini, dia ingin mengeluarkan semua yang dia pendam selama ini.

"Maafkan aku, Jungkook. Aku pun rindukan kau. Aku sangat2 rindukan kau. Tapi... Tapi kenapa?! Kenapa kau jadi angel?! Kenapa kau khianat aku, Jungkook? Kau bunuh mak ayah aku. Kau bunuh kakak aku. Kau bunuh semuanya! Kenapa?!!"

"Ya.! Kau dah kenapa, Tae?"

Hara yang ingin berjalan-jalan di sekeliling istana, terhenti apabila mendengar raungan Taehyung. Dia pergi masuk ke bilik bacaan dan terlihat Taehyung sedang duduk di atas lantai dan menangis seperti kanak-kanak kecil. Dia merapati Taehyung dan duduk dihadapannya. Hara memegang bahu Taehyung dan bertanyakan apa masalahnya namun Taehyung hanya tetap meraung dan meraung.

"Aduhhh... Apa patut aku buat ni? Hmm... Kalau la aku yang berada kat tempat Tae sekarang, apa abang akan buat?"

Selepas berfikir panjang, Hara melebarkan tangannya dan memeluk badan Taehyung seerat-eratnya. Taehyung terhenti akibat terkejut dengan perbuatan Hara.

"Nangis je. Lepaskan semuanya. Aku tahu, mesti banyak benda kau pendam kan? Lepaskan je. Takpe, aku ada."

Dengan itu, Taehyung melepaskan segalanya di bahu Hara. Hara mengusap belakang Taehyung dengan lembut bagi menenangkannnya. Lama-kelamaan, Taehyung berhenti menangis.

"Tae? Kau okay tak? Nak nangis lagi tak?"

Taehyung tidak memberikan apa-apa respon. Hara cuba menolak badan Taehyung untuk mewujudkan sedikit jarak daripada badan Taehyung tapi kepala Taehyung masih melekat di bahu Hara.

"Laa... Tidur ke dia ni? Hmmm.... Macam2."

Hara memanggil beberapa makhluk pengawal untuk mengangkat Taehyung ke biliknya. Hara hanya berehat di bilik bacaan kerana terlalu lenguh bahunya sampai tak mampu berjalan.

"By the way, apa maksud Tae yang lelaki tu bunuh semuanya? Jap2, tu tak penting. Yang penting ialah..."

Hara mengerutkan dahinya dan tangannya menyentuh dagunya.

"Siapa lelaki tu?"

Vampire (Taehyung BTS) Where stories live. Discover now