Part 3

7.4K 392 46
                                    

Setiap hari, Hara akan berasa takut untuk pergi ke sekolah. Entah mengapa dia merasakan ada seseorang sedang mengekorinya dari belakang. Bila tengok belakang tiada sesiapa. Dia cuba untuk menepis perasaan itu dan pergi ke kelas dengan senyuman pagi.

"Jimin!! Eh? Mana Jimin?"

"Kau tak tahu ke cerita dia?"

Hara letakkan beg sekolah dia dan pergi ke arah Namjoon, ketua kelas hensem, caring, dimple menggoda aum aum itu.

"Kenapa dengan dia?"

"Semalam dia hilang. Orang kata dia tak balik sejak dia masuk dalam hutan kat belakang taman perumahan dia tu."

Air mata Hara gugur titis demi titis.

"J-Jangan la tipu, Namjoon.. Kau tahu kan yang aku sayang sangat dekat Jimin.. Tak baik tau.."

"Aku tak tipu. Betul aku kata. Orang perumahan tu sendiri yang cerita kat aku."

Lutut Hara mula berasa lemah. Dia terduduk di atas lantai sambil menekup mulutnya supaya tiada sesiapa pun yang boleh dengar esakannya.

"J-Jimin.."

"Ye, saya?"

Terkejut Hara bila muka Jimin muncul di depan mukanya. Jimin hanya tersenyum melihat Hara.

"Eh kenapa nangis ni? Crush jeling eh?"

Hara menggeleng lalu mengelap air matanya.

"Pfft.. Tak sangka kau percaya, HAHAHAHAHAHA"

Hara bangun dan nemegang kolar baju Namjoon dan melihatnya dengan pandangan benci yang teramat. Jika diikutkan hati, ingin sahaja dia menyiat kulit Namjoon dan membakar badannya sekarang namun ditahan kerana taknak masuk lokap awal. Nanti abang Hoseok risau dan kecewa terhadapnya.

"Woi setan! Kau ingat lawak ah kata Jimin macam tu?!!"

"Laa... aku gurau je la. Jangan la marah."

"Gurau? Apa kau rasa kalau aku kata mak kau mati masuk dalam lubang hitam kat belakang rumah Yoongi tu? Marah tak?!"

Wajah Namjoon terus berubah keruh bila Hara menyentuh tentang ibunya. Namjoon sangat sensitive bila orang menyebut tentang arwah ibunya.

"Kot ye pun janganla libatkan mak aku!!"

"Eh, lupa pulak yang mak kau dah mampos! Maklumlah, curang belakang suami, siapa suruh? Kan dah mati kat belakang rumah skandal! HAHAHAHAHHA"

"Jubake kau pompuan!!"

Tangan Namjoon dinaikkan ke udara dan berhenti hampir2 pada pipi Hara. Dia menarik balik tangannya dan merengus kasar lalu keluar dari kelas itu. Pintu kelas selamat menjadi mangsa tumbukan Namjoon.

"Kenapa kau cakap macam tu kat dia? Tak baik la Hara.."

"A-Aku tak sengaja. Aku marah sangat. Lagipun siapa suruh dia gurau macam2 kat aku?"

"But seriously kau memang tak patut buat macam tu kat dia. Mak dia dah meninggal, Hara."

"Mak aku pun dah meninggal, Jimin."

"Hmmm.. lantak kau la. Malas lagi aku nak pikir."

Jimin pun pergi ke mejanya dengan muka masam. Hara hanya berdiri tegak di hadapan meja Namjoon. Semua pelajar di dalam kelas tengok kearah Hara dengan pandangan benci. Siapa jugak tak benci bila ada orang buat ketua kelas kesayangan marah? Hara melihat kearah Taehyung yang sedang menjelingnya. Rasa bersalah mula tumbuh dalam hati Hara.

'Damn, aku tak patut cakap macam tu. Aku mesti cari Namjoon sekarang!'

Hara berlari keluar dari kelas untuk mencari Namjoon walaupun loceng telah pun berbunyi menandakan waktu pembelajaran telah bermula.

"Aihhh... Mana kau ni, Namjoon?"

Hara mencarinya di sekeliling sekolah namun masih tidak menemui Namjoon. Rasa bersalah dan risau makin membesar dalam diri Hara. Dia pergi ke belakang sekolah di mana tempat yang dia mengetahui rahsia terbesar crushnya, Kim Taehyung.

"Namjoon!"

Namjoon yang sedang merenung terkejut apabila namanya dijerit oleh seseorang. Dia berpaling siapakah gerangan yang memanggilnya.

"Pe kau nak? Kalau nak mengata sal mak aku, mohon ninggal."

"Err... Aku nak minta maaf. Aku tahu aku over tadi. Sorry eh?"

"Pahal minta maaf kat aku? Kau mengata mak aku, patutnya kau minta maaf kat dia."

"Tapi dia kan dah takda.."

"Eh ada je kat blakang rumah Yoongi, skandal mak aku tu. Pergi ah."

"Namjoon...."

"Tolonglah, Hara. Kau pun tahukan yang aku just gurau? Janganla libatkan mak aku kalau kau marah skalipun. Dia baru je meninggal bulan lepas. Kau lain la. Dari kecik lagi memang hidup ngan abang kau. Aku? Sejak diorang takde, aku alone tau? Rumah bayar sendiri. Makan jaga sendiri. Semua sendiri. Auntie aku pun jarang datang jenguk aku."

Tanpa diduga, badan Namjoon dipeluk erat oleh Hara. Namjoon hanya mampu terpaku kerana ini kali pertama dirinya dipeluk oleh perempuan selain daripada ibunya.

"Mianhae, Namjoon-ah.."

Namjoon tersenyum nipis dan membalas pelukan Hara.

"Nado, Hara.."

"Jung Hara dan Kim Namjoon, jumpa di bilik saya sekarang."

Vampire (Taehyung BTS) Where stories live. Discover now