Part 19

4.8K 314 32
                                    

"Ketua! Jungkook khianat kita.!!"

Namjoon memenggalkan kepala makhluk yang dia sedang lawan sebelum berpaling pada angel yang menyampaikan berita tentang Jungkook tersebut.

"Jungkook tikam belakang kita?"

"Ya! Dia dah bunuh ramai ahli kita dalam sekelip mata je.!"

"Takpe. Serahkan dia pada aku."

Namjoon melebarkan sayap putihnya yang besar dan juga bersinar lalu terbang tinggi ke langit untuk mencari Jungkook. Setelah memusing beberapa kali di kawasan tersebut, Namjoon tidak dapat mengesan kehadiran Jungkook.

"Mana budak mentah ni?"

"Aku kat sini, tak guna.!!"

Tanpa sempat mengelak, badan Namjoon ditendang kuat oleh Jungkook sehingga jatuh terhempas di atas tanah. Ini menyebabkan sayap Namjoon patah kerana dihempap kuat oleh Jungkook. Namjoon meraung kesakitan.

"Aku akan biarkan kau terima nasib yang sama seperti Taehyung!"

"Hahahaha.. Jungkook, hyung tak sangka kamu seberani ni.."

Jungkook menjegil Namjoon sambil mengetap giginya dengan kuat. Namjoon yang dari tadi tersenyum terus berubah air mukanya menjadi muram. Jungkook terkedu saat melihat Namjoon itu kerana Namjoon tidak pernah berhenti senyum apabila melihatnya.

"Syaitan memang akan tetap jadi syaitan."

Sekelip mata, Namjoon menumbuk wajah Jungkook dengan kuat sehinggakan Jungkook terpelanting ke belakang. Namjoon cuba untuk berdiri sewaktu Jungkook sedang berguling dari kiri ke kanan menahan kesakitan tumbukan tersebut.

Namjoon berjalan menghampirinya. Kolar baju Jungkook direntap oleh Namjoon dan diangkat sehingga kaki Jungkook tidak lagi mencecah tanah. Hidung dan mulut Jungkook berdarah akibat tumbukan tersebut. Namjoon hanya melihatnya dengan wajah kesian yang dibuat-buat.

"Aww.. Maafkan hyung sebab terlalu kasar.. Syaitan macam kamu ni memang layak dilayan macam ni."

"Heh, kau ingat aku kisah kau layan aku macam ni? Eh aku dah biasalah kena layan macam taik bila aku jadi angel dulu.!!"

"Woah... Guna 'kau-aku' dengan hyung ya? Tsk tsk tsk.. Lupa pulak yang syaitan macam kamu ni memang takda adab."

Jungkook memukul wajah Namjoon menggunakan dahinya. Kolar Jungkook terlepas daripada genggaman Namjoon lalu Jungkook berlari dengan pedangnya yang sedia untuk mencucuk pada dada Namjoon. Sebelum sempat pedang itu mendarat pada dadanya, Namjoon memegang hujung pedang itu. Darah mula mengalir dari hujung pedang tersebut.

"Ingat senang ke nak bunuh aku hah?"

Jungkook terdiam sejenak, tidak tahu ingin mengatakan apa-apa. Tidak menghiraukan tangan Namjoon, Jungkook menarik pedang itu yang mana menyebabkan Namjoon menjerit kesakitan. Jungkook terbang ke langit kerana ingin menikan Namjoon dari atas. Sedang dia cuba untuk memastikan Namjoon berada pada sasaran, satu bom berisi dengan besi terbang menuju Jungkook.

BOOMM.!!

Jungkook perlahan-lahan membuka matanya setelah mendengar bunyi bom tersebut.

"Eh? Aku tak cedera?"

"Kau okay tak?"

Jungkook memandang pada milik suara tersebut.

"H-Hara.?"

Hara senyum memandang Jungkook. Jungkook hairan kerana tiada sebarang kesan luka pun pada badan Hara.

"Macam... Macam mana.??"

"Oh, aku tolak bom tu pergi tempat asal dia balik. Hebat kan??"

"Bapak kuat dia ni.. Mesti dia dah tidur ngan Taehyung kan? Sebab tu kekuatan dia lebih kurang macam Taehyung."

"Oi! Apa berangan? Tadi aku nampak kau nak bunuh si lesung pipit tu?"

"Eh ha'ah! Aduhh... Mesti dia dah terlepas..."

"Tak lah. Aku dah putuskan kepala dia. Ni."

Hara lontar sesuatu berbentuk bulat pada Jungkook. Jungkook menyambutnya dan terkejut beruk apabila melihat benda itu.

"Kepala Rapmon hyung.!!"

"Okay, kau wajib tolong aku selesaikan perang ni. Tinggal yang biasa2 je ni. Boss2 diorang aku dah langsaikan tadi."

"Termasuklah Hoseok oppa..."

"Baiklah! JOM!!"

Jungkook dan Hara sama-sama berlawan dengan pihak lawan mereka dengan kuat dan bersemangat sekali. Akibat pihak angel telah kehilangan ketua, strategi mereka juga telah hancur, menyebabkan Jungkook, Hara dan pihak mereka memenangi peperangan tersebut.

Tapi, pihak neraka pun tiada ketua. Taehyung kan dah mati?

Heh, diorang ada ketua baru.

Pemimpin baru.

Raja baru.

Permaisuri baru.

Siapa lagi kalau bukan...

"HIDUP RAJA JEON JUNGKOOK DAN PERMAISURI JUNG HARA!!"

Vampire (Taehyung BTS) Where stories live. Discover now