Hara ternganga luas apabila melihat dada Taehyung dihiris dengan pedang milik angel yang berada di hadapan Taehyung juga terkejut. Walaupun darah keluar tanpa berhenti, Taehyung tetap berdiri gagah dan mendepakan tangannya bagi melindungi Hara di belakangnya.
"Jangan kau apa2 kan Hara."
"Taehyung!!"
Taehyung memandang Hara hanya dengan sebelah mata. Segaris senyuman terukir pada wajah Taehyung yang telah dibasahi dengan darah dan juga peluh. Hara hanya menutup mulutnya kerana terlampau terkejut. Taehyung kembali merenung angel yang berada dihadapannya itu. Matanya berubah menjadi merah. Dengan satu petik dari jari Taehyung, semua makhluk mula menyerang dan menyiat daging angel tersebut tanpa belas kasihan.
Tidak lama selepas itu, lutut Taehyung mulai lemah. Dia mula melutut dia atas tanah. Hara meletakkan kepala Jimin ke tepi dan pergi menghampiri Taehyung dengan esakan yang menyebut nama Taehyung tanpa henti. Dia memegang wajah Taehyung dengan penuh berhati-hati. Mata Taehyung terasa berat. Sekejap matanya tertutup, sekejap matanya terbuka, namun senyuman yang manis tidak lekang dari bibirnya.
"Kenapa Tae? Kau nak mati pun senyum lagi? Kenapa semua orang mati disebabkan aku?!! Kenapa aku ni pembawa sial?!!"
"A-Ani..(B-Bukan..)"
Tangan Taehyung memegang pipi Hara.
"Kau bukan pembawa sial.. Aku yang pembawa sial. Kalau aku tak culik kau, kalau aku tak bunuh parents kau, semua ni takkan jadi, Hara.."
Hara terkedu mendengar kata-kata Taehyung.
"B-B-Bunuh parents aku? Kau bunuh? Bukan Hoseok o-oppa ke? Hoseok oppa kan? Kau sendiri cakap!"
"Tak, Hara. Aku tipu kau. Aku tipu kau supaya kau bencikan Hoseok. Supaya kau bencikan angel. Maafkan aku sebab terlampau pentingkan diri.."
"YES, YOU ARE!!!"
Hara tengking tepat pada wajah Taehyung. Taehyung terkejut melihat respon Hara. Taehyung hanya senyum kecil dan melepaskan keluhan kecil. Secara tiba-tiba, Taehyung memuntahkan darah yang banyak dan batuk. Hara yang sebentar tadinya marah terus kembali memandang Taehyung yang muntah darah itu.
"Kenapa darah keluar tiba2 ni?!"
Taehyung memegang erat pada tangan Hara manakala tangan yang lagi satu menyentuh pipi Hara agar Hara memandang pada matanya.
"Maafkan aku, Hara. Aku teruk... Aku memang teruk sebab aku ni syaitan. Aku makhluk yang paling hina. Maafkan aku sebab kau terpaksa jadi isteri aku. Dan kau mungkin jadi ibu kepada anak2 syaitan kita nanti..."
"Nak buat macam mana Tae, aku pun dah jadi syaitan macam kau. Nak tak nak, aku kena teruskan hidup aku sebagai isteri kepada Raja Syaitan."
"T-That's my gi... rl.."
Mata Taehyung mulai tutup. Tangan yang menggenggam erat mulai longgar dan tangan yang menyentuh pipi mulai turun ke dagu lalu ke atas dadanya sendiri. Hara hanya menahan esakannya daripada keluar. Secara tiba-tiba, satu perasaan yang tidak pernah dirasai oleh Hara bermaharaja dalam diri Hara. Mukanya mulai suram. Matanya berubah menjadi gerun. Taring yang pada awalnya kecil, kini memanjang dan tajam. Dia mengangkat Taehyung secara 'bridal style' dan mengembangkan sayapnya. Dia terbang tinggi di langit dan laju terbang pada bilik Taehyung.
Hara membaringkan jasad Taehyung dengan lembut.
"Takpe Tae. Biar aku habiskan perang ni."
Dengan sepantas kilat, Hara terbang semula menuju pada tempat berperang tersebut. Tiba sahaja di sana, Hara berdiri betul-betul di hadapan pihak lawan.
"SERANG.!!!"
Hara terbang laju lalu mencucuk seorang angel dengan menggunakan kukunya yang panjang serta tajam.
Air mata Jungkook membasahi seluruh wajahnya. Dia menyerabutkan rambutnya dan menjerit dengan penuh amarah.
"Yah, Jungkook! Kau okay tak?!"
Seokjin menepuk pada bahu Jungkook. Tanpa disedari oleh Seokjin, pedang Jungkook telah pun selamat ditusuk pada perutnya tanpa Jungkook memandang ke belakang. Seokjin meraung kesakitan dan air matanya mula bertakung.
"Kenapa, Jungkook.?!!"
Jungkook memusing ke belakang dengan wajah 'emotionless'. Jungkook memandang Seokjin dengan wajah yang menjengkelkan.
"Maaf, hyung. Tapi darah syaitan ni masih mengalir dalam diri Jungkook...
Jungkook tak nak khianat kaum Jungkook lagi."
Dengan itu, Jungkook menarik keluar pedangnya daripada perut Seokjin. Seokjin hanya memandangnya sehinggalah dia dia melepaskan nafasnya yang terakhir.
Jungkook memegang erat pedangnya. Secara tiba-tiba, pakaiannya yang pada asalnya berwarna putih telah berubah kepada warna hitam. Sayapnya juga telah berubah kepada sayap vampirenya yang asal. Jungkook tersenyum puas.
"Ni untuk kau, Taehyung.."
Dengan kelajuan seperti cahaya, Jungkook bergerak lalu membunuh semua angel dengan menggunakan pedang yang diberikan oleh Namjoon.
"HIYARGHHH..!!!!"

ANDA SEDANG MEMBACA
Vampire (Taehyung BTS)
Vampiro"Kalau kau beritahu sesiapa yang aku ni vampire, habis semua darah kau aku hisap!" Kisah seorang gadis yang telah jatuh cinta kepada seorang lelaki yang terkenal di sekolahnya. Namun semuanya berubah apabila rahsia terbesar lelaki itu telah terbongk...