Part 17

4.8K 295 16
                                    

"SERANG.!!!"

Semua pasukan menjerit sambil menghunuskan senjata masing-masing pada pihak lawan.

Taehyung menarik Hara bersamanya. Hara hanya membuntuti Taehyung tanpa berkata apa-apa.

"Ingat Hara. Serang je yang mana hampir dengan kau."

"Okay!"

"Dan yang penting, please.. don't die."

Hara memandang Taehyung dan mengukirkan segaris senyuman. Dia mengangguk dan memegang erat pedang serta pelindungnya.

"HIYARGHH!!"

"HARA! BUNUH PIHAK LAWAN JE! BUKAN SEMUA YANG HAMPIR NGAN KAU.!"

Hara terdiam sejenak sambil merenung makhluk yang menjadi mangsa tikaman Hara.

"Oh okay.. Hehehehe sorry rakyat Tae.."

Taehyung melebarkan sayapnya dan menyerang semua pihak lawan dengan menggunakan kuasa kegelapannya.

Manakala Jimin..

"Boleh diorang tinggalkan aku sorang2 kat sini? Damn!"

Jimin berlari menuju pihak lawannya laju menikam pedang tersebut pada perut salah seorang daripada pihak lawan.

"Aku akan pastikan takde sorang pun boleh hampiri Hara.!"

Manakala bagi kumpulan Namjoon...

Seokjin sibuk berlawan dengan makhluk-makhluk yang jijik sementara Jungkook hanya termenung di belakangnya.

"Pelik. Si Jungkook ni tak bergerak langsung dan makhluk2 ni tak seramg pun dia.."

"Yah, Jungkook! Kenapa kau tercegat je?!"

"Oh, maaf, hyung!"

Jungkook menghunuskan pedang pada salah satu makhluk yang berada di hadapannya. Jungkook merenung makhluk tersebut, begitu juga dengan makhluk itu. Lama-kelamaan, makhluk itu mengundurkan diri dan menyerang angel yang lain selain Jungkook. Jungkook tersentuh dengan kelakuan makhluk itu.

"A-Aku.. Aku tak sanggup nak bunuh diorang.. Apatah lagi Taehyung..?"

Semua yang berada di padang tersebut menyerang dengan sepenuh hati mereka. Ada yang cedera ringan, ada juga yang cedera teruk. Malah, ada yang mati akibat serangan dari pihak lawan masing-masing.

Yoongi melepaskan beberapa bom yang mengandungi debu-debu besi yang mana membunuh kebanyakkan ahli neraka.

Taehyung mula naik angin melihat rakyatnya yang ramai dibunuh. Dia membuat satu tangan yang besar melalui kuasanya dan menggenggam beberapa angel sehingga mati. Dia juga menghentakkan tangan tersebut sehingga ada yang mati akibat penyek oleh hentakkan Taehyung.

Sedang perlawanan menjadi semakin sengit, seorang angel pemanah mensasari Hara dari jauh. Dia sasarkan panah tersebut pada dada Hara. Setelah pasti Hara berada dalam kawasannya, dia menarik anak panah sehingga anak panah tersebut berada betul-betul di sebelah mata kanannya. Dalam kiraan tiga, dia pun melepaskan anak panah tersebut.

"HARA.!!"

Hara memandang ke belakang apabila mendengar namanya disebut. Tanpa angin mahupun ribut, badan Hara ditolak kasar oleh Jimin sehinggakan Hara jatuh terduduk di atas tanah.

"J-JIMIN.!!!"

Jimin terkaku apabila anak panah tersebut betul-betul tersusuk pada dadanya. Mata Jimin tidak terkelip melihat anak panah yang berada pada dadanya tersebut. Perlahan-lahan lutut Jimin mulai jatuh. Hara yang melihat Jimin itu terus menghampirinya. Hara menyambut kepala Jimin yang hampir-hampir terhentak dia atas tanah. Dia meletakkan kepala Jimin di atas pahanya. Wajah Jimin diusap dengan lembut.

"Tak... Tak, Jimin kau tak boleh mati, Jimin.. Kenapa ku buat macam tu? Kenapa kau lindungi aku?"

Tangan kanan Jimin diangkat lemah lalu mengusap air mata yang mengalir pada mata Hara.

"A-Aku.. lindung kau s-sebab.. Taehyung su-suruh... Kalau tak.. dia n-nak bunuh.. aku.."

Kata Jimin sambil tersenyum manis melihat Hara.

"Lagipun... Aku suka k-kau... Bukan s-setakat suka.. Aku sayang kau ARGHH..!!!"

Anak panah pada dada Jimin dipegang erat oleh Jimin sendiri. Hara terkejut lalu menggenggam erat kedua-dua tangan Jimin. Esakan Hara mula menjadi lebih teruk.

"Sanggup kau buat buat macam tu? Aku pun sayangkan kau!"

Jimin tergelak kecik apabila mendengar kata-kata Hara. Jimin memandang dalam pada mata Hara.

"Tak, Hara. Kau tak... sayang aku.. tapi.. kau s-sayang dia... kan?"

Jimin menunjuk Taehyung yang sedang berlawan dengan beberapa angel di atas langit. Hara menjadi lebih sebak dengan kata-kata Jimin. Tiba-tiba, tangan Jimin terus jatuh daripada menunjuk langit. Mata Jimin perlahan-lahan tutup. Nafas yang terkeluar dari mulut Jimin juga sudah tidak kedengaran. Hara menjadi panik dan mengoncang badan Jimin dengan kuat.

"Jimin.!! Bangunla.!!!! Jangan tinggalkan aku sorang2.!! PARK JIMIN.!!!"

Sedang Hara meraung dan memeluk badan sejuk Jimin, sebilah pedang diangkat tinggi dari belakang Hara.

Taehyung yang sedang menumbuk seorang angel, terlihat pada angel lain yang berada di belakang Hara. Mata Taehyung automatik membulat. Dia meninggalkan angel-angel tersebut dan terbang laju pada Hara. Hara tidak menyedari apa-apa kerana terlampau sedih terhadap kehilangan Jimin sehinggalah Hara terdengar bunyi..

SHIING.!!

Hara terus terdiam. Bukan setakat Hara, seluruh Padang Besar tersebut diam. Hara memusingkan kepalanya perlahan-lahan ke belakang.

"Taehyung?"

Vampire (Taehyung BTS) Where stories live. Discover now