Part 1

15.9K 655 114
                                    

"Hara, tu crush kau datang!"

Satu kantin bising Taehyung menjejakkan kaki ke sana. Mana taknya, pelajar paling handsome di sekolah kot. Takkan la Hara tak terpikat. Dah la handsome, pandai, kaya lagi tu. Cuma, dia takde kawan sebab perangai sombong dia tu. Alah, sombong2 pun ramai peminat. Kau?

"Ya ampun Hara, Taehyung memang makin hari makin handsome. Ni kalau dapat jadi laki, bahagia hidup kau kan?"

Hara hanya mengangguk sambil senyum malu2. Dia merenung kepada Taehyung yang sedang duduk di bawah pokok yang rendang sambil memakan bekal yang dibawa dari rumah. Betapa tenangnya hati Hara apabila melihat Taehyung menyuap makanan ke dalam mulut dengan berselera sekali. Secara tiba2, mata mereka berdua bertemu. Lama. Akhirnya Hara mengalihkan pandangan dan menutup wajahnya yang mula kemerahan.

"Eh kau ni dah kenapa Hara? Terkentut ke apa?"

"A-Aku ter eye contact ngan Taehyung tadi weiyhhhh.! Malu siottt!!"

"Perghh.. Kau tak bagi flying kiss kat dia tadi?"

Terus bahu Jimin dipukul kuat oleh Hara. Jimin hanya mengaduh kesakitan sambil ketawa.

"Kalau nak rasa penyepak, cakap."

"Alololo Hara marah... Gurau je la. Dah2, lagi 5 minit nak masuk kelas. Nanti tak pasal2 kena menyanyi depan kelas sebab lambat. Suara aku ni sumbang. Takut terjatuh cinta pulak orang dengar."

Hara hanya menayangkan muka 'setan-punya-laki' lalu cepat2 meninggalkan Jimin di meja kantin itu. Jimin dengan terkebil-kebilnya mengejar Hara dari belakang.

Dalam kelas...

Cikgu Chanyeol masuk ke dalam kelas dengan buku add math di tangan.

"Morning class!"

"Morning sir!"

"Okay, we gonna learn about— Ehem, Kim Taehyung. What are you doing?"

Semua orang termasuk Hara dan Jimin memandang ke arah Taehyung yang sedang termenung di tepi tingkap. Taehyung hanya memandang sekilas wajah Cikgu Chanyeol dan kemudian mengeluh.

"Nothing, sir."

"Then, please focus during my lesson, please. I'm not teaching in the woods where you are looking at."

(Maafkan author kalau ada english error)

Kemudian, Cikgu Chanyeol teruskan sesi pembelajarannya. Hara tidak dapat fokus kerana dia sibuk mengintai Taehyung yang masih termenung di tepi tingkap itu. Entah mengapa dia rasa Taehyung sangat handsome pada angle ini.

"Woi, dah2 la usya si Tae tu. Nanti Cikgu Chanyeol tegur malu hang."

Jimin di sebelah Hara memusingkan kepala Hara ke depan. Hara hanya merengus kasar dan menyalin semua nota yang diberikan oleh Cikgu Chanyeol.

Kringg~~~

Akhirnya, waktu untuk pulang telah tiba! Semua pelajar mengemas barang mereka dan bersiap untuk pulang ke rumah masing2 dengan membawa pulang homework yang sangat dicintai. Hara hanya memerhati Taehyung dari tadi. Entah mengapa dia berasa ingin mengikuti Taehyung. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

"Hara, jom la balik."

"Ermm Jimin, kau balik dulu lah. Aku ada hal."

"Aik? Hal apa?"

"Just go, will you?"

"Aihhh fine. See you tomorrow."

Jimin pun pergi dari sekolah dengan menaiki motor Ninja yang dihadiahkan oleh appanya sempena hari jadinya pada 2 tahun lepas. Tahun lepas dia dapat helmet dan tahun ni dia dapat lesen.

Hara terus pergi ke belakang sekolah kerana dia terlihat Taehyung pergi kearah itu sebentar tadi. Dia melihat ke arah belakang sekolah yang dipenuhi dengan semak-samun dan pokok2 terbiar.

"Aik? Mana pulak si buah hati aku ni? Takkan dah sesat dalam hati aku pulak hurmmm"

Tiba2 dia terdengar sesuatu yang datang dari semak di belakangnya. Jantungnya bagaikan terhenti. Peluh dingin mula membasahi dahi. Lutut mula menggigil. Dalam hati, dia mencarut dan memaki hamun dirinya kerana gatal ingin mengekori Taehyung.

"T-Taehyung.. please don't.."

Telinga Hara menangkap suara perempuan yang menyebut nama crush kesayangangnnya itu. Damn, hati Hara mula berapi dan mukanya berubah merah. Dia terus pergi kearah semak di belakangnya dan tiba2...

"ARGHHHHH!!!!"

Suara orang menjerit mula memenuhi ruang sepi di belakang sekolah itu. Niat untuk menyelak semak terbantut. Perasaan takut mula bermaharaja di hati Hara. Namun dia memberanikan diri untuk menyelak semak itu.

Dan dia sangat menyesal.

"T-Taehyung? Awak hisap darah dia?"

Vampire (Taehyung BTS) Where stories live. Discover now