Part 2

8.6K 452 88
                                    

"T-Taehyung? Awak hisap darah dia?"

Taehyung yang tengah gigit leher perempuan tu terus terkejut bila dengar suara Hara. Dia kaku kerana sebelum ini dia tidak pernah kantoi dan tiada sesiapa pun yang tahu bahawa dia ini adalah vampire.

"Jawabla Kim Taehyung!!"

"Kau tengok aku macam apa? Gigolo? Dah terang2 aku gigit leher dia, aku vampire la!"

Lutut Hara mula terasa lemah. Hatinya berdegup kencang. Dia kecewa. Dia takut. Dia sedih. Semuanya berkecamuk di dalam hatinya kerana crushnya adalah hantu. Bukanlah manusia biasa sepertinya. Air mata mula bertakung di tubir mata Hara. Taehyung yang menyedari itu hanya melepaskan rengusan lalu mencengkam kolar baju Hara.

"Kalau kau beritahu sesiapa yang aku ni vampire, habis semua darah kau aku hisap! Paham?!"

Taehyung menengking tepat pada muka Hara. Hara hanya terkaku di situ, tidak tahu sama ada ingin menggeleng ataupun mengangguk. Mahu lari pun kaki terasa sangat lemah. Perlahan-lahan, mata Taehyung tertancap pada leher Hara. Dia menelan air liurnya dan cuba untuk menahan nafsu dirinya.

"Oi pompuan! Kau dengar tak?!!"

"B-Baiklah... Jangan.. Bunuh aku Taehyung. A-Aku merayu.."

Air mata telah mengalir pada pipi Hara. Taehyung hanya tersenyum sinis dan melepaskan kolar Hara dengan kasar.

"Kalau kau tak bocorkan apa2, kau takkan mati. But, memandangkan kau dah tahu tentang diri aku yang sebenar, kau memang tidak akan selamat. Sebab kau dah masuk ke dunia aku. Bukan kau je, sekali dengan semua orang yang kau rapat dan kau sayang.

Jadi make sure kau tak buat hal dengan aku kalau kau nak diorang selamat. Dan semua angkara pembunuhan itu tak semestinya daripada aku. Mungkin daripada family aku or musuh aku. So, pandai2 la jaga diri kau."

Kata Taehyung dengan tenang sebelum menghilangkan diri di sebalik semak-samun tersebut. Hara hanya mampu menangis di situ dan bangun beredar ke rumahnya dengan berjalan kaki.

Apabila menjejakkan kaki ke rumah, Hoseok terus memeluk dirinya dengan kuat sekali. Dapat juga dia merasakan yang bahu kirinya basah mungkin kerana terkena air mata abang sulungnya itu.

"Kau pergi mana hah budak?! Tau tak aku risau cam kuda kepanasan tadi? Pahal dah nak malam ni baru balik? Kena culik ke tadi? Ke kena ragut? Ke kena-"

"Aish abang ni. Hara okay la. Errr Hara baru je habis lepak kat rumah Jimin tadi. Sorry sebab tak inform kat abang awal2. Kitorang syok sangat tadi sampai Hara sendiri lupa nak bagitahu. Sorry eh?"

"Hmm yela2. Dah, pergi naik mandi. Nanti kita makan ya? Harini special sikit sebab tadi kawan abang datang. Dia bagi daging bakar."

"Ni mesti abang Seokjin kan?"

"Iyeee. Dah2! Pergi mandi cepat! Busuk!"

Hara menjulurkan lidah sebelum ketawa berlari ke biliknya. Beginilah kehidupannya. Tinggal di rumah yang sederhana bersama abangnya yang tersayang.

Setelah ibubapanya meninggal dalam satu kes pembunuhan yang misteri, Hoseok la yang menampung hidup mereka. Dia bekerja part-time di sebuah cafe pada waktu pagi dan di 7-eleven pada waktu malam. Umurnya pada tahun ini adalah 17 tahun, 3 tahun lebih tua daripada Hara. Tapi dia sanggup mengorbankan pembelajarannya demi adik yang tersayang.

Selesai sahaja Hara membersihkan diri, dia duduk di meja soleknya yang dihadiahkan oleh Min Yoongi, kawan baik kepada abangnya juga dianggap sebagai abangnya yang kedua kerana dia sangat mengambil berat terhadap mereka. Sedang Hara menyikat rambutnya yang panjang hingga ke pinggang, tiba2 dia terlihat seseorang sedang bertenggek di atas katilnya melalui pantulan daripada cermin itu. Seseorang itu melihat kearahnya sambil tersenyum sehingga menampakkan gigi taringnya sebelum hilang dari pandangan secara tiba2.

"Hara! Cepatla oiii.! Abang dah nak kebuluran dah ni!"

"Y-Ya! Sekejap!"

Hara cepat2 menyikat rambut dan pergi kearah pintu biliknya.

"Selamat berkenalan, Jung Hara."

Jantung Hara terasa ingin meletup apabila terdengar suara itu pada telinga kanannya. Cepat2 dia membuka pintu dan terus berlari ke ruang makan.

Vampire (Taehyung BTS) Where stories live. Discover now