Chapter 6 : Betul ke kawan?

191 7 0
                                    

Sebulan Kemudian...

Lisa sedang menari di dalam biliknya, kebetulan Jin lalu di hadapan bilik Lisa, lalu Jin berjalan masuk ke dalam bilik Lisa.

"Wah... Lagu ddu du ddu du lah..."

Jin berdiri di sebelah Lisa sambil menari bersama Lisa, lalu Lisa hanya tergelak melihat Jin yang sedang menari di sebelahnya.

"Yah! Kenapa berhenti?" soal Jin apabila Lisa menutup lagu tersebut.

"Abang itu dah kenapa? Menari macam..."

Lisa kembali ketawa dengan terbahak bahak ketika memandang kearah wajah Jin.

"Apa?"

"Abang menari macam robotlah!"

"Ouh gelak, ye?"

Lisa berjalan kearah telefon bimbit Lisa yang berada di atas meja belajarnya, lalu Jin memasang lagu BTS - Idol.

"See this, baby girl..."

Ketika music sudah bermula, Jin pun menari mengikut rentak lagu itu dengan tepat sekali. Lisa sedikit tercengang melihat Jin yang sedang menari di hadapannya dengan rancak sekali.

"Wahh..."

Setelah Jin menghabiskan tariannya, lalu Jin berjalan di sebelah Lisa sambil menutup mulut Lisa yang sedang ternganga kepadanya.

"Kalau girl group punya lagu mungkin kelakar untuk abang menari, tapi boy group punya lagu, maybe akan buat Lisa fikir abang the best!"

Jin berlalu pergi meninggalkan Lisa yang masih di biliknya dan sempat membuat fly kiss kepada Lisa sebelum Jin keluar daripada bilik Lisa.

"Aku kena try!"

Lisa kembali melihat telefon bimbitnya untuk belajar tarian lagu yang dipasang oleh Jin sebentar tadi.

- Skip -

Ketika Jin berjalan turun ke bawah untuk ke ruang dapur untuk minum air, dengan tiba tiba loceng rumah berbunyi. Jin dengan segera pergi ke pintu utama untuk membuka pintu.

"Hai, abang Jin!" ucap Rose.

Jin sedikit terkejut kerana ramai kawan kawan Lisa yang telah datang ke rumahnya. Iaitu Rose, Jennie, Jisoo, Bambam dan Jackson.

"Wah, ramainya! Kenapa semua datang ini?"

"Kita orang ada janji dengan Lisa nak study sama sama, Lisa ada?" soal Jennie.

"Ada ada, marilah masuk dulu." ajak Jin.

Mereka berjalan masuk ke dalam rumah Jin, lalu Jin membawa mereka ke ruang tamu. Mereka hanya berjalan duduk di sofa yang berada di ruang tamu.

"Korang duduk dulu, ye? Abang pergi panggilkan Lisa."

"By the way abang, ini kawan kita orang di sekolah, Bambam dan Jackson. Mereka ini satu kelas dengan kami." kata Jisoo.

Jackson dan Bambam hanya menunduk tanda hormat kepada Jin, lalu Jin hanya tersenyum kepada mereka.

- Skip -

Jin berdiri di hadapan pintu bilik Lisa dan memandang kearah Lisa yang masih menari.

"Lisa, kawan kawan Lisa datang."

Lisa memandang kearah wajah Jin, lalu Lisa menutup lagu di telefon bimbitnya.

"Ouh, ye ke? Suruhlah mereka tunggu sekejap? Lisa nak tukar baju dulu."

[C] My Lovely Brother Where stories live. Discover now