Chapter 30 : Surprises!

146 4 2
                                    

2 Bulan Telah Berlalu...

Kehidupan Lisa bersama Jackson dan Jihyo sangat baik. Mereka semakin rapat dan Jihyo sangat menyayangi Lisa seperti anaknya sendiri.

- Skip -

Lisa datang kepada Jihyo dengan sangat kagum kerana di atas meja makan penuh dengan makanan korea.

"Wah, banyaknya makanan auntie. Siapa nak datang auntie?"

"Kita ada tetamu hari ni. Orang yang nak datang hari ni, orang jauh."

"Jackson mana auntie?"

"Jackson pergi ambil tetamu tu di airport."

"Uishh, siapa yang nak datang ini? Sampai kena berjemput bagai?"

Ding Dong!

"Lisa pergilah buka pintu itu."

"Okey."

- Skip -

Terbeliak mata Lisa kerana sangat terkejut dengan apa yang dilihatnya, lalu Lisa menutup semula pintu.

"Aku mimpi ke?"

Lisa kembali membuka pintu kembali dan melihat Jin iaitu abang kesayangannya di hadapannya.

"Abang Jin ke ni?"

"Mestilah adik!" ucap Jin sambil mendepakan tangannya.

"Abang! Lisa rindu sangat dengan abang!" luah Lisa sambil memeluk Jin.

"Abang lagi rindu Lisa tahu tak!" luah Jin pula.

"Kenapa baru sekarang nak datang? Kenapa tak datang awal awal lagi."

"Abang busylah Lisa..."

"Omo!" terkejut Lisa apabila seseorang menyentuh bahunya dari belakang.

"Jisoo!"

"Rindu kau babe!" luah Jisoo sambil memeluk Lisa.

"Rindu kau juga!" luah Lisa sambil meleraikan pelukan.

"Korang datang berdua je ke?"

"Abang pun ada jugalah! Lisa tak nampak ke?"

"Oh my god! Abang Jungkook!" luah Lisa dan terus berlari memeluk Jungkook.

"Wah makin cantik Lisa sekarang." puji Jungkook sambil meleraikan pelukan.

"Of course lah!"

"Jom lah masuk dulu. Kita jumpa dengan maklong saya. Dia tengah masak di dapur." ajak Jackson.

"Eh, kenapa susah susah masak?" soal Jin.

"Alah, jomlah masuk. Auntie dah siap masak dah pun."

"Pandai ye kau, kau rancang eh?" bisik Lisa sambil memeluk lengan Jackson.

"Eh, bukan aku eh. Abang Jungkook kau yang buat surprise ini."

"Yelah kau." jawab Jackson sambil memicit pipi Jackson kerana berasa geram.

- Skip -

"Auntie!"

Jihyo memandang Lisa dan tetamu yang datang dengan sedikit terkejut.

"Ouh, wow ramainya."

"Kenalkan, ini auntie Jihyo. Maklong kepada Jackson." jelas Lisa.

Jihyo menunduk sikit dan tersenyum kepada mereka.

"Okey, auntie. Kenalkan, yang ini Jin abang Lisa."

"Hai..."

"Ouh, hai juga." sapa Jihyo.

[C] My Lovely Brother Where stories live. Discover now