Chapter 18 : Jisoo Your Mine

158 8 0
                                    

Beberapa Hari Kemudian...

Lisa, Rose dan Jennie mengajak Jisoo ke shooping mall. Tapi Jisoo malas mahu keluar, jadi hanya Jisoo sahaja yang tinggal di rumah Jin dan Lisa. Jin pula berada di tempat kerjanya.

"Jisoo, seriously kau taknak pergi?" soal Jennie.

"Nanti kalau kita orang balik lambat, kau jangan marah pula, okey?" kata Rose.

Jisoo hanya tersenyum mendengar kata kata kawannya.

"Betul ke kau taknak pergi? Kau nak buat apa di rumah ini seorang diri?" soal Lisa.

"Tak apalah, aku memang malas nak keluar. Korang pergi sajalah, kalau korang balik lambat pun, aku tak kisahlah. Aku memang nak rehat hari ini, aku penat seharian semalam tidur lambat tengok drama dengan korang."

"Okey, jangan menyesal, ye?" kata Rose.

"Bye!"

- Skip -

"Hello!" sapa Jin yang baru pulang ke rumah untuk masak tengah hari.

Jin memang akan pulang ke rumah pada waktu tengah hari untuk masakkan makanan untuk Lisa. Walaupun mereka ada Makcik Jung sebagai pembantu rumah.

Namun kerja Makcik Jung hanyalah mengemas rumah sahaja. Jin lebih suka memasak makanan untuk Lisa, tidak pernah Makcik Jung masak di rumah itu kerana Jin sangat melarangnya. Kecuali jika Lisa sendiri yang minta pada Makcik Jung untuk memasak.

"Aik sunyinya? Mereka masih tidur lagi ke? Dah tengah hari ini? Takkan mereka tak lapar?" bebel Jin.

"Erm, sedapnya bau..." luah Jin apabila terbau masakan yang sangat menyelerakan di ruang dapur.

Jin berjalan ke dapur untuk mencari bau yang sedap itu. Namun, Jin hanya melihat Jisoo yang sedang mengacau kuah di dalam periuk.

"Omo!" jerit Jisoo apabila merasakan pinggangnya dipeluk dari belakang.

"Bila awak balik?" soal Jisoo.

"Hehehe, baru saja. Sedapnya bau..."

"Ouh, saya masak sup daging."

"Tak, saya maksudkan awak..."

Chup!

"Sedap bau..." usik Jin setelah mengucup pipi Jisoo.

"Eii, apa awak ini." bebel Jisoo dengan tersenyum malu.

"Sayang, kenapa rumah ini sunyi saja? Mana Lisa? Rose, Jennie mana?" soal Jin sambil mengeratkan pelukan.

"Ouh, mereka pergi shopping. Mereka kata, mereka mungkin balik lewat malam."

"Ouh, okey."

"Awak tak risau ke? Mereka akan balik lewat malam?" soal Jisoo dengan kehairanan.

"Tak sangat, sebab saya memang ada hantar bodyguard untuk jaga Lisa. Even, Lisa keluar tanpa pengetahuan saya sekalipun, saya still tahu. Tapi bodyguard yang saya hantar itu, mereka hanya perhatikan Lisa dari jauh sahaja sebab ikutkan, Lisa tak suka. Tapi saya risau, kalau Lisa bersendirian walaupun dengan kawan kawan dia."

"Ouh... Patutlah kita orang selalu rasa macam diperhatikan saja."

"Jangan beritahu Lisa, ye?"

Jisoo hanya tersenyum mendengar kata kata dari Jin.

"Lisa dah lama tahulah. Tapi dia hanya buat tak tahu saja."

Jin hanya tersenyum mendengar kata kata dari Jisoo.

"Bila awak nak lepaskan saya ini, saya nak hidangkan makanan ini. Awak lapar tak?"

"Hurm, lapar. Nak makan!"

[C] My Lovely Brother Where stories live. Discover now