Chapter 25 : Interview

132 4 0
                                    

Lisa sedang duduk di dalam biliknya sambil mengemas baju bajunya.

Tok! Tok! Tok!

"Wui, jom makan? Maklong dah masak."

"Ouh, okey."

Lisa dan Jackson pun turun untuk ke ruang makan. Lisa sedikit terkejut dengan masakan yang dimasak oleh Jihyo.

"Wah, sedapnya bau. Semua makanan korea?"

"Hey, ingat auntie ini makan makanan di Amerika ini saja ke?"

Jackson tergelak dengan kata kata Jihyo kepada Lisa.

"Bukan apa Lisa, si Jackson ini bukan suka sangat makan salad..."

Lisa tergelak dengan kata kata Jihyo sambil duduk di kerusi di ruang makan.

"Salad? Lisa pun tak suka makan salad."

"Kan, dahlah sayur saja."

Jihyo sedikit mengeluh dengan kata kata Jackson dan Lisa.

"Yelah tapi elok, kan? Bagus untuk kesihatan."

"Yelah, maklong." jawab Jackson.

Setelah Jihyo mengambil senduk untuk mangkuk yang berisi sup kimchi dan diletakkan di dalam mangkuk itu, lalu Jihyo duduk di kerusi yang bersebelahan dengan Lisa.

"Lisa, kamu dapat University mana?"

"Lisa dapat The American University."

"Laa, dekat sangatlah dengan rumah auntie ini. Bolehlah sekali pergi balik dengan Jackson. Kamu ini Jackson, tak bagitahu pun yang kamu berdua satu University."

"Wait, Jackson pun belajar di sini?"

"Ha, yelah. Kalau tak, buat apa dia datang ke sini."

Lisa memandang kearah wajah Jackson dengan geram, lalu Jackson hanya tersengeh kepada Lisa.

"Hehehe..."

"Yah! Kau tipu aku, ye? Kau kata, kau datang ke sini untuk bekerja?"

"Halah kau tak tanya pun aku ini sambung belajar atau tak?"

"Yaish!"

"Sudah sudahlah itu bergaduh."

Lisa dan Jackson hanya mendiamkan diri mereka, lalu sambung makan makanan mereka.

"Kamu ada interview, tak?"

"Ada auntie, hari Ahad nanti."

"Ouh, kalau macam itu. Tak apalah, biar Jackson hantar kan. Esok sabtu, kan? Jadi kamu bolehlah berehat sehari."

"Tapi Jackson nak siapkan assignment dengan kawan Jackson pada hari ahad itu."

"Halah, interview sekejap saja, lepas itu kamu pergilah buat assignment itu nanti."

"Tapi maklong..."

"Tak apalah auntie, Lisa boleh saja pergi sendiri..."

"Jangan! Kamu itu perempuan, baru pula itu sampai di tempat orang asing ini. Sini bukan seperti di Korea, sini orangnya sangatlah ramah tapi niat mereka kita tak tahu. Lebih lebih lagi, kamu itu perempuan, sayang. Biarlah Jackson yang hantar kamu."

Jihyo memandang kearah wajah Jackson.

"Bolehkan, manja?"

"Hurm, yelah maklong."

Selepas habis makan bersama, Jackson pun berjalan naik ke atas untuk ke biliknya. Lisa pula membantu Jihyo untuk mengemas di dapur. Jihyo melihat Lisa mengangkat semua pinggan, lalu Jihyo menahan tangan Lisa.

[C] My Lovely Brother Where stories live. Discover now