Chapter 7 : Sport Day at School

181 10 0
                                    

Beberapa Bulan Kemudian...

Lisa sejak akhir akhir ini sering pulang ke rumah lewat kerana Lisa mempunyai latihan sukannya di sekolah. Apabila Lisa pulang sahaja di rumah, Lisa pasti akan membaringkan dirinya di  ruang tamu dahulu untuk berehat sehinggakan Lisa tertidur di sofa. Lisa hanya mencampakkan sahaja begnya di tepi sofa, lalu Lisa terus tidur di sofa.

"Haih, penat sangat ini dah berapa minggu dah Lisa ini tidur di ruang tamu." bebel Jin sambil membelai rambut Lisa yang sedang lena di sofa.

"Tuan baru pulang?"

"Saya baru saja sampai, Lisa baru juga balik ke makcik?" soal Jin apabila melihat Makcik Jung berdiri di sebelahnya.

"Ye tuan, baru saja Lisa sampai."

"Hurm, tak apalah. Saya bawa Lisa ke bilik dia dululah." kata Jin sambil mengangkat Lisa untuk dibawanya ke bilik Lisa.

Pada Waktu Makan Malam

Jin telah mengajak Jungkook untuk bermakan malam dengan mereka sekali. Jungkook dan Lisa hanya duduk di meja makan sambil melihat Jin menghidangknan makanan untuk mereka.

"Okey, sup kimchi dah siap! Silakan!" pelawa Jin.

"Okey, sup kimchi dah siap! Silakan!" pelawa Jin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sup Kimchi

"Wow, nampak sedap!" puji Jungkook.

"Nyum nyum!" kata Lisa pula.

Jungkook dan Lisa mengambil sudu mereka untuk merasa sup kimchi yang dibuat oleh Jin, lalu mereka tersenyum kepada Jin.

"Wah! Daebak!" puji Lisa.

"Terbaiklah!" puji Jungkook pula.

Jin hanya tersenyum mendengar kata kata Jungkook dan Lisa, lalu mereka pun mula untuk makan malam bersama sama.

"Abang nanti minggu depan di sekolah Lisa akan adakan sukan sekolah. Abang dengan abang Jungkook datang, ye?"

Jin tersedak ketika minum apabila mendengar kata kata dari Lisa.

"Abang okey saja, abang free." jawab Jungkook.

"Abang kenapa?" soal Lisa pada Jin.

Jin meneguk air minumannya untuk menghilangkan rasa tersedak itu, lalu Jin memandang kearah wajah Lisa.

"Lisa masuk sukan apa tahun ini?"

Lisa hanya tersenyum nakal dengan pertanyaan Jin.

"Adalah, rahsia."

"Yah! Lisa, kamu jangan masuk sukan yang bukan bukan, ye?" ugut Jin.

Jungkook hanya tersenyum melihat tingkah laku Jin dan Lisa.

"Eleh biarlah!"

"Yah! Tahun lepas kamu masuk sukan renang! Dahlah seksi, macam tak cukup kain kamu pakai, kamu tahu tak!"

[C] My Lovely Brother Where stories live. Discover now