Chapter 14 : Last Game

143 8 0
                                    

Hari terakhir Lisa, Rose, Jennie dan Jisoo untuk berada di kem. Kebanyakkan dari mereka ada yang gembira kerana hari terakhir mereka di kem itu, namun ada juga yang takut kerana pada malam terakhir itu, mereka akan bermain permainan yang mereka tidak suka.

Pada Waktu Malam, Di Dewan Kem

Semua pelajar telah berkumpul di dewan itu sambil membuat hal mereka masing masing untuk menunggu aktiviti yang dibuat oleh cikgu kem nya.

"Aku takutlah." luah Rose

"Alah, rileklah. Kem memang macam ini. Dia nak buat kita lebih berani." kata Jisoo.

"Tapi tak perlulah sampai masuk ke dalam hutan. Ini dahlah tengah malam kot..." bebel Jennie.

"Lisa, kau okey?" soal Jisoo sambil menyentuh bahu Lisa.

"Aku okey saja." jawab Lisa sambil tersenyum.

"Kau yelah Jisoo, kau pernah masuk kem. Kita orang ini mana pernah masuk ke dalam hutan malam malam macam ini." luah Jennie.

"Itulah, aku takut." luah Rose.

Jisoo menyentuh bahu Jennie dan Rose dengan lembut.

"Alah, tak ada apa apalah. Nanti korang akan okey saja." kata Jisoo.

"Yelah itu!" perli Jennie.

"Okey, semua..."

Semua pelajar sedikit terkejut dengan panggilan dari cikgunya, lalu semua pelajar memandang kearah hadapan untuk mendengar ucapan dari cikgunya.

"Wah, hari ini last day kamu semua di sini, right? Mesti semua tertunggu tunggu last game ini, kan?" usik guru kem itu sambil tersenyum nakal.

"Tak!"

Cikgu kem itu hanya tergelak dengan jawapan yang diberikan oleh semua pelajar.

"Kalau kamu semua kata tak pun, kamu semua tetap perlu buat juga. It's okeylah, nanti kamu semua akan okey punya. Selepas saja dari aktiviti ini, kamu semua akan lebih berani, percayalah."

Jisoo berasa pelik akan tingkah laku Lisa yang mendiamkan dirinya sahaja.

"Hurm, selalunya Lisa banyak cakap? Ini kenapa dia senyap saja?" soal Jisoo dalam hati.

"Okey, baiklah. Jam dah hampir 12.00 malam, mari cikgu hantarkan kamu semua berpecah ke tempat masing masing dan lepas 30 minit. Cikgu akan bunyikan siren untuk kamu semua balik sendiri ke kem. Okey?"

Semua pelajar hanya mendiamkan diri mereka sahaja, manakala cikgu mereka pula tersenyum nakal melihat pelajarnya yang dalam ketakutan.

"Okey! Jom semua!"

Semua pelajar mula bergerak ke dalam hutan untuk aktiviti terakhir mereka pada malam itu, ketika mereka sedang berjalan masuk ke dalam hutan, Bambam berjalan bersebelahan dengan Lisa.

"Awak okey?"

Lisa hanya memandang kearah wajah Bambam dengan tiada perasaan.

"Hurm, okey."

"Kenapa ini? Awak macam tak okey saja?"

"Saya rasa tak sedap hatilah, Bambam."

"Maybe, perasaan awak saja."

"Okey, seorang pelajar akan tinggal di pokok itu. Ha, kamu! Kamu duduk di situ." kata guru kem itu sambil memandang kearah wajah Lisa.

Lisa hanya mengganguk dengan kata kata cikgu itu. Selepas sahaja cikgu kem mereka menghantar semua pelajarnya ke dalam hutan, cikgunya pun pulang ke kem.

Rose P.O.V

Rose tidak habis habis memandang kearah sekelilingnya kerana berasa sangat takut. Ikutkan Rose mahu saja menangis, namun Rose cuba untuk tahan.

[C] My Lovely Brother Where stories live. Discover now