Lisa, Rose dan Jisoo telah pergi ke rumah Jennie untuk menyambut kepulangan kakak Jennie. Macam macam masakan yang telah dimasak oleh mama Jennie untuk kakaknya.
Tok! Tok! Tok!
"Jennie!"
"Kakak!" jerit Jennie sambil memeluk kakaknya.
"Wah, kak Hani dah sampailah." kata Lisa.
Hani P.O.V
Kim Hani adalah kakak kepada Jennie. Hani telah belajar di London dengan mengambil kos business marketing.
End P.O.V
"Wah, rindunya aku dengan kau Jennie!" luah Hani sambil meleraikan pelukan.
"Mestilah..."
"Hani?"
"Mama!" jerit Hani pada ibunya.
"Hai, kak!" sapa Rose.
"Rose? Jisoo? Lisa?" soal Hani.
"Yes, of course." jawab Lisa.
"Wow, korang makin cantiklah."
"Mestilah!" jawab Jisoo pula.
"Akak pun apa kurangnya! Makin cantik!" puji Rose.
"Yeah, i know."
Mereka tersenyum gembira mendengar kata kata dari Hani. Rose, Lisa dan Jisoo sangat rapat dengan Hani kerana Jennie adalah adik kepada Hani. Tambahan pula, Hani juga seorang yang peramah dan sangat selesa dengan kawan kawan Jennie.
Keesokkannya...
Ms.Kim telah membuat majlis kecil kecilan untuk menyambut kepulangan anaknya, Hani. Hanya orang yang terapat sahaja yang datang. Jin juga datang bersama kawan kawannya, iaitu Jungkook, Jimin dan Taehyung.
Ketika Jin, Jungkook, Jimin dan Taehyung sedang berbual di sebuah sudut bersama Jisoo dan Rose, dengan tiba tiba Lisa memeluk lengan Jungkook.
"Abang, ada nampak Jennie tak?" soal Lisa.
"Tak pula, abang pun baru saja sampai." jawab Jungkook.
"Ouh, ye ke?"
"Hai, korang..." sapa Jennie.
"Hai..." jawab Jimin.
"Korang kenalkan, ini Hani. Kakak saya."
Mereka tersenyum kepada Hani sambil menunduk sedikit kepala mereka.
"Hai, saya Jimin. Park Jimin."
"Hai." sapa Hani dengan senyuman.
"Hai, saya Kim Taehyung. Boleh panggil saya V or Taehyung. And saya bakal adik ipar akak."
YOU ARE READING
[C] My Lovely Brother
FanfictionApakah yang bakal terjadi apabila seorang gadis mendapat seorang abang yang sangat overprotective? Abangnya terlalu sayangkan adiknya sehinggakan, semua yang dilakukan oleh adiknya akan diketahui olehnya. Adakah itu baik atau itu menakutkan? Bagi Li...