Chapter 10 : Official Couple

180 10 0
                                    

Bambam tidak habis habis memandang kearah wajah Lisa yang berada di hadapannya, Jackson yang berada di sebelah Bambam, perasan akan tindakan Bambam.

"Woi!"

"Hah?" soal Bambam sambil memandang kearah wajah Jackson.

"Apa soalan tadi?"

Jackson hanya tersenyum mendengar pertanyaan dari Bambam.

"Soalan apa kau ini? Kau itu dah kenapa? Daripada tadi kau pandang Lisa saja, kau pergi sajalah jujur dengan dia."

Bambam dengan cepat cepat menutup mulut Jackson.

"Kau ini slow slowlah..."

Jackson menolak tangan Bambam dengan tersenyum nakal.

"Habis itu? Daripada kau asyik pandang saja si Lisa ini. Jangan menyesal, nanti aku kebas si Lisa itu kau jangan menyesal." usik Jackson.

"Takkan punyalah, dia suka pada aku saja."

"Eleh, poyo!"

Sewaktu Rehat

Lisa sedang duduk seorang diri di taman untuk tenangkan fikirannya kerana berasa sedikit risau akan peperiksaan yang akan dihadapinya nanti.

"Hai, crush!"

"Awak ingat lagi?" soal Lisa apabila Bambam melabuhkan punggung di sebelahnya.

"Saya ingatkan awak dah lupa." kata Lisa lagi.

"Takkanlah saya boleh lupa dengan my first love?"

"Tapi, awak bencikan saya, kan?"

"Kenapa awak cakap macam itu?" soal Bambam dengan kehairanan.

"Yelah, lepas kejadian awak dibelasah dengan Mark. Awak terus pindah ke sekolah yang lain."

"Sebenarnya, saya nak beritahu awak pada hari itu yang saya akan pindah ke sekolah yang lain. Sebab kebetulan makcik saya perlu berpindah ke tempat kerja yang lain. Saya pindah ke sekolah yang lain, tak ada kena mengena dengan Mark. Saya minta maaf sebab tak sempat nak beritahu awak. Tapi, saya masih pegang pada janji saya dengan awak lagi."

Berkerut dahi Lisa dengan kata kata Bambam.

"Janji? Kita ada buat perjanjian apa?"

Bambam memandang kearah wajah Lisa dengan rapat sambil tersenyum.

"Janji yang saya akan still sukakan awak?"

Lisa hanya tersenyum malu kepada Bambam dan menolak sedikit dada Bambam untuk jauh darinya.

"Awak ingat lagi tentang itu?"

"Mestilah saya masih ingat tentang itu! So, will you be my girlfriend?"

"Yes!"

"Seriously?" soal Bambam dengan terkejut.

Lisa menganggukkan sahaja kepalanya kepada Bambam sambil memeluk erat Bambam.

- Skip -

"Kau cari orang lain sajalah, okey?" kata Jennie sambil menepuk bahu Jackson.

"Sabar, ye?" kata Rose pula apabila melihat Lisa dan Bambam yang berpelukan..

"Ini semua dugaan kau, Jackson. Itulah kau lambat sangat." kata Jisoo.

"Tak apalah, aku dapat tengok Lisa happy pun dah cukup." kata Jackson.

"Kau nak kami tolong kau rapat dengan budak baru yang ada di kelas sebelah itu?" soal Rose.

"Ouh, yeah. Aku tengok si Nayeon itu, boleh tahan lawa juga." kata Jennie pula.

"Kalau kau nak, kita orang boleh tolong kau." kata Jisoo pula.

[C] My Lovely Brother Where stories live. Discover now