Chapter 17 : Last Day School

138 9 0
                                    

"Tak sangka kan, kita dah habis sekolah?" kata Jennie sambil tersenyum.

"Itulah, sekejap sangat rasanya." luah Rose pula.

"Hurm, lepas ini mesti semua buat hal masing masing, kan?" kata Jisoo.

"Aku tak tahulah nak buat apa di rumah itu dengan abang aku saja."

Mereka terdiam sejenak setelah mendengar kata kata Lisa, tiba tiba Lisa memandang kearah wajah kawan kawannya dengan tersenyum.

"Apa kata, korang lepak rumah aku minggu ini, nak tak?" ajak Lisa.

"Okey! Nak! Aku bosanlah duduk di rumah saja. Nanti my mom tak habis habis minta aku belikan barang saja, or kalau tak pun temankan dia shopping." bebel Rose.

"Abang kau okey ke kalau kita orang melepak rumah kau?" soal Jisoo.

"Abang aku bukan kisah sangat..."

"Hurm, aku bukan taknak tapi aku..."

"Kenapa, Jennie?"

"Alah, tak seronoklah kalau kau tak ada Jennie." kata Rose.

"Nanti kakak aku akan balik dari oversea."

"Kakak kau yang dari London itu ke? Wah dia dah habis belajar, ke?" soal Rose.

"Ha ah, dia balik hari jumaat depan."

"Alah, tak apalah. Hari sabtu ini kau lepak rumah aku dulu. Duduk rumah aku dalam seminggu ini, temankan aku. And then hari khamis or jumaat itu, kau baliklah."

"Hurm, alang alang kita orang boleh datang rumah kau jumpa kakak kau itu. Lama aku dah tak dengar cerita tentang dia lepas dia sambung belajar di London." luah Jisoo.

"Ha ah Jennie, bolehlah dia story pada kita macam mana belajar di luar negara ini. Mesti best, kan?" kata Rose pula.

"Sorry guys, aku gerak dulu. Jumpa nanti. Bye!" kata Lisa apabila melihat kereta Jin.

Keesokkannya...

Jin sedang mencuci keretanya di laman depan rumahnya, dengan tiba tiba ada sebuah kenderaan mewah berhenti di hadapan rumahnya. Jin hanya buat tidak tahu sahaja kerana Jin kenal sangat akan kenderaan itu.

"Abang Jin! Lisa ada, tak?" soal Rose.

Jin melihat mereka dengan berasa hairan kerana membawa beg bagasi. Namun Jin hanya tidak mengendahkan beg bagasi yang dibawa oleh mereka.

"Ada di bilik rasanya... Korang..."

"Okey! Bye abang!"

Jennie, Rose dan Jisoo pun berjalan masuk ke dalam rumah sambil menarik beg bagasi mereka. Jin hanya berkedip kedip matanya sahaja.

Pada Waktu Malam

Lisa, Jisoo, Jennie dan Rose turun untuk ke ruang makan makan malam. Mereka melihat di atas meja makan yang telah terhidang masakan yang telah dimasak oleh Jin.

"Wah sedapnya bau!" puji Rose.

"Wah, itu daging panggang ke? Erm, sedapnya!" luah Jennie dengan teruja.


Jin memandang kearah mereka sambil tersenyum.

"Hehehe, sorry lah abang masak simple simple sahaja. Ini ada nasi goreng kimchi dengan daging panggang saja."

"Eh, ini pun dah lebih dari cukup." kata Jisoo.

"Itulah, dahlah jom makan. Aku dah lapar ini..." kata Lisa.

"Okey, mari makan."

Sewaktu mereka sedang menjamu selera, Jin telah duduk di pertengahan meja itu. Manakala Lisa, Jennie, Jisoo dan Rose duduk di tepi Jin sambil makan berhadap.

[C] My Lovely Brother Where stories live. Discover now