Chapter 36 : Jin, Please Stop It

128 5 0
                                    

"Miss Lisa?"

Lisa memberikan dua batang aiskrim kepada dua orang lelaki yang berada di dalam sebuah kereta.

"Ambil, makanlah tengaj sejuk tu." kata Lisa.

Lelaki itu hanya mengambil dua batang aiskrim yang diberikan oleh Lisa.

"Terima kasih, Miss Lisa."

"Dua hari lepas kan Lisa dah ajak korang datang makan kat majlis ni. Kenapa tak masuk tadi?" soal Lisa.

"Maafkan kami Miss Lisa, kami tak boleh."

"Korang dah makan tengah hari?" soal Lisa dengan bersahaja.

"Erm, dah tadi. Kami hanya makan makanan ringan je."

"Dahlah, Pakcik Hyun keluar." pinta Lisa.

"Kenapa Miss Lisa? Saya ada buat salah ke?" soal pakcik Hyun.

"Keluar sajalah, ke nak Lisa bagitahu abang Jin?"

Pakcik Hyun itu terus keluar daripada kereta dan duduk di tempat duduk belakang. Manakala Lisa duduk di bahagian pemandu untuk memandu.

Restoran Korean, Amerika

Lisa tersenyum melihat dua orang lelaki itu sedang makan dengan sangat berselera di hadapannya. Pakcik Hyun dan rakannya Pakcik Jung adalah bodyguard yang telah dihantar oleh Jin untuk menjaga Lisa di Amerika.

Lisa telah mengetahui kewujudan bodyguard nya dari mula lagi Lisa sampai di Amerika. Lisa juga sering keluar dengan bodyguard nya, namun Lisa tidak membenarkan bodyguard nya memberitahu Jin tentang pengetahuan Lisa pasal bodyguard yang dihantar oleh Jin.

Kerana bimbang akan bodyguard nya bakal dimarahi dan dibuang kerja kerana tidak pandai menyamar sedangkan bodyguard yang telah Jin hantar adalah bodyguard tetap yang telah Jin jadikan bodyguard Lisa ketika berada di Korea.

"Macam ni kata dah makan?" soal Lisa.

Mereka hanya tersengeh pada Lisa.

"Lisa nak tanye boleh? Korang ni bekerja berapa jam sehari?"

"Erm, 24 jam Miss Lisa."

Terbeliak mata Lisa mendengar kata Pakcik Hyun.

"24 hour? Oh god! So, korang tak balik rumah ke? Mean dapat rehat tak?"

"Bila waktu malam, kami akan bertukar shift. Macam hari ni, Hyun yang akan berjaga. Esoknya pula pakcik." kata pakcik Jung.

"Tak penat ke?"

"Nak buat macam mana, Miss Lisa. Kami ni kan bekerja." kata pakcik Jung.

"Yelah, tapi abang tak bolehlah buat korang macam tu. Korang lagi tua dari kita orang. Korang dah hampir nak masuk 40 tahun, takkan korang masih nak bekerja macam ni?"

"Kami dah tandatangan kontrak, Miss Lisa. Tak bolehlah nak berhenti macam tu je. Nanti kami kena dende dengan tuan Jin. Lagipun, kami suka dengan kerja kami. Tak susah pun, hanya melihat Miss Lisa dari jauh saja dan memberi laporan kepada tuan Jin." jelas pakcik Hyun.

"Laporan? Maksud Pakcik?"

"Setiap kali hujung minggu kami perlu beritahu tuan Jin tentang Miss Lisa. Contohnya, macam minggu lepas kami beritahu tuan Jin yang Miss Lisa keluar bersama Somi dan Jackson di Shopping Mall." jelas pakcik Jung.

"Minggu ni punya laporan?"

"Minggu ni punya, pada hari ahad malam. Lisa keluar dinner dengan Mark pastu pergi ke club."

[C] My Lovely Brother Where stories live. Discover now