Chapter 11 : Valentine Day

164 5 0
                                    

Lisa telah bangun awal pagi untuk berjalan bersama sama Bambam pada hari valentine. Terhenti kaki Jin apabila melihat Lisa yang sedang bersiap dengan pakaian yang cantik. Jin berjalan kearah Lisa sambil menyentuh dahi Lisa dengan perasaan yang pelik.

"Aik, tak ada demam."

Lisa menolak tangan Jin dari dahinya dengan lembut, lalu Lisa memandang kearah wajah Jin.

"Abang, Lisa tak demam, okey?"

"Jadi, ini dah kenapa bangun awal awal pagi ini? Eh, sekejap? Boleh pula Lisa bangun awal pagi ini? Selalunya jam 9 atau 10 baru bangun." bebel Jin.

"Hehehe... Adalah, sibuklah abang ini.*

Jin memandang kearah pakaian Lisa sambil tersenyum kerana Lisa terlihat sangat comel.

"Ini Lisa nak ke mana? Comelnya pakaian Lisa ini."

"Hurm, lepas ini Lisa nak keluar."

Lisa P.O.V

End P

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

End P.O.V

Jin bercekak pinggang apabila mendengar kata kata Lisa.

"Lisa tak minta izin abang pun?"

Lisa hanya tersengeh kepada Jin, lalu Lisa memeluk lengan Jin dengan lembut sambil tersenyum manja.

"Ini Lisa nak minta izinlah ini."

"Dengan siapa Lisa nak keluar ini?"

"Bambam!"

Jin melepaskan tangan Lisa dari lengannya dan memandang kearah wajah Lisa dengan serious.

"No no no! Nanti abang risau, kamu berdua buat yang bukan bukan nanti."

Lisa kembali memeluk lengan Jin dengan erat sekali sambil memandang kearah wajah Jin.

"Eii, tak adalah abang! Lisa masih tahu jaga batas semua. Please, abang? Lisa dah bersiap ini, sekejap lagi jam 8.00 Bambam akan sampai."

"No no no..."

Jin melepaskan tangan Lisa dari lengannya, lalu Lisa berasa sedikit berang dengan kata kata Jin.

"Eii, abang ini!"

Lisa mengeluarkan telefon bimbitnya, lalu Lisa menelefon Jungkook untuk meminta pertolongan dengan memasang speaker.

Jungkook
Hello, Lisa.

Lisa
Abang Jungkook!

Jungkook hanya tersenyum mendengar suara Lisa di telefon bimbitnya.

Lisa
Abang, boleh tak Lisa nak keluar dating dengan Bambam?

[C] My Lovely Brother Where stories live. Discover now