BAB 5

2.7K 105 2
                                    

Qismina tahan nafas. Mata mengerling lelaki di sebelahnya itu. Sudahlah di dalam flight tadi elok saja kepalanya terlentok di bahu dia. Ini pula duduk rapat sampai dia rasa tidak bernafas. Lemas tiba-tiba.

Selain dia dan mamat singa ni, ada lima lagi pekerja yang ikut serta terbang ke Sabah bersama mereka berdua. Kali ini mereka terlibat dengan pameran sempena Tahun Melawat Sabah. Sudah dua tahun dia bekerja di KH Event yang mengendalikan majlis-majlis berskala besar untuk syarikat korporat. Namun sepanjang dua tahun, inilah kali pertama dia terlibat secara langsung. Semua gara-gara bos singa di sebelahnya ini. Konon nak dapatkan pengalaman.

Menjeling lagi, Qismina sedut nafas dalam-dalam. Dia menolak paha Daniel dengan lutut kaki kirinya. Apabila sudah rapat sangat dan bergeser-geser dari tadi dengan pahanya, dia jadi tak selesa. Sudahlah dalam van ni, dia seorang saja perempuan.

"Awak ada masalah apa?"

Tertoleh Qismina memandang Daniel. Suara lelaki itu perlahan saja bertanya tapi, nada suara dia memang buat orang menyampah. Rasa nak tenyeh saja wajahnya.

"Masalahnya saya tak selesa." Qismina menyeringa. Cuba bertenang sebaiknya.

"Kalau nak selesa, jalan kaki dari airport tadi."

Qismina berdecit. Dia sudah palingkan kepalanya memandang ke luar tingkap. Malas melayan. Kalau dilayan takut dia yang makin sakit hati. Dia mahu bekerja dengan tenang seminggu ini.

"Ke awak nak jalan kaki dari sini?" Rapat Daniel berbisik ke telinga Qismina. Sengaja dihembus nafasnya.

Apabila terasa hembusan nafas hangat menyapu telinganya, terus terangkat bahu kirinya secara spontan. Terasa meremang tengkuknya. Terketap giginya. Qismina malas menoleh, takut bertembung pandangan mata dengan Daniel. Takut hatinya tergelincir lagi. Apabila pahanya terus bergeser dengan paha si singa, dia hanya batukan diri. Walaupun hakikatnya, dia sangatlah tak selesa.

Turun dari van, Qismina tercegat tak tahu nak hala ke mana. Dia memerhati Daniel yang sedang menarik luggage. Apabila lelaki itu melangkah masuk ke lobi resort, dia turut mengekori.

Usai Daniel sibuk dengan urusan pendaftaran, anak mata Qismina meliar memandang sekitar lobi. Dekorasi yang sangat cantik. Baru saja dia hendak melabuhkan duduk, Daniel sudah datang menghampiri.

"You guys berlima duduk satu bilik." Daniel hulur kad. Membuatkan mereka berlima saling berpandangan. Ada riak kecewa di wajah masing-masing.

Terjuih bibir Qismina. Fikiran sedang memikirkan nasib staf berlima itu yang kena berhimpit dalam satu bilik.

Apa punya kedekut. Sebilik sumbat sampai lima orang.

"Bilik ikut arah sana. Dekat kad tu ada nombor bilik." Daniel tuding jari.

Tidak membantah apa. Kelima-lima mereka hanya berlalu ke arah yang ditunjukkan.

Daniel toleh pandang ke arah Qismina yang hanya mendiamkan diri dari tadi.

"Awak ikut saya."

Bulat mata Qismina. Tapi dia takut mahu memandang wajah Daniel.

Ikut? Tak kan satu bilik? Tak tertekan rasanya air liur di tekak. Tiba-tiba saja kering macam dilanda kemarau panjang.

Keras tubuh Qismina tak mahu beri kerjasama. Kaki umpama melekat di lantai. Dengar ayat 'ikut saya' tu buat dia seriau.

"Jangan buat keras hati boleh tak?" Tajam mata Daniel menikam wajah Qismina.

"Kita sebilik ke?" Terdongak sedikit wajahnya, akhirnya Qismina bertanya dalam takut-takut. Kalau benar sebilik, dia sanggup keluarkan duit untuk bayar bilik sendiri.

"Kenapa? Awak nak sebilik dengan saya ke?" Makin tajam pandangan mata Daniel.

"Tak nak saya." Balas Qismina dengan cebikan di bibir. Mata sempat hadiahkan jelingan.

"Habis tu yang jauh sangat fikiran awak melencong kenapa?"

Qismina hilang kata. Mata buat-buat pandang tempat lain. Dia malu sendiri. Bukan salah dia melencong sampai ke situ. Tapi, tak salah juga bila fikiran buat konklusi sendiri. Mamat singa ni memang dia tak percaya sesen pun.

"Cepatlah. Atau nak saya dukung?" Daniel lepaskan pegangan luggagenya. Dan sudah maju setapak menghampiri Qismina. Dan riak wajahnya, menunjukkan dia bukan main-main dengan kata-katanya.

"Jangan nak buat gila." Qismina tarik luggage menjauh.

"Awak belum tengok gila saya yang lain."

Gulp.

Kata-kata Daniel itu membuatkan Qismina lajukan langkahnya. Belum seharian dengan si singa ni, dia dah rasa menyesal ikut serta. Kalau tahulah macam ini, memang dia beri alasan tak masuk akal sekalipun untuk mengelak datang ke sini.

Langkah mati. Qismina tak tahu mana nak dituju. Ada dua jalan di depannya. Dia toleh memandang Daniel di belakang. Dan lelaki itu sedang memandangnya dengan panahan mata tajamnya. Dia biarkan Daniel berjalan ke depan dan dia mengekori di belakang.

"Ambil ni." Berdiri di hadapan bilik, Daniel gapai tangan Qismina dan letakkan kad di telapak tangannya.

"Tu bilik awak." Daniel tunjukkan bilik hanya dengan pandangan matanya.

"Ni bilik saya." Daniel swap kad di pintu dan melangkah masuk ke bilik tinggalkan Qismina yang masih terkebil-kebil memandang.

Qismina hela nafas panjang. Dia menarik luggage menghala bilik yang ditunjukkan Daniel. Kad diimbas, dia terus masuk.

Jatuhkan luggage, mata bagai bercahaya melihat biliknya. Sangat luas dengan katil queen di tengah. Ada sofa tunggal di tepi katil. Ada desk yang besar berbanding mejanya di pejabat. Dia benar-benar teruja.

Langkah kaki dibuka ke arah langsir. Diselak langsir, ada sliding door yang membawa ke balkoni yang menghadap laut.

Ya Allah. Cantiknya. Kalau macam ni, memang aku sanggup hadap muka si singa tu. Sambil bercuti, walau hati tak tenang.

Dia menolak sliding door. Teruja mahu menghirup angin laut. Namun sebaik kaki mahu melangkah, telinganya menangkap bunyi sliding door di sebelah turut ditolak. Cepat-cepat dia masuk semula. Langsir turut ditarik. Hanya ada ruang kecil di langsir, matanya mengintai.

Daniel sedang bercakap di telefon. Dia berlegar-legar di balkoni kayu itu, dengan senyuman di bibir.

Qismina mencebik.

On call dengan tunang lah tu. Tahu pula senyum.

Dia lepaskan langsir dan melangkah ke arah katil. Tubuh lelahnya dijatuhkan ke tilam. Lega terasa. Segala urat letihnya perlahan-lahan mula menghilang.

Qismina buka matanya. Entah bila dia terlena. Terasa baru saja dia pejamkan matanya. Terpandang ke arah langsir, tiada cahaya yang terpantul di situ.

Dah malam ke?

Bingkas bangun. Qismina capai tas tangannya. Tangan menggagau mencari telefon di dalamnya.

Ada enam missed calls dari nombor yang tidak dikenali. Laju dia unlock skrin telefonnya. Buka pula aplikasi WhatsApp. Berderet mesej. Ada mesej Lily, ada mesej Aini juga.

Dan ada mesej dari nombor tak dikenali juga. Laju dibuka.

Teman saya makan.

Lima minit lagi saya tunggu.

Tunggu saya dekat lobi.

Saya dekat lounge.

Terkebil mata Qismina membaca deretan mesej itu. Mesej terakhir itu dihantar pukul 7.30. Mata melirik pada jam di skrin.

Ya Allah dah pukul 8.10.

Qismina kalut bangun. Laju langkahnya menuju ke balkoni, tolak sliding door, dia melangkah keluar. Kaki terjengket, dia jengah bilik sebelah. Gelap.

Ah sudah. Mati aku!

CINTA BERBUNGA DUSTA (TERBIT) Where stories live. Discover now