BAB 11

3.8K 108 14
                                    

Usap kepala Qismina lembut, Daniel pandang wajah gadis itu sedalamnya. Wajah kemerahan yang sudah hilang bicara warasnya. Dia pasti, bangunnya gadis ini esok pagi, apa yang berlalu sebentar tadi akan terhapus sama sekali dalam memorinya.

"Take it off. Saya balik bilik tukar baju. Pakai tuala tu nanti." Berbisik lembut, Daniel alihkan arah matanya pada tuala yang terlipat kemas di raknya.

Qismina tidak mengangguk atau menggeleng. Pandangan matanya seperti dia masih keliru. Memandang Daniel tanpa kelip.

Daniel segera keluar dari bilik air. Apa yang berlaku tadi buat dia merasa bersalah, tarafnya sama kalau hendak dibandingkan dengan Ethan. Mengambil kesempatan ketika Qismina tiada keupayaan untuk menolak. Ketika gadis itu tidak ada akal yang waras mahu berfikir mana yang baik atau yang buruk.

Usai menukar baju, Daniel kembali ke bilik Qismina. Menolak pintu bilik air, gadis itu duduk bertinggung dengan hanya bertuala. Kepala diangkat apabila sedari kehadirannya.

"Kenapa duduk situ? Keluar." Daniel hulur tangannya.

Qismina tanpa banyak bicara, segera bangun dan melangkah menghampiri pintu. Bibirnya bagai terkunci. Namun gerak matanya seperti curiga dengan kehadiran Daniel.

"Pakai baju." Arah Daniel apabila melihat Qismina yang tidak tahu berbuat apa-apa. Hanya berdiri tercegat.

"Panas." Hanya itu yang keluar di celahan bibir mongel itu.

"Tolong jangan cakap apa-apa dah. Setiap perkataan yang keluar dari mulut awak ni buat saya makin resah." Daniel urut rambutnya ke belakang. Matanya masih memandang tubuh Qismina yang bertuala itu.

Melangkah ke arah almari, dia buka pintunya dan melihat baju-baju yang bergantungan itu. Tundukkan sedkit kepalanya, dia membelek lipatan di bawah pula.

Banyak sungguh warna pink.

Daniel telan liur kesat.

Mata tidak berkelip apabila tangannya membelek baju pink yang satu itu. Pink dengan polka-dot hitam.

34B.

Sedang Daniel terbongkok mencari baju di dalam almari, Qismina berdiri di belakangnya. Berdiri rapat dan memeluk.

Hampir terlepas bra pink polka-dot yang dipegang Daniel.

"Qis." Lontaran suara Daniel yang meninggi membuatkan pelukan Qismina terlepas.

"Jangan peluk saya." Daniel dah rasa semacam, meremang bulu roma. Kalau tak cukup iman, memang dia dah tarik Qismina ke katil.

Mendengar kata-kata Daniel itu, Qismina segera bangun. Mengatur langkah pula ke bilik air.

Nak pergi mana? Cepat-cepat ditarik tangan Qismina. Dah macam jaga budak umur 2 tahun. Pantang terlepas daripada pandangan.

Saya panas. Tercebik bibir Qismina macam nak menangis.

Awak dah mandi tadi. Saya buka aircond kuat sikit. Ambil baju ni. Pakai.

Daniel hulur baju pada Qismina yang masih jelas blur riak wajahnya. Huluran tidak disambut dan gadis itu hanya melangkah ke katil dan memanjat naik.

"Saya pening." Wajahnya beriak menarik simpati Daniel. Berbaring, tubuhnya mengerekot sambil pejamkan mata.

"Pakai baju tu dulu. Tadi pun saya nyaris nak terbabas." Memang itu hakikatnya. Imannya sudah la senipis kulit bawang. Ni nak menghadap lagi tubuh seksi itu tidur dengan hanya bertuala pendek.

"Pakaikan." Mata masih terpejam rapat, hanya bibir Qismina yang bergerak-gerak.

Pakaikan, maksudnya dia akan tengok tubuh Qismina berbogel. Memang dia tak sanggup. Takut tumbuh tanduk lagi di kepala. Tadi pun dah tumbuh seinci. Kalau dia yang pakaikan memang tumbuh macam tanduk Maleficent. Siap berkepak atas katil. Habis anak dara orang dikerjakan.

"Qismi." Ternaik satu oktaf suaranya. Bukan marah, cuma mahu Qismina kembali pada kewarasannya sebelum dia yang hilang waras.

Terbuka mata, Qismina spontan terbangun dan duduk memandang Daniel.

"Bos..." Suara manja Qismina keluar lagi. Dia turun dari katil dan menghampiri Daniel.

"Stay situ Qismina." Daniel beri amaran. Macam dia pula yang bakal ternoda.

"Saya pakai baju. Bos teman saya tidur."

Daniel pula yang blur mendengar butir kata Qismina itu. Bicaranya macam normal saja.

Berpura-pura semata nak menguji ke?

"Hey!" Terjerit Daniel apabila tangan Qismina seperti mahu menanggalkan tuala yang terikat di dadanya.

"Bukan depan saya." Daniel sudah mahu urut dada. Dia belum bersedia mahu melihat tubuh gadis di hadapannya ini tanpa seurat benang. Ini bukan caranya. Dan dalam usia 29 tahun ini pun, dia tak pernah lagi melihat gadis lain tidak berpakaian. Dia hanya mahu matanya melihat sesuatu yang halal.

"Saya duduk luar. Duduk balkoni. Awak pakai baju." Baju di tangannya diletak pada bahu Qismina. Mata tertengok pula pangkal dada yang putih melepak itu. Memang mampu runtuhkan iman dia bila-bila masa.

"Jangan tak pakai." Beri arahan lagi, Daniel melangkah ke arah balkoni, langsir ditutup sepenuhnya. Duduk di kerusi, dia lepaskan pandangannya memandang laut. Angin malam sedikit sebanyak menghilangkan gelora di dadanya.

Tak sangka sejauh ini, dia akan menyukai gadis polos bernama Qismina. Dan kerana perasaan inilah, dia hampir lakukan perkara yang hanya patut dilakukan seorang suami.

Dia tak pernah menyayangi Nina, tak pernah ada perasaan sebegini terhadap gadis itu.

Nina hanyalah tanggungjawabnya. Yang terpaksa dia pikul kerana jasa dan budi yang pernah diberikan keluarga Nina kepada ibunya.

Dia sering diingatkan ibunya, balas jasa orang yang pernah berbudi kepada kita. Balas segala kebaikan yang pernah diberikan.

Segala kos pembelajarannya sejak sekolah rendah ditanggung bapa Nina. Sejak kecil dia kenal keluarga itu, membesar bersama-sama Nina. Dia tak pernah kenal bapanya, dunianya hanya ada ibu dan Nina sejak dulu. Dan keluarga Nina juga adalah keluarganya.

Daniel sedut nafas sedalamnya. Cuba membuang segala rasa perit di dada.

Siapa sangka kini hatinya disentuh dengan satu perasaan yang tak pernah dia alami. Perasaan jatuh cinta.

"Saya nak tidur."

Terhenti lamunan, suara Qismina itu membuatkan Daniel segera bangun dan masuk ke dalam bilik.

Qismina sudah terbaring di atas katil dengan dibaluti selimut. Baju t shirt yang diberikannya tadi elok saja terletak di atas meja tepi katil. Tapi dia tak nampak pula baju pink yang satu itu.

"Kenapa tak pakai baju." Berdiri di tepi katil, Daniel pandang wajah Qismina yang sudah pejamkan mata.

Qismina buka mata.

"Dah pakai." Gaya tangannya seperti mahu menyelak selimut yang membalut tubuhnya.

"No. No need. Dont do anything. Just sleep." Daniel sudah cuak.

"Temankan saya."

Tak berkelip mata Daniel mendengar permintaan itu.

"Saya mengantuk. Tapi badan sakit."

Tarik nafas dan hembus panjang. Memang menduga permintaan Qismina ini.

"Tapi jangan sentuh saya."

Laju Qismina mengangguk. Bibir pun sudah menjongket senyum lebar.

Naik di atas katil, Daniel kuatkan hatinya. Berdoa supaya dia berjaya harungi malam ini dengan hanya berbekalkan iman yang kian menipis.

Apabila dia berbaring dan mengiring menghadap Qismina, gadis itu turut melakukan perkara yang sama. Saling menghadap antara satu sama lain benar-benar menggoncang gelora di dada.

Dan apabila tangan Qismina naik memeluk pinggang, dia telan liur kelat.

Kalaulah kena tangkap basah ni.

CINTA BERBUNGA DUSTA (TERBIT) Where stories live. Discover now