BAB 3: Secawan Kopi Pahit

2.9K 112 0
                                    

Qismina menguap beberapa kali. Mengantuk tak payah cerita. Terkebil-kebil matanya menahan kantuk yang membuatkan matanya mula berair.

"Mengantuknya." Qismina dah raup-raup wajahnya. Rambut pun dah tak serupa rambut kalau dah serabut dengan mengantuk. Dilepaskan rambut, diurut dengan jarinya dan dia mengikat kembali.

"Aku pun." Lily di sebelah menyampuk. Kerusi tersorong ke belakang memandang Qismina yang sedang menguap. Pandang skrin laptop pun dah tak nampak apa-apa.

"Aku ada laki. Adalah aktiviti aku. Kau mengantuk ada apa kat rumah? Ada simpan sugar daddy ke?" Selamba saja bicara Lily langsung tak pandang kiri kanan.

Berdecit Qismina dibuatnya.

"Aku nak buat kopi. Tolak kerusi ke belakang, Qismina langsung bangun. Dah terbau-bau aroma kopi yang jadi ketagihannya semenjak dua menjak ini. Tak lengkap harinya tanpa kopi. Tak kisahlah black kopi ke apa, janji dah namanya kopi.

"Buat untuk aku." Lily tersengih minta simpati.

"Tak kuasa aku." Mencebik, Qismina terus melangkah menuju pantri. Mata sempat melihat pintu bilik bos singa. Hari ni satu hari dia tak nampak batang hidung bosnya itu. Suara si singa tu pun dia tak kedengaran. Rasa aman dunia.

Masuk ke pantri, Qismina terus capai mug Batman. Dia buka laci kabinet di bahagian bawah, buka pula kabinet di atas. Tak ada pula paket kopi 3 in 1. Tak kan habis. Dia baru beli tiga hari lepas.

Dia tertonggeng pula, buka kabinet bawah, cari balang yang disorok untuk situasi kecemasan begini. Nasib baik dia ada terlintas mahu menyimpan balang paket berisi kopi o ini. Kalau ini tak jadi penyelamat, memang dia stress lah sampai balik kerja nanti.

Luruskan badan, dia mengurut dada. Nasib baik balang yang dipegang tak terlepas dari tangan. Nasib baik dia tak terbaling balang di tangan pada susuk yang berdiri di pintu itu.

"Macam nampak hantu." Mata cerlung Daniel memandang Qismina dengan pandangan sinisnya. Badannya tersandar pada frame pintu, kedua-dua tangan terseluk di poket dengan kaki kirinya bersilang ke depan.

Qismina buat tak hirau. Buka balang kopi, dia koyakkan paket dan curah isinya ke dalam mug. Punat air panas dispenser air panas ditekan. Serta-merta bau kopi memenuhi ruang pantri yang sempat ini.

"Are you aware tak yang skirt awak terlalu pendek?"

Suara garau mematikan niat Qismina mahu mengacau minumannya. Dia pandang ke bawah. Pandang skirt yang dipakainya. AngKat semula wajahnya memandang wajah Daniel. Bukan pendek mana pun, betul-betul paras lutut. Bukan pendek sampai dedahkan pahanya.

"Awak tahu tak dah berapa lama saya tengok awak tertonggeng ambil balang tu?

Qismina telan liur. Mamat singa ni tengok free show ke tadi?

"Awak pakai skirt untuk jamu mata saya ke? Nanti saya nak haramkan pemakaian skirt waktu kerja. Awak tahu tak, boleh buat saya hilang fokus."

Qismina sedut nafas laju-laju. Nak marah, bos. Tapi tiap bait katanya memang menguji kesabaran.

"Sapa suruh bos tengok." Masih cuba bertenang. Nada suaranya terlontar lembut tapi langsung tak ikhlas.

"Dah ada depan mata, tak kan saya biarkan." Sinis.

"Berdosa tengok." Tiba-tiba mahu jadi alim. Bibir terjongket meluat.

"Awak tak tutup aurat lagi berdosa."

Habis terlepas sudu di tangan. Muka memerah. Kata-kata yang buat jantung tersentap. Insaf sekejap. Tapi mata menjeling memandang Daniel yang melangkah masuk.

"Boleh tak bagi saya keluar dulu." Lemas pula tiba-tiba apabila tubuh tegap Daniel berdiri di sebelahnya. Tak tahulah apa yang mamat ni makan sampai badan dia jadi subur macam ni.

Daniel buat tak dengar. Capai mug di tepi Qismina sehinggakan tubuh si gadis terdorong ke depan semata-mata mengelak tangan Daniel daripada bersentuhan dengan belakangnya.

Bau haruman perfume yang tak berapa kuat menyapa deria hidung. Qismina tahan nafas. Tergugat iman perempuannya.

Daniel capai pula paket kopi dalam balang milik Qismina.

Qismina dah menjeling apabila Daniel selamba saja koyakkan paket kopi dan dituang ke dalam mugnya.

Entah-entah si singa ni yang habiskan kopi aku?

Qismina menjeling lagi. Muka tak bersalah. Sah lah memang si singa ni yang ambil tak minta izin. Sakit lah perut hendaknya.

"Memang rasa macam ni ke?" Daniel buat muka pelik. Berkerut dahi apabila dia menyisip sedikit kopi yang dibancuhnya. Tak riak di wajah, selamba saja diangkat mug Qismina dan mula menyisip di bibir mug.

"This tastes better."

Qismina diam tak berkutik. Tak tahu cara mahu membalas tingkah pelik Daniel itu. Dan apabila lelaki itu hanya berlalu tanpa suara, dia tenung lama-lama mug di depanya itu yang masih berasap. Dia sudu sedikit dan sisip ke bibir.

Sama je rasa. Dah namanya kopi instant memang semua rasa sama kalau dah datang dari brand yang sama.

Qismina angkat sedikit mug itu, terhidu-hidu manalah tahu ada bau pelik.

Malas memikirkan. Qismina tutup balang, membongkok dan masukkan semula ke dalam kabinet dan ketika itulah dia cepat-cepat luruskan badannya semula. Terngiang-ngiang kata-kata Daniel perihal skirtnya tadi. Laju ditarik-tarik hujung skirtnya.

Singa nak jadi pak ustaz.

Keluar dari pantri sambil membawa mug, terpaling sedikit lehernya memandang ke arah bilik Daniel yang sedikit terbuka. Bos singa tengah hirup kopi. Nikmat sangat riak mukanya.

"Mana kopi aku?"

Baru saja mahu melabuh duduk, dia angkat kening pandang Lily.

"Tak kan satu. Aku mengantuk."

"Buat sendiri." Sengaja Qismina mahu menyakat Lily, mug di tangan dia angkat dan sisip dengan penuh nikmat.

"Ehhhh..." Mata Lily memandang tak berkelip.

"Tu bukan mug bos?" Tertuding-tuding jari Lily pada mug di tangan Qismina.

"Kau tahu tak dia mengamuk kalau orang guna mug dia. Dia cakap dia tak suka nak kongsi bibir dengan orang lain. Kau tak caya kau tanya Rose." Tersenget-senget mulut Lily bercakap.

Sikit je lagi kopi dalam mulut Qismina tak menyembur. Diurut-urut dada. Kopi, bibir, Dua perkataan itu berlegar di fikiran serentak dengan imej bibir Daniel menyisip kopinya tadi.

Bibir.

Dah kenapa ingat bibir singa tu pula.

"Baik kau tukar, cuci balik. Kang dia mengamuk macam hari tu." Lily beri amaran siap dengan mimik muka.

Qismina diam tak menjawab. Dia letak mug di atas meja. Dipusing-pusing mug itu perlahan. Bau kopi dah tak ada bau kopi. Yang tinggal hanyalah bau haruman tubuh Daniel yang berlegar di hujung hidungnya.

Bibir Qismina senyum-senyum tanpa sedar. Dan rentak jantungnya sudah hilang ritmanya. Laju dan makin laju.

Wake up, Qismina. Kopi je kot!

CINTA BERBUNGA DUSTA (TERBIT) Where stories live. Discover now