BAB 13

3.1K 100 4
                                    

Turun dari shuttle bus, Qismina hanya mengekori langkah Daniel yang mengheret luggagenya. Lelaki itu langsung tidak bercakap dengannya. Dalam van dari resort ke airport, dalam flight dan dalam shuttle bus tadi pun hanya diam seribu bahasa.

Dia sudah tak kisah apa yang ada dalam fikiran Daniel. Sudah tak kisah dengan apa yang lelaki itu sudah lihat. Lagipun, dia sendiri tidak mengingati apa-apa. Lagi difikirkan, lagi serabut kepalanya.

Selesai membayar tiket parkir, Daniel memacu keretanya keluar dari LTCP, KLIA. Memandu tenang membelah jalan raya menuju ke pusat bandar sesekali dia menoleh memandang Qismina.

"Awak cuti tiga hari. Isnin masuk balik."

Toleh ke kanan, Qismina hanya diam memandang Daniel. Mulut mahu bertanya namun, lidah terasa keras.

"Tenangkan fikiran awak tu." Daniel bersuara lagi.

"Saya tak nak cuti boleh?"

Tiada respons yang diberikan Daniel. Tidak bertanya kenapa, dia hanya meneruskan pemanduannya.

"Sebenarnya apa yang jadi malam tadi?" Akhirnya Qismina membuka bicara. Entah kenapa hal itu yang diajukan dalam keadaan serba getir ini.

"Which part yang awak nak tahu?" Daniel beri signal kiri dan susurkan kereta ke bahu jalan. Brek tangan ditarik. Dia pusingkan badan menghadap Qismina.

"Apa yang awak nak tahu, Qismi?" Daniel bertanya lagi.

"Semua." Qismina beranikan diri memandang Daniel. Walau hatinya cukup gentar tika ini.

"Awak nak tahu yang mana? Masa awak goda saya? Masa awak peluk saya? Awak nak tahu yang tu?"

Kata-kata penuh sindiran itu membuatkan pipi Qismina merah membahang.

"Atau awak nak tahu masa lelaki jahanam tu buka baju awak yang jelas dah tak ingat apa? Sebelum saya sampai, saya tak tahu bahagian mana tubuh awak dia dah sentuh." Terhela rasa marah, namun Daniel menahan diri. Terbayang-bayang tubuh kecil gadis di sebelahnya ini, digomol rakus lelaki tak guna itu.

Air mata ditahan dari tumpah di pipi. Tertunduk pandangan pada kedua-dua tangan yang jelas sedang menggeletar.

"Encik Daniel." Suara Qismina perlahan saja memanggil. Namun, dia masih takut mahu mengangkat kepalanya. Masih bermain-main dengan jari yang masih menggeletar.

Dengan posisi masih menghadap Qismina, Daniel jongket kening memandang gadis yang masih menunduk itu.

"Saya kena diamkan perkara ni ke? Buat-buat macam tak ada apa yang berlaku?"

Terketap rahang Daniel mendengar pertanyaan Qismina itu.Terus hilang kata-katanya.

"Macam tu ke?" Qismina bertanya lagi.

"Just rest aje tiga hari ni." Daniel beri kata putus. Posisi tubuhnya sudah kembali pada asal. Brek tangan dilepaskan. Mata masih mengerling Qismina.

"Bibir ni kenapa?" Spontan tangan Qismina naik menyentuh bibir Daniel.

Mengelak, Daniel hela nafas pendek. Ditarik semula brek tangan. Tajam matanya memandang Qismina.

"Awak ni memang tak akan belajar dengan apa yang jadi kan? Memang tak tahu batas antara lelaki dan perempuan?" Sinis Daniel menyembur.

Qismina yang mendengar tersentap. Naik mata memandang Daniel yang berwajah serius.

Panas wajahnya. Malu dengan lelaki bernama Daniel Huzair itu.

Qismina betulkan duduknya. Mata memandang sekeliling. Sudah gelap di luar kereta. Langsung tidak tahu di mana mereka sekarang.

Terasa jauh sangat pula rasanya Daniel memandu.

"Kita dekat mana?"

Qismina pusingkan sedikit badannya menghadap Daniel.

Sesaat, dua saat.

Diam.

Masih marah pasal tadi ke?

Qismina lepas helaan berat. Pandangan matanya jatuh pada kesan pecah di bibir Daniel. Bukan sengaja dia mahu menyentuh. Bukannya dia tak tahu jaga batas antara dia dan lelaki. Cuma tadi, semuanya berlaku spontan. Dia cuma ingin tahu macam mana bengkak itu boleh muncul di bibir. Adakah kerana apa yang berlaku malam tadi. Dia mahu tahu itu saja.

Betulkan duduk lagi, Qismina halakan pandangan ke depan semula. Gelap. Tapi dia seperti tahu jalan yang mereka lalui ini.

Mata beralih pada navigation kereta. Kecil saja matanya memandang pada monitor. Dan kemudian memandang Daniel pula.

"Kita nak pergi mana ni?" Qismina ingin tahu.

Kampung Raden Pangeran.

Tegak tubuh Qismina tiba-tiba. Macam tak percaya mendengar jawapan Daniel itu. Dia memandang kiri dan kanan. Ya, memang ini jalan yang menghala kampungnya.

"Macam mana Encik Daniel tahu kampung saya?" Tertoleh Qismina memandang Daniel.

"Saya tahu." Pendek saja jawapan diberi Daniel.

"Kenapa nak pergi kampung saya?" Qismina mula cuak. Fikiran mula berfikir yang bukan-bukan. Apa yang berlaku malam tadi kini mengganggu fikirannya.

"Kenapa nak pergi kampung saya?" Qismina bertanya lagi. Dia mulai gelisah.

Nak beritahu mak ayah pasal malam tadi ke? Apa yang jadi pada aku?

Makin tak senang duduk Qismina.

"Berhenti!"

Qismina mulai tak sedap perut. Terasa seperti isi di dalam perutnya akan keluar bila-bila masa. Loya mula menyinggahi anak tekaknya.

"Saya nak hantar awak balik. Tenang-tenangkan fikiran. And I need my rest too." Mendatar suara Daniel. Tenang saja dia berbicara.

"Berehat dekat kampung saya?" Tanya Qismina pelik. Sebesar-besar Malaysia ni, kampungnya juga yang jadi pilihan si singa ni nak berehat.

"Kenapa? Ada yang tak kena dekat kampung awak ke? Perkampungan bunian?"

"Isk." Berdecit Qismina memandang Daniel.

Mamat ni, tak padan dengan mulut sakit. Jenis cakap lepas malam-malam macam ni.

"Bukan kan?" Daniel toleh sedikit.

"So, tak ada alasan lain untuk halang saya berehat dekat sana kan?"

Qismina hilang kata. Dia risau kalau si bos ini terlepas cakap mengenai insiden malam tadi. Tentang dia yang hampir tergadai maruah. Tentang dia yang menggoda bos sendiri, walaupun dia tak ingat langsung part yang itu. Entah betul atau tak. Entah-entah hanya rekaan semata.

"So now, mana satu arah rumah awak?" Daniel perlahankan keretanya sebaik masuk ke pintu gerbang Kampung Endah.

"Hmmm... tu." Qismina muncungkan bibirnya ke depan. Sumpah dia sudah tak sedap hati dengan rancangan si bos mahu berehat di kampungnya ini.

"Tak boleh tunjuk dengan tangan ke? Atau beritahu kiri ke, kanan ke? Nak kena saya tengok mulut awak pula?"

Okay. Suara menjengkelkan Daniel sudah keluar, membuatkan Qismina menjeling tajam.

"Kanan lepas tu straight je. Masuk kiri, kiri, kanan, kiri. Straight lagi. Depan tu rumah saya."

"Yalah. Saya tahu sangatlah, kiri kanan straight awak tu. Tunjuk satu-satulah."

Qismina jongket bibir memandang Daniel. Geram.

Perjalanan 15 minit dari pintu gerbang ke rumahnya, terasa lama seperti sejam. Sesak dada dengan karenah bossy Daniel yang kembali seperti biasa. Sampai dua kali terlepas simpang. Tapi, dia yang dipersalahkan.

"Tu rumah saya." Qismina tuding jarinya. Rumah kayu yang menjadi tempat dia dibesarkan dengan tiga adiknya yang lain. Tempat mereka sekeluarga berteduh dari panas dan hujan. Dia bukanlah datang dari keluarga yang senang tapi, tidaklah juga sesusah mana.

Keluar dari kereta, laju Qismina tanggalkan sandal dan memanjat tangga kayu rumahnya. Pintu diketuk bertalu. Tak sabar mahu mendakap kedua-dua ibu bapanya.

"Assalamualaikum."

CINTA BERBUNGA DUSTA (TERBIT) Where stories live. Discover now