PROLOGUE

136 11 3
                                    

Memang nasib aku selalunya macam ni ke? Haritu dah kena ceramah lima jam dengan pengetua, hari ni pon kena juga ke?

"Iman Raihan kamu tahu apa salah kamu?" tanya si Osman, pengetua sekolah aku.

    "Saya tanam pokok ketum kat kebun sekolah" jujur aku jawab. Terus terkejut dia sampai ternganga mulut.

"Salah. Kamu rasa apa salah kamu?" pengetua tanya aku lagi.

Aku buat salah apa ya? Nak kata aku ni jahat takdalah sangat. Habis kuat aku pernah letupkan makmal sains ja.

    "Tak tahu cikgu" kataku polos.

"Saya tak tahu nak kata congratulations dekat kamu ke tak, tapi kamu telah menciptakan satu rekod baru di Royal Empire Academy..."ujar si Osman.

Aik, cipta rekod baru kat sekolah pon salah di sisi undang-undang?

" Kamu bukan sahaja pecah rekod sukan malah rekod purata sekolah pon kamu dah pecahkan! "marah pengetua. Terloncat aku dari kerusi.

                       " Eh.......? "

" Kamu GAGAL dalam semua exam empat tahun berturut-turut! Paling tinggi markah kamu BM 10%,yang lain hancur. Apa nak jadi dengan kamu ni Iman, dah form 4 dah bukan pra lagi. Cuba ambil serious skit. Dalam sports kamu atlet hebat, akedemik kenalah juga hebat. GP akedemik kita turun mendadak kot Iman, bukan sedikit. Naikkanlah prestasi dalam pelajaran... "bebel si Osman dekat aku.

Yelah, aku bab - bab belajar ni lembab sikit. Sport aku superblah. Nak buat macam mana aku duduk pon dalam kelas E. Geng aku dua kali lima gak macam aku. Mak ayah aku kat luar negara kerja, Along keja, Angah kat Uni, kat rumah aku tinggal dengan makcik Ani merangkap pembantu rumah. Takkan nak suruh dia ajar, dia pon ada banyak keja jugak.

Haih, tekanan jiwa ni....

"Saya dah buat keputusan 100%,tiada bantahan langsung paham. Saya akan suruh Aiman Denniz and his other friends untuk jadi guru tak berbayar bagi pihak kamu."

Aku angguk kepala lemah. Wait-what! Apakah?!

"Saya dengan geng cipan?! Taknaklah, saya tak suka bebudak laki tu!"bantah aku.

Osman seraya berdiri. Hah sudah ni mesti nak rotan aku ni.... Baik aku lari dulu.

" Kalau kamu tak dapat ranking top 20 untuk exam 3 bulan akan datang, saya tak teragak - agak nak buang kamu dari group olahraga dan saya juga akan buang kamu dari akademi ni. Keputusan MUKTAMAD!!" ugut pengetua.

Aku apa lagi terkaku wei. Aku dah lah target nak masuk game international tu.

Guys, what i have to do? Aku betul - betul blur ni.....

MOON AND THE STARSWhere stories live. Discover now