BAB 17

61 9 0
                                    


Korang pernah jumpa hantu? Saya pernah. Kongsilah pengalaman anda... 😝😝

*****

Hai, Iman Raihan disini. Dalam hutan gais. Kem gais. Kitorang tengah buat tugasan masing masing secara berkumpulan selepas dengar taklimat tadi. Aku dengan Qilah tengah buat api nak masak nasi. Fiiya dengan Sara sedang pasang khemah. Ahli kumpulan kitorang yang lain siang ikan dan potong ayam. Ada yang basuh beras.

Ya, geng mamat mamat cipan ada jugak. Diorang buat apa? Diorang tengah...

"HAREUDANG HAREUDANG HAREUDANG PANAS PANAS PANAS!! SELALU SELALU -" Arill dengan... tiktoklah. Yang tengah trend tu, kibas kibas baju. Acah acah panas... sampai meluat mata memandang.

"ARIELLE NAIM JANGAN BUAT TIKTOK DALAM HUTAN!!!" tengking Yazid.

"TAK KUHIRAUKAN PANAS MENTARI LANGIT DEMI CINTA KU RELA MENANTI, TAKKAN GOYAH WALAU BADAIKAN-!!!" Izyan dan Izwan buat drama buka payung. Macamlah panas sangat kena cahaya matahari tuu. Memanglah panas. Cuma kembaq tuu over namati macam terbakar jadi sate pulak kena matahari. Dalam hutan kot... Teduh jer.

"YA ALLAH, TOLONG SENYAP BOLEH TAK?!!" tengking Yazid sekali lagi.

"Tibai jer guna kayu kalau tak dengar cakap sangat..." kata Zul hulur kayu kepada Yazid.

"Jangan seronok sangat dalam hutan nanti jumpa setan...Nak jumpa setan?" tegur Syaqran.

Semua the ace diam.

"Wei, celupar mulut....Kau jangan Ran... Mentang mentang kau nampak, kau nak usik kitorang...Nak aku pengsan kat sini? " balas Arill. Lutut dia menggigil.

"Heh... Tahu pun takut... Buat tiktok tak ingat dunia " usik Syaqran sambung pasang khemah dengan Raul.

Tetiba....

KRING! KRING! KRING!

"Wei! Wei! Abang aku call! Anding wei! Abang Anding!" Andika panik macam esok dia nak mati.

"Asal kau ni?" tanya Firdaus pelik.

"Aku terambil selipar dia wei! Aku mana sengaja!! Sapa yang berani nak angkat ni?! Tolong aku wei! Angkat kejap, dia tengah call ni!!" jerit Andika. Kejap ke kanan kejap ke kiri.

"Heh...taknaklah aku... Aku tak berani... Kau suruh Thariq" balas Raul. Semua orang takut ok dengan abang abang Andi, tambah lagi Anding. Dia marah mahu kau terkencing dalam seluar.

"Thariq tolong aku..." pinta Andika. Telefon dihulurkan ke arah Thariq yang masih blur tak tahu apa apa.

Thariq angkat call Anding.

"Hello?...." sapa Thariq.

".........."

"Andika! Abang tahu kau kat situ! Tak payah nak suruh si Thariq ni jawab! Mana selipar abang! Jangan sampai abang pergi sana! Thariq bagi fon ni dekat dia! Uhh pandai pandai suruh orang len angkat!" marah Anding. Suara kuat dia boleh buat semua orang dengar.

"Matilah kau Andi...Kau bagi putus selipar dia tadi" kata Aiman.

"Shuush...! Senyaplah Niz!" bisik Andika ambil semula telefon dia dari Thariq.

"Hello... Abang Anding... Urmm nak apa ehh?" soal Andika dengan nada innocent.

"Engkau tanya lagi! Selipar abang mana?! Takpayah nak acah innocent sangat,abang cepuk kau nanti! Biar habis rongak gigi kau tuu!"marah Anding.

"Maaf ehh abang.... Selipar abang tadi terputus... Andi tak sengaja... "

" Kau putuskan selipar Adidas abang! Tunggu kau balik nanti! Abang putuskan kepala kau pulak! "tengking Anding.

MOON AND THE STARSWhere stories live. Discover now