Ok ni dah kembali kepada topik asal 😂😂
Dalam hutan kan?? 🤔
*****
Iman Raihan p.o.v"Wei Im! Ada nampak Fiiya tak?"jerit Sara yang tak jauh dari aku.
Ha,aku dah sihat gais. Aku ni setakat demam pelah sangat kan. Fuhh yakinnya kamu. Alah bukan selalu aku nak jadi riak takabbur ni.
"Tak.Asal wei?"aku pulak menyoal.
"Si Timun Kering Mak Jemah cari dia"Qilah datang duduk sebelah aku.
"Aik Timun Kecut tu nak apa?"aku mula pelik. Mana pernah sebulu dua ekor tu.
"Jebon oi Jebon! "jerit Timun.
Wah panjang umur pendek akal. Baru sebut dah muncul tuannya.
"Apa oi oi! Botol kicap Mudim dekat Tesco pon ada namalah hanat! Dasar mangkuk keparat!" Fiiya muncul ntah dari mana.
Dah mula dah dua ekor ni. Sehari tak gaduh tak sah. Pantang jumpa langsung! Tambah sekolah sekali...hai pening aku dibuatnya.
Aku dengan Sara dan Qilah pakat jadi tunggal kayu tak berbayar dekat situ.
Saja jer nak tengok diorang ni bertekak bukan ada keje haa."Mak kau call aku tadi! Dia suruh kau balik dengan aku!" kata Timun.
"Eiii balik dengan kau! Ape class wei! Tak hingin aku! "Fiiya bersuara semula.
"Ha baguslah tuuu! Itu yang aku nak dengar! Aku pon tak hingin nak bawak minah cabuk macam kau! Alhamdulillah jimat minyak motor aku"balas Timun.
Sebut pasai Timun ni ann... Korang mesti nak tau kan?
Klau korang taknak tau pon aku nak bagitau jugak. Werkkk(jelir lidah).
Nama dia sebenarnya Harraz Mikael tapi kitorang saje je gelarkan dia Si Timun Kering/Kecut Mak Jemah. Dia ni hensem lagi dari Aiman the ace tapi perangai jer macam nakharem. Plus, dia ni sepupu Fiiya.
"Korang ni asyik gaduh jer aku tengok, bagi nikah baru tau!" ugut Qilah. Tapi apakan daya, dipukul pula oleh Fiiya dan Harraz.
"Dah arh, aku malas nak layan minah sewel macam korang berempat ni! Dan kau Jebon pandai pandai kau balik sendiri. Cau!" Harraz pergi dari kawasan khemah kitorang.
"Eh eh jantan ni. Aku sabo jer dengan perangai dia" Fiiya pon terus beredar ntah ke mana.
Ha, tinggallah aku dengan Qilah. Sara pergi ke sungai nak ambil air. Sementara tu aku sempat usya budak perempuan yang lain. Macam nak terajang pon ada bontot tak sexy tu.
.
.
.
.
.
."Anakyemm!! Rosak mata akuuu" jerit Qilah.
Tersedak aku yang tengah makan keropok cikidi zaman berapa puluh an dulu.
"Kau dah kenapa? Meroyan?" aku pandang si Qilah di tepi. Minah nii pon kekadang wayar putus jugak.
Leher aku gosok seketika.. Pedih ulu hati aku. Nasib tak mampus kang tak sempat pulak aku nak bertaubat.
"Tayangan free show malam Jumaat" dia senyum macam kerang busuk. Iklan ubat gigi colgate.
Hah? Mende lee..
Qilah juih mulut dia ke depan.
Dan...
Bagaikan biji mata aku jatuh tergolek ke tanah(peribahasa cap ayam Iman) , mulut aku auto ternganga melihat tayangan murahan di depan.
YOU ARE READING
MOON AND THE STARS
Novela Juvenil"Mamat langsuwer mana punya bola ni!" "Aku. So, what?" "Ouh, cipan ni ka...." Iman Raihan, dengar macam lelaki kan? Btw, aku perempuan. Aku pon tak tahu macam mana aku benci budak lelaki tapi aku memang ant...