"Iman yang dulu bukan iman sekarang, dulu dibebel sekarang di rotan, rotan rotan oleh si osman..."
Nyanyian versi tegar yang baru, iaitu aku. Geram aku dengan si Osman gendut tu, jumpa aku asyik nak beleter,ingat nak bagi hadiah. Sekali dengan rotan pon aku dapat. Huhuhuhu berbisa... tapi aku dah biasa...#tabah
" Sedihnya bunyi, Im.Osman gendut berpidato lagi ke?" kata Fiiya di sebelah aku.
"Bukan setakat pidato, rotan 2 kali libasan pon aku dapat tau dekat dalam pejabat tadi. Malu 10 keturunan nenek moyang aku. Kau bukan tak tau si Osman gendut, asyik tak puas hati jer" aku bersuara. Geramnya kita.
"Kau buat apa sampai si osman rotan kau" tanya Sara.
"Aku tolak cadangan dia untuk suruh the cipans ajar aku. Apa lagi osman, rotan 100 cm lah! Patutnya aku kena 5 kali tapi aku sempat lompat keluar dari tingkap. Nasib tingkat 1,kalau tak kita jumpa di barzakh lah ye kawan kawan" balas aku.
Bila fikirkan balik sakit juga buntut aku ni. Almaklumlah jatuh atas batu. Untung tak mati shahid.
"Test test 1 2 3 a b c"
Ada pengumuman ke? Apa kes a b c pon masuk? Kisah apa aku...
"Makcik roti melon 10,roti coklat 10,roti......"kataku kepada penjual roti dekat kafeteria tapi disampuk oleh Qilah.
" Kau makan ke kau kedarah ni? Dah kebulur seminggu tak makan ke apa?! "jerit dia di tepi telinga.
" Please jangan jerit tepi telinga aku. Kau nak aku ni jadi oku sebab pekak gara gara kau ke?Kasihanilah telinga hamba ni wahai tarzan "balas aku.
Sebaik saja aku nak melabuhkan buntut di kerusi tetiba bunyi mikrofon tu datang balik.
" Perhatian kepada pelajar pelajar semua,maaf kerana mengganggu rehat anda. Saya ingin membuat satu pengumuman kepada pelajar yang berkenaan.... "
" THE ACE LAH!!"
"WAU,SUARA ARILL GUYS!!"
Datang dah jeritan minah minah sewel. Ni punca kedua buat aku jadi pekak selepas Qilah. Hensem sangat ke geng the cipans tu sampai buatkan pelajar pompuan sekolah aku ni terliur.
"Iman Raihan binti Muhd Harris dari kelas 4-E sila datang ke bilik Students Council selepas rehat. Jangan pasang niat nak larikan diri tau, takut aku kejar aku tak lepaskan dah~Harap maklum and assalamulaikum. Salam cinta dari saya Arielle Naim buat anda semua ~"
Ceh, A. A. K! Ada aku kesah! Dengan rakus aku gigit roti gardenia coklat. Tiba tiba baru aku teringat plastik roti tak buka. Akhirnya aku makan plastik pada hari ni.
" Wei, Im. Minah minah sewel tengah usya kau lah. Pandangan maut ni wei"tegur Fiiya sambil mencuit pinggang aku.
Aku pandang fans the cipans. Kemudian, aku jelirkan lidah. Wekkk!
****
Angin bertiup sepoi sepoi bahasa, rasa segar sekali. Actually, aku dekat kebun, saja datang menjenguk pokok pisang aku.
"Kamu tak pergi jumpa diorang?Bukan nama kamu kena panggil tadi?" soal sir Said sambil menghulurkan air tin untuk aku.
Aku geleng kepala. Tak nak lah saya.
"Malaslah sir, hadap ulat bulu dekat sini lagi bagus. Kebun ni banyak warna hijau hilang stres. The cipans tambahkan stres" kataku selepas habis teguk air tin.
Sir Said yang ralit siram pokok terus toleh belakang pandang aku.
"The cipans? Siapa tu? Saya tak pernah tahu pun" ujar sir said.
YOU ARE READING
MOON AND THE STARS
Teen Fiction"Mamat langsuwer mana punya bola ni!" "Aku. So, what?" "Ouh, cipan ni ka...." Iman Raihan, dengar macam lelaki kan? Btw, aku perempuan. Aku pon tak tahu macam mana aku benci budak lelaki tapi aku memang ant...