BAB 7

407 7 0
                                    

DARRIN memerhatikan Adlila yang baru balik kerja. Baru saja turun dari keretanya. Muka tak pernah manis jika ternampak dia. Sebab itulah Darrin sengaja mengelak untuk bertemu dengan Adlila. Sedar dia hanya menumpang. Hanya dengan mereka saja dia boleh berharap.

Lucia memang pandai dan berfikir panjang. Pasport dan telefonnya diambil. Dia tak boleh menghubungi sesiapa di London. Pastinya mereka tertanya-tanya ke mana dia pergi. Kerana dia datang tanpa beritahu sesiapa.

Adlila sedang tunduk mengutip daun-daun kering. Darrin tak tahu apa kaitan Adlila dengan Falik. Apa yang dia tahu, dia tak mahu Lucia mengahwini Falik. Tanggapan pertamanya kepada Falik tak bagus. Sungguh Darrin rasa sesak kerana tak faham apa yang mereka cakapkan. Lain sungguh dengan bahasa yang selalu dia dengar.

Bahu Darrin dicuit. Pantas Darrin menoleh. Puan Amni hanya bagi bahasa isyarat mengajaknya minum. Darrin buntuti Puan Amni.

"Ibu, jiran mereka tak telefon lagi ke? Dah lebih tiga hari ni," tanya Adlila.

Dia menjeling Darrin yang duduk di kusyen separuh dekad itu.

Puan Amni menyuruh Darrin minum.

"Ibu, kek tu Lila buat untuk kita berdua aje. Kenapa bagi dia makan jugak?" Adlila naik geram dengan ibunya.

"Aisy, tak baik buat dia macam tu." Puan Amni menolak kek marble yang sudah siap dipotong itu ke depan Darrin.

Satu yang dia pasti, Darrin makan segalanya. Cumanya kali pertama itu dia tidak makan nasi. Sekarang, setelah hampir seminggu, Darrin sudah mencuba nasi.

Terangguk-angguk Darrin ketika makan kek tersebut.

"Sedaplah tu." Puan Amni senyum kepada Darrin.

Dia naikkan ibu jari kepada Darrin. Darrin balas dengan dua-dua ibu jarinya dinaikkan.

Adlila menjuih saja melihat mereka berdua. Sakit hati. Kalau boleh, dia mahu cepat saja selesaikan hal hutang Falik dan lelaki di depannya ini.

"Ibu suruh dia mandi ke?" tanya Adlila.

Dia perasan Darrin kerap menukar pakaian dan berbau wangi. Tak tahulah minyak wangi apa yang dipakainya.

"Buat apa ibu nak suruh? Dia mandi sendirilah."

Tiba-tiba telefon berbunyi. Puan Amni terus menjawabnya. Entah apa yang dibualkan.

"Lila, dia orang dah balik. Baru sampai."

Adlila bingkas.

Darrin terkebil-kebil memandang tingkah Adlila. Satu apa pun dia tak faham. Dia hanya pandang saja dua beranak itu yang nampak kalut.

"Kau tunggu apa lagi!" jerkah Adlila kepada Darrin.

Termangu-mangu Darrin.

Ah, orang putih ni tak faham bahasa Melayu. Adlila tarik tangan Darrin. Menolak Darrin masuk ke dalam keretanya. Puan Amni pula, selepas mengunci pintu, turut berlari masuk ke dalam kereta.

Adlila memecut keretanya. Apa yang dia tahu sekarang, dia hanya mahu berjumpa dengan Falik. Ada hutang yang perlu Falik bayar.

Selepas 10 minit, Adlila sampai di rumah Falik. Dia tidak terus masuk ke dalam kawasan rumah itu, sebaliknya dia berhenti di depan pintu pagar saja. Berjaga-jaga agar mereka tak dapat larikan diri lagi.

Adlila turun dari kereta dan berjalan ke depan rumah Falik.

"Falik!" jerit Adlila. Lantaklah orang nak dengar pun.

Setelah berkali-kali memanggil, barulah Falik keluar diikuti oleh perempuan rambut merah dan emaknya.

"Perlahanlah sikit. Kau tak malu ke?" Falik naik segan dengan jiran-jiran sebelah bila Adlila menjerit memanggil namanya.

CINTA HARUS MEMILIKIWhere stories live. Discover now