BAB 10

392 6 0
                                    

PUAS berfikir, akhirnya sekali lagi Adlila berada di resort persendirian ini. Tak tahu nama resort ini apa kerana dia datang dari belakang. Kali ini dia masuk ke lobi.

Memang nampak mewah apabila melangkah masuk ke dalam lobi resort. Untung dia dapat bertemu lagi dengan Darrin. Dia melangkah kaki ke sofa yang diduduki oleh beberapa orang tetamu mungkin.

Tiba-tiba matanya tertancap kepada seorang lelaki yang bersut. Bergaya? Tak payah cakaplah. Memang bergaya. Dan lelaki itu adalah Darrin. Di sisinya ada seorang lelaki yang bergaya juga. Lelaki Melayu.

Adlila tunduk. Tak pasti pula mahu bertemu atau tidak. Memang berbeza sungguh dengan Darrin yang tinggal dengannya selama seminggu itu. Dulu nampak kurus kering, sekarang berbeza.

Darrin dulu macam gelandangan. Darrin di depan matanya sekarang terlalu sofistikated. Dan tak dinafikan Darrin ini memang stok-stok lelaki yang selalu dihendap oleh orang perempuan dalam laman Instagram.

Adlila bingkas. Dia ubah fikiran, tidak mahu bertemu dengan Darrin. Sudah pasti dia pun tak tahu di mana Falik. Kan mereka suami isteri larikan diri daripada Darrin.

"Honey, you nak pergi mana?" tanya suara itu kepada Adlila.

Adlila berhenti melangkah dan berpaling. Terkebil-kebil Adlila ketika wajahnya hanya seinci dekatnya dengan dada Darrin. Bau ini, bau Darrin. Adlila terus berundur ke belakang.

"Saja datang nak lihat sebelah dalam resort pula." Spontan Adlila menjawab.

Gilalah dia kalau beritahu nak jumpa Darrin.

"Dah puas tengok?" tanyanya lagi.

"Dah."

Tak tunggu lama, Adlila terus melarikan diri. Tak boleh lama-lama di situ. Nanti keluar angin nak bertanya pasal Falik. Tak ke haru tiba-tiba dia mengamuk di situ.

"SIAPA tu?" tanya Zarel. Menanti jawapan daripada Darrin.

Darrin pula masih memandang ke luar lobi.

"Siapa?" tanya Darrin semula. Dia berjalan keluar.

"Kau buat-buat tanya aku semula. Perempuan tadi tulah. Semua perempuan yang nak melekat dengan kau aku kenallah." Zarel menjeling Darrin.

"Perempuan yang saja datang ke sini." Darrin jongket bahu.

"Kalau saja-saja datang sini, kau takkan tegur dialah. Kau panggil dia honey kut. Mana ada perempuan yang kau panggil honey. Tolak Lucia saja. Itu pun sebab dia adik kau."

Zarel tak puas hati dengan penjelasan Darrin.

"Kau ni kenapa nak tahu sangat?" Darrin masih mengelak.

Honey. Itu panggilan ketika Adlila menolongnya dulu. Ketika dia memerlukan pertolongan, Adlila hulurkan tangan meskipun tidak ikhlas. Jadinya, walaupun Adlila itu samseng, panggilan honey itu tetap ada.

Tiada siapa tahu apa yang terjadi kepadanya enam bulan lepas. Tak pernah dia ceritakan kepada sesiapa pun. Hatta Zarel, kawan baiknya ini. Malas dia berkongsi cerita peribadinya. Nanti, tak pasal-pasal sampai ke telinga neneknya.

"Aku pelik. Tiba-tiba kau tegur perempuan tu."

Zarel pasti ada sesuatu. Tapi, mahu dikata Darrin ada hubungan dengan perempuan itu, tidak juga. Sebab perempuan itu nampak tak manis mukanya ketika memandang Darrin. Dan itu satu-satunya perempuan yang nampak tak hairan dengan Darrin.

"Misteri." Zarel mengomel sendiri.

"Kau pun rasa dia misteri?"

"Hah, kan aku dah cakap kau ada sesuatu dengan perempuan tu."

Zarel dapat kenakan Darrin. Darrin nak mengaku? Aci potong jari Darrin akan buat tak tahu saja.

"Rel, aku nak betulkan ayat kau tadi. Aku gelar semua perempuan dengan panggilan sweet ya. Kau aje yang khususkan untuk seorang perempuan. Bagi aku, semua perempuan manis." Darrin betulkan ayat Zarel tadi.

"Huh, yalah tu. Kalau aku kata macam tu tak betul jugak. Sebab panggilan kau untuk semua perempuan manislah, ada yang salah anggap. Manis-manis pun ada juga yang tinggalkan kau." Zarel jongket kening.

Darrin diam. Dia tidak menafikan ada benarnya kata-kata Zarel. Nak marah Zarel, macam curah air ke daun keladi. Zarel tetap tak hairan.

"KAU ni terkejutkan aku aje. Kau boleh hilang macam tu saja. Aku bangun tidur kau dah tak ada." Lorena merungut.

"Kau tidur sampai tak sedar apa. Sebab tu aku jalan-jalan dulu." Adlila sengih. Sangkanya dia pulang sebelum Lorena terjaga.

"Kau pergi mana?" tanya Lorena.

"Aku jalan-jalan kat pantailah." Adlila sengih.

Lorena turun dari katil dan mencapai tualanya sebelum menghilang ke dalam bilik air.

Adlila rasa dia perlu jumpa Darrin sebelum balik ke Kedah. Kalau tak jumpa, dia takkan tahu tentang Falik. Sekurang-kurangnya, dia tahu Falik masih hidup dan dia boleh tuntut hutangnya.

Ya, dia mahu jumpa Falik untuk tuntut hutang saja. Bukan sebab cinta. Bila Falik ambil keputusan mahu mencintai perempuan lain, buat apa dia mahu mencari Falik kerana cinta?

"Lila, kau jangan rahsia pasal Darrin lagi. Aku nak tahu juga." Lorena bersuara selepas dia keluar dari bilik air.

"Kau suka dia eh?" tanya Adlila sambil berkalih menghadap Lorena.

Lorena sengih. "Taklah. Aku rasa macam ada sesuatu yang bakal berlaku."

"Apa dia?"

"Entahlah. Aku pun tak tahu." Lorena menggelengkan kepalanya.

"Aku nak cari dia dan tanya pasal Falik. Mana tahu dia dah jumpa mereka."

"Kau nak rampas Falik daripada adik dia?"

Adlila menjegil. "Eii, tak ingin aku. Aku nak kutip hutang aku semula."

Adlila menggeliang-geliutkan badannya bagaikan Falik itu terlalu kotor.

"Okey apa."

"Tak naklah aku. Falik dah jadi bekas orang. Tak sukalah aku ambil bekas orang."

Lorena ketawa.Ada-ada saja Adlila. Ya, dia akui Adlila terlalu cekal dengan semua yangberlaku. Mungkin bagi Adlila putus cinta tak serupa kehilangan orang yangmeninggal. 

CINTA HARUS MEMILIKIWhere stories live. Discover now